Hujung Minggu Yang Produktif

By | October 7, 2012

Setiap hujung minggu sejak 2-3 tahun yang lalu, boleh dikatakan saya jarang berada di rumah. Ya, hujung minggu adalah hari bekerja kami!

Sekarang ni setiap hujung minggu adalah hari untuk menjalankan coaching dan kelas. Biasanya saya memperuntukkan -hanya pagi sahaja; atau -hanya petang sahaja. Dan kami bergerak ke seluruh Semenanjung (di mana ada jemputan) sambil bercuti sekeluarga.

Minggu ini lain sikit. Dari pagi ke petang, di dua lokasi berbeza.

Yang menariknya kami sambil menyambut hari kelahiran anak sulung saya, Hafiy Al-Fateh yang kelima.

superkids birthday

Kelas santai dengan belon-belon hari lahir dan makanan-makanan potluck. Memang superb. Walaupun sebelah paginya hujan renyai2 dengan petir tapi makin berkurangan bila kami sampai. Hujan rahmat katanya… d(-_^)

Kelas santai kami yang mesra keluarga, tak meninggalkan anak-anak di belakang. Bersantai sambil mengaut ilmu dan mengejar anak-anak kecil. Nampak macam kalut dan tak cukup space otak.

Berehat sebentar di Masjid Shah Alam, ke Aman Perdana, Klang pula kita. Sampai ke malam sudahnya.

Hari ni pula seminar sehingga petang. Lusa? Kerja macam biasa ^^

Kalutkah itu? Tidak. Tiada masa berehat? Juga tidak. Kita yang memilih kerehatan yang macamana. Tiada masa dengan keluarga? Itulah masa bersama keluarga. Bukan saja keluarga sendiri malah keluarga rakan-rakan yang sama-sama ingin memperbaiki pelbagai skills dalam diri.

Category: Perniagaan

About admin

I am a wife to a great husband. I am a proud mother of two adorable sons. I am a full time working at home mom (WAHM). I am breastfeeding my 3 sons, a daughter and looking forward to breastfeed my next babies. I like to share my pregnancy, breastfeeding and parenting as well as travel experience cos every journey is unique. *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-* bundle of joys, Hafiy, Fahry, Danny & Irene.

One thought on “Hujung Minggu Yang Produktif

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge