My Name Is Khan ialah sebuah filem Hindi lakonan Shahrukh Khan dan Kajol. Dah lama mereka ni tak berlakon bersama kan? Filem My Name Is Khan mengisahkan perjalanan seorang pemuda Muslim bernama Rizwan Khan dalam pencarian untuk bertemu dengan Presiden Amerika bagi menyampaikan mesej “My name is Khan, and I am not a terrorist” – orang Islam bukan pengganas.
Yang uniknya ialah Rizwan Khan seorang pengidap autism. Saya sangat tertarik dengan part autisma ini. Nampaknya pembikin filem memang buat kajian terhadap ciri2 pesakit autism, kecenderungannya,keunikannya dan sebagainya (walaupun takde semuanya betul tapi bolehlahh). Bukan main bedal saja seperti kebanyakan pembikin filem/drama Melayu. Saya tak tahu kenapa pembikin filem/drama kita susah sangat nak buat study terhadap penyakit2 yang ‘menjangkiti’ watak-wataknya. Kalau sakit Leukemia, terus kepala jadi botak, padahal keguguran rambut adalah kesan sampingan dari rawatan kimoterapi. Mungkin nak cut the story short, asalkan nampak orang ni menderita sakit, jadilah.
Autisma yang dihidapi oleh Rizwan Khan hanya disedari oleh adik iparnya, seorang doktor, apabila beliau mengamuk bila melihat mug kuning (pengidap autisma anti dengan warna kuning). Jadi dari situ dia telah menjalani diagnos dan disahkan menghidap autism.
Filem ni sebenanrnya banyak memberi mesej tentang Islam yang ditakuti oleh sebilangan orang di Barat, iaitu Islam yang dikatakan pengganas atau terroris. Kisah ini bermula apabila Rizwan Khan berkahwin dengan Mandira, seorang wanita Hindu. Mandira dan anaknya, Sameer (Sam) menggunakan Khan sebagai surname mereka.
Selepas serangan 9/11, keluarga Khan tersebut turut menerima tempias bahawa Islam adalah pengganas. Sam mengalami konflik dalam persahabatannya, hingga membawa kepada pergaduhan besar di sekolah yang menyebabkan kematiannya. Mandira menyalahkan Rizwan atas kematian anaknya kerana padanya anaknya mati kerana namanya Khan.
Mandira telah berkata kepada Rizwan, sekiranya Rizwan masih mahu hidup bersamanya, dia harus memberitahu semua orang di AMerika, termasuk presiden Amerika bahawa “Nama saya Khan dan saya bukan pengganas”.
Rizwan pun ‘menyahut cabaran’ Mandira dan memulakan perjalanan menemui presiden Amerika. Dalam perjalanan merealisasikan misnya, Rizwan bertemu dengan bermacam2 rintangan, termasuk ditahan pihak berkuasa di lapangan terbang.
Rizwan juga dimasukkan ke penjara kerana dia asyik melagakan batu-batu kecil dengan tangannya dan keep on uttering “My name is Khan and Im not a terrorist”. Polis2 US semua takutlah so sumbat dalam jel. Tapi akhirnya beliau lepas innocently, dan ada satu laporannya kepada FBI tentang terroris (ke?) yang membantu beliau untuk lepas bebas.
Akhirnya Mandira mengetahui sebab sebenar kematian anaknya, bukan kerana namanya Khan. Lalu dia mencari suaminya. Mereka bertemu dan Mandira tolong Rizwan Khan ni jumpa presiden Amerika, Barrack Obama. Dan si Barrack Obama mengakui yang “Your name is Khan, and you are not terrorist”.
Dalam filem ni ditunjukkan bagaimana Rizwan Khan hidup harmoni bersama orang2 lain dari agama lain, berkawan, berjiran, tolong menolong dan sebagainya.
Ia memang sesuai ditonton oleh semua. Filem Hindi sekarang ni semakin menarik, tak macam dulu, tak habis2 kisah saya-nak-kawin-anak-orang-kaya-tapi-saya-cuma-penarik-beca. Dalam10 tahun kebelakangan ni filem2 Hindi yang sampai ke Malaysia dah banyak variety termasuklah filem seram, filem aksi (macam Don), filem sci-fi… bukanlah filem cinta nyanyi guling2 semata-mata.
Filem Indonesia juga mengalami evolusi apabila banyak filem2 bercorak keislaman yang dihasilkan di sana. Menurut seorang teman saya yang berasal dari Bandung (beliau seorang pensyarah, bukan Bibik, huhu), revolusi filem Islam di Indonesia bermula apabila sebuah syarikat produksi cuba2 mengeluarkan filem Islami. Ternyata ia diterima dengan baik hingga produksi lain pun berlumba2 mengeluarkan filem bercorak Islam. Malah ramai artis Indonesia yang turut terlibat dalam pertubuhan dakwah dan kerja dakwah di sana.
Filem Malaysia? Hehe. Entalah bila nak ada perubahan. Sangka saya selepas kejayaan Nur Kasih, akan ada sinar baru dalam industri perfileman kita. Tapi nampaknya masih kekal dengan lawak bodoh yang konon ada mesej. Juga filem seram yang konon ada mesej juga. Ah, filem Melayu semua pun ada mesej. S**u dan T****a pun ada mesej penting juga.(Walaupun begitu, dah banyak drama yang memaparkan kehidupan Muslim seperti bertudung, etc. Kira OK lah :D)
Sekarang ni filem Magika dari KRU Studios sedang memulakan tayangan. Tapi filem bercorak alam fantasi dengan teknologi ni bukanlah benda baru. Sebelum n dah ada banyak macam Antoo Fighter, Jin Notti…
Baru2 ni heboh tentang ura2 untuk memotong/mengharamkan filem Tamil yang memaparkan adegan ganas. Saya rasa tak perlu tengok Tamil,dalam drama/filem Melayu pun berlambak adegan sembelih, bakar orang, tembak orang. Cuma yang belum ada lagi bakar mayat saja.
*Ada orang beritahu saya, banyak sangat komplen buat ajelah filem sendiri. …….inilah namanya pengkritik. Cuma tahu kritik saja. Pengkritik AF pun kalo suruh dia sendiri nyanyi, hancur juga.
Leave a Reply