tinggal 2 minggu lagi.. masa2 yang paling indah dalam hidup Mami sebagai sorang ibu… being a SAHM! alhamdulillah, walaupun tak lama tapi Mami rasa bangga (?) sebab dapat bersama Hafiy dari lahir sampai skg 3 bulan lebih, dari baju saiz newborn sampai skg saiz paling cun 6-12month, dari diapers size S ke size L, dari berat 3.3kg ke sekarang lebih 7.4kg, agaknya dkt 8kg dah kot.
bila piki bab nak masuk keje balik, memang downzzz terus la Mami! tak bole piki macamana nanti tinggal Hafiy dengan orang. jauh pulak tu. kena pulak Hafiy nangis2 nak mintak makcik tu dokong, nak ke dia layan? isk isk isk. dengan Mami OKla, Mami dah faham tabiat Hafiy. pagi2 pas bangun tido, mandi, nak borak2 ngan Mami. lepas Abiy kerja, Hafiy tido kejap. pastu bangun nak main pe sumer, dlm tengahari masa Abiy balik lunch Hafiy tido lagi. petang dlm pukul 2 Hafiy tido pastu last sekali lepas Maghrib mesti nak tidur dulu. kalo nak keluar ke mana2, kene tunggu Hafiy tido time yg lepas Maghrib tu baru bole keluar. kalo tak, Hafiy xsedap badan la.. nak menangis2 je.
sekarnag Hafiy dah kenal Mami. mengada tau! kalau Mami ada, tak mau je dengan semua orang. kalo Mami tak ada, bole pulak Hafiy borak2, gelak2 dengan sesapa. menyampah tau! sekarang kalo Mami baring & Mami dah *****, Hafiy dah nganga mulut ready nak menyusu. hihihi.
Mami la, kalau boleh nak aje duk rumah hari2. seronok sangat jaga Hafiy, tengok perkembangan Hafiy. Mami dapat yang first-hand, Abiy biasa dapat tempias2 je. hehe. Abiy pun seronok Mamu duk rumah, hari2 dia bole balik makan nasik tengahari. kalo tak.. mengkayakan tokei kedai makan je la.
maybe sebab Hafiy kecik lagi, Mami tak dapat nikmati saat2 yg lebih indah. Hafiy belum turn lagi, Mami harap biarlah Mami orang first tengok Hafiy turn. boleh kan, yayang? xmola makcik pengasuh tu atau maid yang tengok dulu… tak aci tau!
tapi.. atas sebab tu Mami & Abiy decide nak amik maid. biarlah Hafiy diasuh di rumah kita sendiri walaupun bukan Mami yang jaga Hafiy masa siang2 hari berkerja. tp at least Mami bole balik tengahari, ataupun between tengahari & petang, Mami bole convertkan masa pumping kepada masa breastfeeding. hehe. itu lagi best kan? xpayah Mami strelize segala benda alah tu. xpayah duk hangkut beg peti susu ke sana ke mari. lagipun dengan maid tu senang sket Mami nak suruh2 “hari ni xpayah masak ke sapu ke, tengok Hafiy aje” hehe. kalo tinggal rumah orang, kang orang tu nak masak la, nak tido la, nak uk-uk la… taska plak, mahal sesangat!!!
skang ni Hafiy dah tido malam. so, malam2lah biasanya Mami siapkan sumer keje2 rumah. lipat kain, sapu lantai, mop lantai, kemas umah, etc. siang2 memang tak sempat la duk melayan Hafiy je. nanti Mami keje macamana lah… kena keluar awal2, maybe 6.30am kene keluar sudah sebab jem teruk dari Pujut ke Permyjaya, umah baby sitter tu. biasa pukul 7.15am bole lagi keluar (ofis start 7.30am), sal umah kita kan dekat je ngan ofis Mami kat Lutong tu. nampaknya satgi kene tuka strategi la. petang2 plak Mami bajet lambat sampai rumah. mcm biasa la, jem teruk ke arah Permyjaya dari Lutong. pastu 6.30pm dah Maghrib dah, ada beberapa jam je la Mami nak bersama Hafiy sebelum Hafiy tidur.
oh ye, pasal idea maid ni, ada la beberapa kawan Mami bagi cadangan supaya Mami jangan bagi maid masak. Mami & Abiy plan, nanti maid masakkan breakfast & lunch, dinner kalau sempat Mami masak. sorang kawan Mami (maybe she cares for us too much) cakap, tak bole. Mami yg kena masak even breakfast & lunch pun. oh, itu sangat tidak logik. selama ni pun Mami tak pernah masak breakfast & lunch (masa keja+no Hafiy+no maid), takkan tiba2 ada maid, Mami kena masak pulak. lagipun, comparekan food kedai & food from dapur Mami, mana yg lebih terjamin kualiti + kebersihan? bab air tangan maid tu, no komenlah. air tangan chef kedai yg kita tak kenal tu cemana? hehe.
sebenarnya, Mami amik maid bukanlah nak suruh dia masak, basuh baju, kemas umah, etc. tp semata2 nak Hafiy diasuh di rumah. tp alang2 dah bayar banyak tu.. takkan nak suh dia lepak2 je kan. hehe… dan Mami takmolah masa2 yg Mami bole spend dgn Hafiy, kena buat kerja2 yg boleh Mami cut sebab dah ada maid. Mami lagi sayangkan masa yg dah limited tu ntuk spend sama Hafiy..& tak sanggup tengok Hafiy main2 ngan maid while Mami masak dinner!
hmmm Mami tak puas lagilah duk sama Hafiy… Mami tak puas lagi nyanyi lagu ‘Itsy Bitsy Spider’ & ‘Bertepuk Tangan Lala’ yg Hafiy suka tu. tak puas lagi bercerita kat Hafiy. tak puas lagi baca buku dgn Hafiy. tak puas lagi nap-kan Hafiy atas dada Mami. tak puas lagi buli2 Hafiy.
saaaaaaaaaaayang la anak Mami niiii!!!
“Mami… saya budak baik!”
Leave a Reply