Mengubah Norma, Dari Nursing Bra ke Sport Bra

admin Avatar

Saya bukanlah seorang yang aktif bersukan. Masa sekolah dan universiti, cuma mengikuti aktiviti ko-kurikulum (Taekwon-Do dan silat) untuk mencukupkan merit.

Namun begitu, kerana obses ‘taknak-gemuk’ saya exercise juga di rumah naik-tangga-turun-tangga. Dan juga gunakan seterika sebagai dumbell 🙂 Skipping juga.

Sejak bekerja, bernikah dan memiliki anak, saya dah kurang masa untuk bersenam. Mungkin juga kerana excuse ‘Breastfeeding bakar kalori’ membuatkan saya rasa ‘comfort’ tanpa senaman yang teratur 😀

Namun bila usia dah mencecah 30-an ni, terasa sangat badan dah mula ‘lusuh’. Supplement? ya, supplement supplement juga, tapi ia bukan pengganti aktiviti fizikal. Untuk sihat, aktiviti fizikal adalah sangat perlu, sebagaimana dalam satu hadis Rasulullah SAW bersabda yg diriwayatkan oleh al-Dzahabi “Setiap organ mempunyai senamannya, dan senaman untuk sistem pernafasan ialah membaca al-Quran”

Disebabkan saya amat jarang menjalankan aktiviti sukan, kasut sukan pun tak ada. Dulu-dulu ada la.. tapi dah buruk berhabuk sebab jarang guna. Yang terbaru adalah yang suami saya belikan di Jeddah sebagai kasut untuk backpacking 🙂

sport shoes

Meamdangkan badan yang semakin tua, dan tulang2 orang perempuan ni biasalah, kalau dah mengandung, menyusu tu.. kalsium pun dah mula menyusut. Salah satu cara nak jaga tulang ialah dengan aktiviti fizikal selain pengambilan sumber kalsium lengkap dengan Vitamin D.

Maka suami tercinta menghadiahkan saya satu set pakaian dari atas sampai ke bawah untuk tujuan berjogging di taman belakang rumah kami. Sweet kononnya, tapi sangat sweat dan semput bila nak saing dengan beliau tika berjoging.

Jadi buat pertama kali saya menyarungkan pakaian sukan yang lengkap. Of course memenuhi kriteria Muslimah.

Tambah lagi satu aktiviti dalam jadual saya. Namun, saya dapati aktiviti fizikal yang agak ekstrem ni (ekstrem lah bagi saya, lepas jogging kena sambung indoor pulak) memberi impak yang besar dalam kehidupan saya. Yang paling utama ialah kini saya mendapat tidur yang berkualiti (deep sleep). Ya, itu memang ada kajian tentangnya. Jadi kalau rasa susah nak tidur malam, cuba2 ber-work out (doesnt work for insomnia kot? Ops sorry I don’t know about insomnia).

Minggu pertama mengubah norma, memang menyeksakan.. Sakit badan sana-sini… rasa nak demam. Tapi ubat dia… KONSISTEN. Bila rasa nak demam, buat work out. Lepas tu alhamdulillah gets better.

Seronok bila ada aktiviti macam ni. It pushing my limits. Saya biasanya tak pernah tahan jogging…. 500 meter dah semput. Tapi this time around saya gagahkan juga… Lebih 1km non-stop pada hari pertama. Not bad…

Tagged in :

admin Avatar

5 responses to “Mengubah Norma, Dari Nursing Bra ke Sport Bra”

  1. hadha Avatar

    good luck! 🙂

  2. transformed hw Avatar

    knur pun tak minat jogging. dulu sblm bersalinkan Husna (dah 6 bln dah), selalu jugak buat ZUmba. SKrg dah lama tak buat apa2 ni. Nak kena mula balik jugak ni.

  3. mama_meah Avatar

    dulu mase tahun2 akhir kt u, aku sgt aktif berjog..lepas kerje aku sgt aktif berenang, lepas kawen aku sgt aktif beranak..eh? haha

  4. Ummi Hanie Avatar

    kak lyna mmg maintain slim je… 😉

    kalau jenis badan suka lesu2 ni ubatnya pun workout eh?

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      kena balance : makan, aktiviti, spiritual 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge