Dah masuk bulan keempat editor Mama Baby World (yang mana saya adalah saalah seorang kolumnisnya!) menunggu entry dari saya… tapi.. yarobbi… masih tak dapat-dapat juga nak habiskan artikel tentang pengembaraan kami di Iceland baru-baru ini. Writer’s block! Ya lah mungkin.. Habis idea apa nak tulis. Idea semua dok update di FaceBook kot?
Entry di blog sendiri pun tak ter-tulis-tulis. Banyak benda yang nak dikongsi, tapi tak dapat nak tulis. Kalau dulu saya boleh taip menggunakan telefon saja.. tapi sekarang entah kenapa skill tu dah tak ada. Bila buka App untuk tulis blog di handphone.. terus tutup balik.
Mungkin juga kerana sibuk dengan iReach Family. Jadi kalau ada masa, saya guna untuk ‘membebel’ kepada iReach Family dan segala cawangan-cawangannya.
Tapi rasanya dah terlalu lama saya ‘berehat’ dari dunia blog. Seolah-olah perlu buat comeback. Blog My Super Kids semakin tenggelam (bajet glamour). Dah tak menjadi tempat saya meluahkan rasa hati lagi, ini semua kerana FaceBook!
Leave a Reply