Melawat Paris Notre Dame

admin Avatar

Siapa ingat Quasimodo? Ingat Esmeralda? The Hunchback of Notre Dame?


Haa inilah kami di tempat di mana kisah ini bermula. Kisah seorang pengukir batu bongkok yang dinamakan Quasimodo yang dicungkil melalui novel, filem dan animasi.


Notre Dame adalah sebuah cathedral Roman Katolik mengikut senibina Gothic yang diasakan oleh Bishop of Paris pada tahun 1160. Ia adalah antara senibina yang gah dan bangunan tercantik di Paris. Mereka yang suka pada senibina pasti terpegun dengan kecantikan Notre Dame.

Notre Dame terletak di pinggir Seine River, tak jauh dari Saint-Michel. Kami jalan kaki dari hotel.


Tak ada buat apa pun kat sini, maksud saya tak adalah nak masuk dalam tu.. cathedral kot! Adoring dari luar je (-_^)b

Ada banyak sculpture yang terkenal di Notre Dame, seperti Gargoyles dan Chimeras yang dikatakan ‘penjaga’ Notre Dame ni.


Di sini juga ada patung Charlemagne iaitu Charles The Great, Raja Frank & Roman.

Yang menariknya, Notre Dame ni ada satu point yang namanya ‘Point Zero’ yang menjadi titik ukuran jarak dalam negara Perancis. Tapi tiada dalam gambar 😀

Bersebelahan Notre Dame ada deret kedai cenderamata. Boleh la nak shopping2 souvenir.

Itulah kisah tentang Notre Dame. Nanti bila tengok balik The Hunchback of Notre Dame, boleh lah appreciate. BTW, Notre Dame maksudnya Our Lady dalam Bahasa Perancis,  merujuk kepadaVirgin Mary. Namun sejajar juga dengan namanya, Notre Damedianggap sebagai ‘Lady of Paris‘, yakni satu tarikan senibina yang menarik di Paris.

OK, sambung lagi dengan lebih banyak tempat menarik di Paris untuk dilawati!
||| Email : sauberlina(@)gmail.com ||| Call/SMS : 012-2811136

~ Mencegah lebih baik dari mengubat. Bak Sabda Rasulullah, perut punca segala penyakit, jadi mari pastikan kita makan makanan yang baik2, halal dan tinggi khasiat ~

insya-Allah, biidznillah

Tagged in :

admin Avatar

5 responses to “Melawat Paris Notre Dame”

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Yeaahh cantik2 semua bangunannyaaa

  1. eyriqazz Avatar

    Ahhh jealousss…bila la ble bawa keluarga bercuti ke paris ni?

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Jom, next year kitaaa

  2. mama meah Avatar
    mama meah

    next year aku ingat nak gi timur tgh, kawan aku satu family kt jeddah, laki dia kerja sana..leh wat umarh sekali..tengok ler..ada rezki pergilah…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge