Siapa ingat Quasimodo? Ingat Esmeralda? The Hunchback of Notre Dame?
Haa inilah kami di tempat di mana kisah ini bermula. Kisah seorang pengukir batu bongkok yang dinamakan Quasimodo yang dicungkil melalui novel, filem dan animasi.
Notre Dame adalah sebuah cathedral Roman Katolik mengikut senibina Gothic yang diasakan oleh Bishop of Paris pada tahun 1160. Ia adalah antara senibina yang gah dan bangunan tercantik di Paris. Mereka yang suka pada senibina pasti terpegun dengan kecantikan Notre Dame.
Notre Dame terletak di pinggir Seine River, tak jauh dari Saint-Michel. Kami jalan kaki dari hotel.
Tak ada buat apa pun kat sini, maksud saya tak adalah nak masuk dalam tu.. cathedral kot! Adoring dari luar je (-_^)b
Ada banyak sculpture yang terkenal di Notre Dame, seperti Gargoyles dan Chimeras yang dikatakan ‘penjaga’ Notre Dame ni.
Di sini juga ada patung Charlemagne iaitu Charles The Great, Raja Frank & Roman.
OK, sambung lagi dengan lebih banyak tempat menarik di Paris untuk dilawati!
||| Email : sauberlina(@)gmail.com ||| Call/SMS : 012-2811136
~ Mencegah lebih baik dari mengubat. Bak Sabda Rasulullah, perut punca segala penyakit, jadi mari pastikan kita makan makanan yang baik2, halal dan tinggi khasiat ~
insya-Allah, biidznillah
Leave a Reply