Antara landmark Rome adalah The Colosseum, rasanya semua orang tahu kot. Ia asalnya adalah sebuah Amphitheatre yang menjadi tempat orang2 Rome purba berkumpul, buat event dan salah satu fungsi yang famous ialah tempat di mana para gladiator berlawan.
Colosseum sekarang ni tinggal runtuhan je selepas ia musnah dalam satu kebakaran besar, namun tetap menjadi lambang kemegahan Ancient Rome.
Rome adalah sebuah bangsa yang sangat kuat satu ketika dulu, kerajaan Rome meliputi Eropah Timur termasuk Turki. Sampaikan disebut dalam Quran (surah Ar-Rum). Tapi sekarang tinggal sejarah je lah.
Nak ke Colosseum ni senang je… Kalau tak larat jalan kaki, naik tren line B terus ke Colosseo. Kami dari stesen Tiburtina, 5 stesen je sampaila ke Colosseo. Sistem tren Metro di Rome ni tak complicated pun. Macam KL je, hehe.
Sampai2 je di Colosseo, terus sampai ke muka pintu Colosseum.
Nak masuk kena beratur dulu, tapi sebagai pemegang Roma Pass, kami dapat masuk tak payah beratur. Hehe. Nanti cerita pasal Roma Pass.
Ramai juga orang di Colosseum hari tu, walaupun hujan renyai2.
Layan gambar…
Colosseum adalah satu senibina yang mengkagumkan. Bayangkan ia dibina pada tahun 70 Masihi, hampir 2000 tahun lepas. Ternyata teknologi pembinaan pada zaman tu begitu canggih walaupun belum ada jentera macam hari ni.
Di bawah ni gambar barang2 dari runtuhan Colosseum.
Ini sistem takal yang digunakan semasa pembinaan Colosseum. Terganggu saraf Fizikku! Hahaha.
Di sekitar Colosseum ni banyak sangat tempat sejarah yang menarik. Maklumlah, bekas pusat bandar Rome purba. Walaupun Itali dah maju tapi benda2 purba ni tetap mereka pelihara.
||| Email : sauberlina(@)gmail.com ||| Call/SMS : 012-2811136
~ Mencegah lebih baik dari mengubat. Bak Sabda Rasulullah, perut punca segala penyakit, jadi mari pastikan kita makan makanan yang baik2, halal dan tinggi khasiat ~
insya-Allah, biidznillah
Leave a Reply