Vanila Coklat Raya

By | August 23, 2012

Saya tak pernah pun menonton slot drama Vanila Coklat, dan tak tahu menahu tentang siri drama yang katanya ditonton oleh lebih 4.5 juta penonton ni. Hehe, betul ke?

Tapi sempena musim perayaan ni terasa pula nak tengok Vanila Coklat Raya yang bersiaran di hari raya pertama malam raya kedua.

vanila coklat raya

Drama ni.. OK memang bagus untuk ditonton terutama pasangan suami isteri yang baru-baru kahwin tu. Yang lama pun, as refresher hehe.

Ia mengisahkan tentang kehidupan Amir & Zara selepas berkahwin & hidup bersama.. konflik bermula bila mereka bergaduh sebab anak. Zara yang berperwatakan kasar cuba berubah untuk ambil hati suaminya. Tapi lain yang jadi. Lepas tu berlarutan pula dengan kemunculan Kamal (ex-BF Zara) & Liana (ex-GF Amir). Macam2 berlaku hinggalah Zara nak minta cerai dari Amir.

Apa yang boleh saya simpulkan dari telemovie ni adalah komunikasi.

Communication breakdown antara suami isteri memang bahaya. Walaupun katanya dah lama kahwin ke, dah lama hidup bersama ke.. Bak kata suami saya selalu – NEVER ASSUME.

Kita kena beritahu apa yang tak jelas dan bertanya kalau tak tahu. Bila suami/isteri berubah, pasti ada sebabnya. Dan bahaya mula mengundang bila satu pihak lagi membuat tanggapan… mula lah syaitan mencucuk jadi tanggapan bukan2.

Kerana itu dalam Islam dianjurkan amalan bermesyuarat/berunding/berbincang/syura seperti dalam surah al-Baqarah ayat 233:

Kemudian jika kedua-dua (suami isteri) mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan yang telah dicapai oleh mereka dengan berunding , maka mereka berdua tidaklah salah melakukannya

Jadi suami isteri haruslah menjalankan perbincangan untuk mencapai kata sepakat. Bukan suami isteri saja, malah sekeluarga termasuk anak-anak, menantu2, cucu-cucu juga wajar menjalani perbincangan sekeluarga.

Bila masalah komunikasi berlaku, mula lah rasa tak seronok. Anak keluar rumah pagi2 buta mak tak tahu anak pegi mana. Suami balik kerja tengah2 malam isteri sangka balik clubbing. Isteri ralit layan order online bisnes dia suami ingat layan bekas kekasih di FaceBook.. jadi masalah bila komunikasi tak bagus.

Jadi, perlu hidupkan komunikasi antara satu sama lain. Komunikasi berkesan menjadikan kita dapat tahu dan memenuhi keperluan & kehendak antara satu sama lain.

Jangan sampai dah terlambat baru nak berkomunikasi. Dalam movie boleh lah, hehe realiti sebenar kita takleh jangka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge