Saya cuma pernah ke Singapura dengan kereta saja. Keretapi ke, bas ke, kapal terbang ke… semua belum pernah.
Sebelum ada jambatan kedua ke Singapura, kira-kira 8 tahun lepas, yakni pertama kali saya sampai di Johor Bahru… Terkejut melihat aturan kereta di Tambak Johor. Dari JB saja sudah jem teruk. Nampak gaya macam 2-3 jam di tambak sahaja.
Lalu, bila kali pertama nak masuk ke Singapura dengan kereta melalui Woodlands, kami ke sana jam 3 pagi. Barulah lengang, tidak ramai orang. Cuba-cuba guna check point Woodlands di waktu siang, memang menyesal tobat takkan lalu situ dah, terutama hujung minggu! Kereta sangat banyak, dan kami biasanya kalau ke Singapura ni singgah-singgah aje… Jadi tak boleh buang masa sangat.
Apa lagi, checkpoint Tuas jadi pilihan. Walaupun jauh sedikit dari kota JB, tapi disebabkan tak banyak kereta, Tuas lebih baik. Lebih baik spend sikit masa di atas jalan, daripada dalam trafik jem >_< " stress kot.
Checkpoint Tuas, kalau dari Kota Iskandar (Lego Land, Hello Kitty Land, etc) lebih dekat jaraknya. Terus ikut highway ke Gelang Patah, selepas tol R&R Gelang Patah, siap sedia pasport sebab kita dah nak sampai ke checkpoint!
Kalau ikut Woodlands, jarang diorang (kastam) check kereta, tapi ikut Tuas, semua nak diperiksanya. Jadi jangan terkejut kalau disuruh buka pintu, buka dashboard, dan segala benda yang tertutup.
Nak bawa kenderaan ke Singapura ni kena ada Auto Pass. Auto Pass boleh beli di VEP/toll office di setiap checkpoint di Singapura. Lepas cop pasport, cari parking dan terus ke pejabat mereka. Hati-hati jangan terlajak, parkingnya cuma sejurus selepas booth cop pasport.
Untuk pelawat asing ke Singapura, dikehendaki isi borang kemasukan, akan diberi oleh pegawai di kaunter imigresen. Mintalah lebih2 sikit, nanti lainkali masuk, isi siap-siap sebelum gerak. Senang tak buang masa nak isi borang depan kaunter.
Jom ke Singapura!
– Posted using BlogPress from my iPhone
Masuk ke Singapura Melalui Tuas atau Woodlands?
Share with
Tagged in :
3 responses to “Masuk ke Singapura Melalui Tuas atau Woodlands?”
-
klu ke spore utk jln2 mmg x kisah ikut mana satu…
tpi klu gi keje, camana jem gile pun woodland tu.. mereka ttap sanggup beratur dr pusing jauh ikut tuas especially yg keje belah depan spore sbb dr tuas trus jumpa sentosa kan…rasanya sejak tol naik kat tmbak skang…ramai jln kaki je ke spore sbb nk jimat..
best gak sesekala jln smbil idup udara pntai lido yg brsih sgttt tu 🙂
dh smpi spore no prob sbb public transport sana mmg excellent! -
dah lama tak gi singapore
-
Hiks. I duduk dekat JB pun tak gi spore lagi. -_-‘
Leave a Reply