Masalah Jerawat Anak-Anak

admin Avatar

Anak-anak saya sejak masuk sekolah menengah… ya ampun, jerawat tu kadang-kadang kasihan melihatnya. Bila dah penuh muka dengan jerawat tu saya fahamlah, mesti stress terlebih tu. Stress tak menyebabkan jerawat, tapi kalau dah ada jerawat, stress akan menambah burukkan jerawat tu.

Di usia remaja ni, mereka mengalami hormon yang tak seimbang. Dan ini menjadikan kulit wajah mereka mula mengeluarkan sebum atau minyak. Pengeluaran minyak yang keterlaluan menjadi faktor timbulnya jerawat di muka.

Pemakanan juga boleh menjadi punca jerawat. Kalau banyak sangat makan karbohidrat bertapis seperti biskut, roti, bijirin sarapan, atau pasta yang diperbuat dari tepung putih; nasi beras putih; minuman manis…. Akan meningkatkan risiko jerawat. Makanan-makanan di atas meningkatkan kadar gula dalam darah, yang berkait dengan penghasilan insulin. Insulin meningkatkan fungsi adrogen yang menggalakkan pertumbuhan sel kulit, hasilnya, sebum lebih banyak terhasil dan akibatnya jerawat akan tumbuh.

Kalau anak-anak ada mengambil ubat-ubatan yang mengandungi corticosteroids, testosterone atau lithium; ubat-ubatan ni boleh mencetuskan jerawat. Syukurlah anak-anak saya tiada yang mengambil ubat-ubatan,

Bagaimana saya kawal jerawat anak-anak?

  • Pastikan mereka makan makanan seimbang. Anak2 saya tinggal di asrama jadi saya cuma mampu berpesan saja.. makan sayur, makan buah. Syukurlah mereka lah biasanya yang menghabiskan sayur dewan makan.
  • Bekalkan mereka dengan skincare natural.
  • Mulakan pengambilan vitamin asas.

Setakat ni anak saya yang sulung (15 tahun) paling banyak jerawat pasir. Adiknya (14 tahun) cuma sesekali naik papules.

Penting ke nak kawal jerawat? Bagi saya sangat penting kerana ia mempengaruhi keyakinan diri bila dah besar nanti. Jadi sementara kita boleh bantu ni kita bantu apa yang mampu.

Tagged in :

admin Avatar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge