Makanan Yang Menyebabkan Angin

admin Avatar

Sejak mengandung anak ketiga ni, saya sering mengalami ‘angin’. Silap makan sikit, angin. Mula lah nak sendawa tak berhenti. Dari awal mengandung lagi doktor asyik beri ubat angin saja (doktor GP, kalo gynae saya tak beri) termasuk charcoal, ubat gastrik dan gaviscon. Saya tak pernah makan pun, kecuali gaviscon sekali sebab tak tahan sangat. Peppermint-ginger pun saya tak berani nak ambil, walaupun ia selamat untuk pregnancy.

Bagi menyelesaikan masalah saya ni maka saya dapatkan khidmat nasihat yang lebih baik iaitu menjauhi makanan yang boleh contribute kepada masalah angin.

Masalah angin biasanya disebabkan oleh sulfur berlebihan dalam makanan yang diambil. Sulfur adalah mineral yang penting dalam penghasilan cecair hempedu, untuk kuku dan rambut yang cantik dan untuk pengaliran darah. Namun, sulfur yang banyak boleh mendatangkan masalah angin pula.

Secara amnya, makanan yang mengandungi banyak sulfur dan boleh menyebabkan angin ialah:

  • Tumbuhan berongga seperti kangkung (batang kangkung), labu dan sebagainya.
  • Tumbuhan ubi seperti kentang, carrot.
  • Daging.
  • Kobis, kobis bunga, asparagus.
  • Kekacang.

angin

Oleh itu saya perlu banyak makan ikan dan sayur berdaun.

Mengambil makanan yang tersenarai di atas, alamatnya tak senang duduklah seharian.

Belum bersalin lagi dah kena pantang macam-macam 😉

Tagged in :

admin Avatar

24 responses to “Makanan Yang Menyebabkan Angin”

  1. im_an_ibu Avatar

    thanx for the tips!!! i pon mengalami perkara yg sama sekarang. mlm2 mesti mintak hubby urutkan utk mengeluarkan angin… huhuhuh

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      kan?
      tak larat nak menanggungnya hehehe

  2. MamaAiman Avatar

    saya memang banyak sgt angin sebelum mengandung lagi, bila mengandung memang super super angin..kangkung, kobis, kekacang, even gula2 berangin langsung saya taksentuh.taksangka pulak carrot pun berangin jugak..teh langsung2 tak boleh minum..saya dulu rajin sgt minum air halia masa pregnan sgt lega sebab rasa selesa, tapi org tua2 takbagi sgt utk yg taktahan takut menjejaskan kandungan. betul tak wallahualam, depends pada org kut..lepas pantang pun berangin jugak..masa aiman 7bulan, saya balik berurut buang angin memangla tukang urut tu pun berangin sama mase urutkan saya, tapi lega la utk seminggu..bersabarla utk semua perkara..huhuuuhuuuuu..

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      sekarang masih angin ke Nul? try peppermint-ginger.

      1. MamaAiman Avatar

        kalo tak jaga makan memang cepat sgt berangin smpai skrg 🙁 nak beli kat mane tu?

        1. Mommy Lyna Avatar
          Mommy Lyna

          Ahaha. Shaklee la Nul. Kalo nk akak bole orderkan pakai ID nul 🙂

  3. lynn hamzah Avatar

    good tips…tq so much…

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      welcome dear 🙂

  4. nonie Avatar

    having the same problem, tapi ada sesetengah makanan yg u list kan tu mcm daging & kekacang tula yg jadi my fav… kdg2 tak lalu nak makan benda lain pun… huhu

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      tu lah pasal kadang2 tak tahu nak makan apa dah coz semua pun yg ada tu tak boleh nak dimakan

  5. BukanBapakBudak Avatar
    BukanBapakBudak

    As Salam..gune minyak yuu yee cap limau boleh tak nk kurangkan angin..?
    dalam kes angin berangin ni..minuman ape yg patut dielakkan?

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      rasanya kalo dah kronik sapu2 minyak je tak berapa jalan hehe

      kalo tak salah saya minuman yang boleh merndatangkan angin
      – minuman bersifat sejuk seperti teh
      – minuman ringan
      – minuman yang mempunyai kandungan laktosa seperti hasil tenusu

  6. Zuhaini Avatar

    Siannya.. Tp u x dak gdm ye? (diabetes due to pregnancy..?) kalau x dak alhmdulillah.. Kalau ada, mcm saya la.. Sblum bersalin pun dah berpantang.. Huhuhu 🙁

    Gud luck in ur pregnancy ya 🙂

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      alhamdulillah takde GDM
      tak cukup gula ada la hehehe

  7. masalifah Avatar

    seb baik tak naik angin..ngehehe

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Son Goku?

  8. eyriqazz Avatar

    untuk bapa sesuai tak ni?hik3…

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      sesuaii bahhh!

  9. Mama-miya Avatar

    biasalah kan..cobaaan. badan tgh preggy ni tingtong skit. dr yg biasa, terus jg tak biasa. atleast its good ur trying to understand the problem & take action, drpd most preggy ladies yg kerjanya merungut aje kan? 😉

    for me kalau angin aje, mesti minum air panas byk2 bg burp. utk worse case barulah telan antacid. also i seems to have developed habis suka makan taboulli (salad turki yg ada memacam herbs termasuk mint & cumin; among benda tolong buang angin). these are the stuff that works for me lah.

  10. hantaran qaseh Avatar

    hai saya newbie kat sini…saya belom kawin hujung tahun ni kawin…
    kene prepare siap2 nak dapat info bagus2 kat sini :p

  11. aRninas Avatar

    saya pun sama gak masalah angin.. tambahan list makanan berangin;
    rebung, umbut pisang, timun

    Nak seimbangkan angin tu saya minum air halia atau tambah halia dalam masakan. tapi kalau time pregnant memang kena kawan dgn gaviscon la… 🙂

  12. shira Avatar
    shira

    carrot pon angin??? byk nya makanan kegemaran sy berangin….saya nie lmbt mkn n mkn benda2 berangin..mesti sendawa n perut rasa x sedap..kadang2 rasa penat plak dgn keadaan perut yg x sedap..nk wat keja pon rs x selesa…

  13. hikari Avatar
    hikari

    nampak gaya macam hampir kesemua makanan ber’angin’

    ini macam kalu.. makan dedak aje lah..

    kot angin jugak tak tau ler..

  14. mariah Avatar

    kalau dtg angin selalu sendawa. kadang. sampaip sakit kepala.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge