Milllet (sekoi) dan couscous hampir sama saja rupanya.. Resepi millet (sekoi) untuk bayi 6-8 bulan di link ini. Tapi tak serupa. Sekoi adalah bijirin seperti padi yang bijinya kecil-kecil bulat, manakala couscous adalah dari gandum dan dikategorikan sebagai pasta.
Alternatif untuk ibu super-busy untuk menyediakan makanan bayi home-made, couscous lebih cepat dan mudah disediakan. Kalau sekoi kena rebus sekejap, dalam 10-15 minit, couscous cuma perlu rendam dalam air panas saja.
Tapi berbanding sekoi, bijian couscous lebih peroi, rasanya lebih kurang pasta. Dan harganya mahal sikit dari sekoi. Sekoi dalam RM6.++, couscous RM13.++. Biasanya di supermarket dan kedai yang jual barang organik ada saja.
Kedua-duanya boleh dicampur dengan puree. Couscous pun boleh dicampur dengan salad.
Yummy2 makan dengan pumpkin, butternut…. 😀
Nanti cuba quinoa pula.
Leave a Reply