Mak saya, garang orangnya. Garang dengan anak-anak. Tak pernah saya tak kena marah. Asyik kena marah je. Kalau Mak tak marah tu samada dia mengandung, atau baruย balik dari kursus motivasi keibubapaan.
Benda yang paling sinonim dengan kami adalah batang penyapu. Batang penyapu dengan rambut penyapu tu pun dah tak boleh beza. Punyalah hancurnya batang penyapu tu.
Setiap kali result exam keluar, terketar2 nak bagitau kalau dapat markah rendah. Walaupun sebenarnya Mak tak marah.. dia marah kalau malas belajar, result tak bagus tak pe. Tapi kalau pegi tuisyen bagai, result teruk juga, memang siaplah nak kena batang penyapu.
Tapi, dengan didikan Mak yang macam tu lah, saya jadi orang. Walaupun saya pernah tinggal di asrama, tapi jenis homesick. Tiap-tiap minggu nak balik.
Walaupun Mak saya garang, dan asyik kena pukul, tapi tak pernah simpan perasaan dendam atau tak puas hati. Memanglah tak suka kalau kena marah/pukul, tapi bukan salah orang lain, salah diri sendiri.
Tapi agaknya zaman sekarang dah berubah. Mungkin kerana saya dulu tak ada exposure pada dunia luar. Rumah adalah dunia saja. Mak ayah, adik-adik dan kawan-kawan sebelah rumah, itulah insan-insan dalam hidup saya. Apa yang saya ada masa tu sudah sangat cukup.
Sekarang ni, dengan anak-anak tak boleh nak marah-marah macam mak kita dulu. Mungkin exposure berbeza. Lagipun, zaman sekarnag ni Mak ramai yang stress, dan marah2 anak sebab nak lepaskan tekanan, bukan sebab anak buat salah ke. Alah, tapi budak2 memang biasalah ada nakalnya kan.
Mungkin juga sekarang dah takde jiran2 yang boleh borak2 buang stress (jiran pun kadang tak bertegur). Mak-mak banyak memendam… lebih2 lagi surirumah.
Macamana tak bagi marah anak selalu.. terutama kalau asalnya dari mak yang stress?
Jom join kami dalam group —> MAK TAK MARAH ANAK ni.
Hanya untuk mak-mak je tau. Apak-apak, sila buat group sendiri.
Sekiranya ada mak-mak yang ada masalah nak menahan marah pada anak yang macam2 perangai… sangatlah dialukan untuk join. Siap ada cabaran ‘tak marah anak’. Bersama-sama kita jadi kuat kan!
Kalau ibu memang jenis tak marah anak, laaaaagilah dialukan. Kongsi tips, pengalaman. sama2 kita support ibu2 kita OK.
See you!
Leave a Reply