Macedonia terletak di tengah-tengah semenanjung Balkan, merupakan sebuah negara yang sangat kaya dengan sejarah. Dari Alexander The Great hinggalah Mother Theresa, Macedonia ada banyak benda untuk diexplore.
Perjalanan kami ke Skopje, ibu negara Macedonia bermula 5 jam sebelumnya dari Belgrade, Serbia. Kami masuk ke Macedonia melalui jalan darat dengan menaiki kereta. Tiba di Skopje sudah gelap (walaupun baru jam 4.30 petang kerana malam bermula lebih awal di musim sejuk).
Di Skopje kami menginap di Ibis Skopje City Center. Lokasi yg sangat strategik. Cuma kurang dari 200 meter ke Macedonia Square. Dan boleh berjalan kaki ke seluruh bandar termasuk Old Town.
Petang tu kami tak larat nak keluar. Cuma rehat di bilik saja. Makanan pun dah tapau siap2 dari Belgrade so dah tak perlu keluar cari makanan.
Esoknya, terus ke restoran hotel (free breakfast) & tadaaaa! My favourite AJVAR! Pertama kali merasainya di Sighisoara, Romania dan terus suka. Ajvar ni macam sambal tumis tp tak pedas. Diperbuat dari bell pepper, terung dan bawang. Sedap sangat rasa dia. Di Balkan benda ni memang biasa.
Jalan satu lagi lebih landai, tiada bukit tinggi2. Kami balik ke Skopje semula melalui jalan itu.
Yang best perjalanan ke Ohrid ni, banyak lalu kampung2 yang ada banyak masjid. Ya Macedonia ni masyarakatnya berbilang bangsa.
Tapi hasilnya… sangat puas hati. Kami ambil masa menikmati Old Town tu.. jalan kaki tapi sunyi betul. Takde orang pun di jalanan.
Ohrid adalah kota yang wujud sejak sebelum zaman pertengahan. Macam2 kerajaan wujud di sini dan yang terakhir kota ni terbahagi dua : bahagian Muslim dan bahagian Kristian semasa pemerintahan Turki Uthmaniah. Area Muslim di bawah bukit bersempadan dengan tasik dan area Kristian di kawasan berbukit.
Ada 365 gereja di kawasan ni tap semua tu dah musnah dan sekarang cuma tinggal 70 saja.
Kawasan Old Town ni memang boleh mengah dibuatnya kerana kena panjat2, naik-turun tangga tapi sangat berbaloi kerana pemandangan yang sangat superb terutama bila sampai di pinggir tasik.
Bitola adalah kota diplomatik kerajaan Turki Uthmaniah di Balkan. Sampai-sampai saja disambut oleh masjid terbesar di Bitola – Ishak Celebi Mosque yang terletak di pinggir Sungai Dragor.
Bitola mungkin jarang disebut tapi ia umpama permata yang tersorok di Balkan. Sangat dekat dengan sempadan Greek. Bandar Bitola ni boleh dikatakan semuanya old town. Umpama bandar Prizren di Kosovo.
Menikmati keindahan Sungai Dragor.
And finally… of course Skopje!
Di Skopje ni kami on foot je. Ada la juga keluar ke Skopje City Mall, kena naik kereta sebab jauh juga dari Square ni dalam 7km macam tu.
Attraction lain yang ada di sekitar ni memang tak habis nak explore pun.
Macedonian Square letaknya di tepi Sungai Vardar. Bila kita menyeberang di Stone Bridge, di sebelah sana jalan sikit adalah Old Town Skopje. Kawasan ni ada banyak muzium. Berbaloi2 masuk muzium ni untuk mempelajari sejarah Macedonia.
Skopje ni takkan lengkap tanpa lawatan ke Old Bazaar atau Old Town. Ia juga dikenali sebagai ‘Muslim part of Skopje’. Yup, kita boleh tengok ramai orang bertudung yg stylo kat sini. Dan peminta sedekah juga….
Banyak masjid dalam kawasan Old Town. Dan bila tiba waktu solat, boleh dengar azan bersahut-sahut.
Selain dari tempat2 bersejarah, Skopje juga menyediakan shopping mall yang boleh jalan kaki dari Square. Yang paling besar dan paling baru ialah Ramstore Mall.
Secara ringkas tentang Macedonia:
✔️ Matawang : Denar (1 denar dalam 70 sen kita)
✔️ Bahasa : Macedonia, tapi ramai boleh cakap Inggeris
✔️ Jalan sendiri mudah saja. Lebih jimat daripada ambik pakej.
✔️ Kalau inap di apartment dgn kemudahan memasak, memasak lebih senang dan murah. Barang mentah pun senang nak cari.
✔️ Makan-makan di Macedonia pun tak mahal. Terkejut masa nak bayar 3 burger daging besar. Murah bebeno 😭
Untuk detail sharing tentang trip Macedonia boleh WhatsApp saya di http://mysuperkids.wasap.my/
Leave a Reply