Kuasa Power Pumping

admin Avatar

Saya mengakui susu saya makin sikit. Puncanya saya kurang mengepam di pejabat. Cut 1 sesi..

OK cerita tentang cut 1 sesi ni.. Ramai ibu mendapati bila kurang segi mengepam, breast akan lebih bengkak dan susu akan jadi lebih banyak dalam satu sesi. Benar? Betul. Tapi, JANGAN DIBUAT kerana ia akan mengurangkan kuantiti susu anda dalam sedikit masa lagi.

Rujuk entry http://mysuperkids.net/tips-tricks-sebenar-membanyakkan-susu untuk Feedback Inhibitor of Lactation dan peranti penerima prolaktin.

So, disebabkan ponteng mengepam itu telah memakan diri… Akhirnya EBM (expressed breast milk) yang saya simpan tinggal satu bekas saja T___T sungguh kronik sekali!

So, di samping set triple M Shaklee (yang memang amalan saya) dan smoothie campuran buah beri (tinggi serat, protein, beta karotena dan kalsium!) saya mula membuat POWER PUMPING.

Oleh kerana saya menggunakan Medela Freestyle, jadi ia membolehkan saya melakukan double pumping (pam kedua2 belah serentak).

Saya sejak anak ketiga ni, susah nak dapat letdown, jadi power pumping memang sesuai.

Apakah power pumping ni? Seperti dalam entry sebelum ni saya afa menyebut tentang cluster feeding. Cluster feeding ni adalah tabiat menyusu sesetengah bayi yang kejap-kejap nak susu. Biasanya kita dengar keluhan ibu “Anak saya ni, 10 minit sekali nak susu, lepas tu menyusu dekat sejam baru siap. Tak cukup susu ke saya ni?”. Itu dinamakan cluster feeding yang sangat2 bagus untuk penghasilan susu yang lebih banyak. Jadi ibu yang menghadapi perkara itu janhan risau, kerana anak anda secara semulajadi membantu anda membanyakkan susu!

Ada banyak cara untuk power pumping, yang penting kata kuncinya – pam dan rehat secara konsisten selama sejam, 2-3 kali sehari. Wah, macam buat exercise pula.

Cara saya ialah pam 10 minit-rehat 10 minit-pam 10 minit-rehat 10 minit-… Sampai habis 1 jam.

Boleh juga pam 5 minit rehat 5 minit
Atau pam 5 minit kiri, 5 minit kanan, 5 minit rehat
Atau pam 15 minit rehat 10 minit
Atau pam 20 minit rehat 10 minit..
Dan sebagainya

Yang penting, KONSISTEN.

Insya-Allah, bagi ibu yang mengepam, power pumping antara cara terbaik untuk membanyakkan susu.

Saya sendiri tak sangka dapat 2 bekas extra setiap hari 🙂

So, walaupun anda makan Shaklee ke, habbatussauda ke, pil ASI ke, milk booster dari bulan ke, jangan lupa mengepam tetap nombor satu. Yang bestnya dengan Shaklee kita lebih bertenaga, jadi pam sejam pun OK je, cuma boring je lah lama sangat 😀

Selamat ber-power pumping!

Tagged in :

admin Avatar

5 responses to “Kuasa Power Pumping”

  1. lydzar Avatar

    amalan saya jugak sekarang. cuma terhenti sat masa cuti new year. hasrus sambung semula aktiviti ni

  2. jiey Avatar
    jiey

    Power pumping ni leh wat anytime ke?

  3. tUtyrahiza Avatar

    Samalah kita…ebm amni pun tinggal 2bekas je..so skang mmg tamba sesi n wat PP..caiyok

  4. Sarah Avatar
    Sarah

    Saya pula..kalo baby menyusu memg xdpt nk pump..kalo pump xsmp 1 aunz pun..jd ms terbaik sy pump ialah waktu rehat di tempat kerja..dpt la 3 aunz..n kdg2 2 aunz..sy dah minum susu tuk tmbahkan susu tp msh sama seperti itu..harap2 dr ms ke masa dpt menggalakkan pengeluaran susu yg byk..

  5. aisyah Avatar
    aisyah

    Saya sedang hamil anak kedua 4 bulan dan anak pertama saya berusia 7 bulan. Bagaimana cara terbaik untuk saya kembali menyusukan anak kedua nanti kerana anak pertama tidak mahu menyusu terus, saya terpaksa mengepam susu sejak dari minggu pertama lahir kerana dia kuat tido. Bagaimana saya boleh mendapatkan sheklee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge