Kredit biasanya kita beri kepada penulis atau sumber sesuatu artikel/berita/informasi diperolehi. Misalnya kalau kita dengar berita di radio, sesetengahnya menyatakan “Sumber daripada BERNAMA” bagi memberitahu bahawa informasi asal berita tersebut adalah dari BERNAMA. (BERNAMA ialah akronim kepada Pertubuhan Berita Nasional Malaysia bagi yang tidak tahu :D).
Bagi penulisan di blog, rasanya belum ada masuk mana2 Akta Hakcipta, lalu sesiapa bebas untuk copy apa2 saja entry dari mana2 blog pun. Malah saya sendiri pun banyak menyalin bulat2 entry dari blog-blog tertentu.
Walau bagaimanapun, ramai yang mungkin terlupa (mungkin tak tahu, saya rasa awal2 menulis blog dulu saya pun tak tahu tentang kredit2 ni) untuk memberi kredit kepada penulis asal entry/artikel tersebut. Walaupun kebanyakan blogger/penulis blog tidak kisah artikel mereka disalin bulat-bulat, tapi sebagai penghargaan kepada usaha mereka memerah idea, mencari maklumat dan menaip (maklumlah kita kan copy+paste saja), alangkah moleknya kalau kita beri sedikit kredit kepada beliau.
Namun bagi artikel yang tak ori, atau beliau sendiri pun copy+paste entah dari mana, mungkin tak perlulah nak beri kredit. Melainkan jika ada ditulis sedikit ulasan & kita pula copy+paste ulasan yang diberikan.
Selain itu, bagi artikel yang di-reword, atau diolah semula dalam gaya bahasa sendiri tak beri kredit pun tak mengapa kerana terdapat usaha di situ untuk menulis semula, dan artikel asal sekadar bahan rujukan saja.
Saya menulis sebagai peringatan kepada diri sendiri dan teman2 lain juga. Maklumlah saya pun mungkin kadang2 terlupa nak beri kredit terutama semasa awal pembabitan dalam dunai blog sebab masalah kejahilan. Ini kerana tak semua orang OK dengan perkara2 salin bulat2 ni. Jadi sebagai langkah berhati2 dan mencegah sebarang salah faham, ada baiknya kita tulis sebaris saja = kredit to http://xxx.com, atau artikel dipetik dari http://xxx.com, hanya sebagai menghormati penulis asal. Bukan senang nak tulis sebuah artikel yang bermutu (bila orang dah copy+paste, maknanya karya itu bermutu lah kan?), jadi apa salahnya biarlah penulis asal yang mendapat penghargaan, bukan kita yang copy bulat2.
Rasanya semua orang suka bila hasil tulisannya dikongsi, tapi kadangkala boleh mendatangkan perasaan tidak senang kepada penulis asal bila tiada langsung kredit, lepas tu pula artikel tersebut disebar2 dengan kredit kepada blog yang copy+paste itu tadi. Cuba anda bayangkan apabila hasil karya anda berada dalam blog lain tanpa kredit, dan pembaca blog tersebut memuji2 pemilik blog atas artikel yang bagus itu.
Atau lebih kelakar lagi bila anda terima email yang dihantar oleh teman dengan ucapan “Cuba kau baca ni, bagus artikel ni” dan apabila anda baca, ada kredit ke blog ‘penulis’ tapi rupa-rupanya isinya adalah copy sebiji-sebiji entry dalam blog anda.
Jika saya mungkin saya tak kisah, sekurang-kurangkan indikasi bahawa tulisan saya tak adalah sampah sangat sampai ada orang copy+paste bulat-bulat 🙂
Glamour jugak blog aku rupanya!
Leave a Reply