Kota Damansara Review

admin Avatar

Kota Damansara Review ni sekadar pandangan peribadi. Diharap ia dapat membantu sesapa yang mungkin rancang nak beli apa-apa hartanah kat Kota Damansara. Enjoy…

Kelebihan

Kota Damansara mendapat faedah daripada so called matured neighborhood terdekat; Bandar Utama, Damansara Utama & Tmn Tun Dr Ismail. Ramai penduduk kejiranan terdekat ni berpindah ke Kota Damansara untuk “upgrade”; membuatkan rumah mewah mendapat permintaan tinggi (sebab rumah kawasan tersebut kekurangan tanah untuk pembinaan baru). Ini membuatkan nama Kota Damansara ada brand.

Juga, sebab Mutiara Damansara memiliki one of the best shopping complex di Malaysia, golongan muda jadi tertarik untuk duduk di Kota Damansara sebab harganya yang lebih murah. Ini membuatkan penduduk Kota Damansara lebih dinamik kerana disokong golongan professional muda (ala2 yuppies) yang berpendapatan bagus. Justeru, kedai-kedai di Kota Domansara lebih happening di sokong golongan berbelanja.

Accessibility juga menjadi kelebihan utama Kota Damansara. NKVE boleh sampai Shah Alam & Putrajaya, LDP boleh sampai Puchong (walaupun jem teruk on rush hour), Penchala Link untuk ke Hartamas, Mont Kiara & KL (although kena lalu Persiaran Surian yang juga jem teruk on rush hour) serta SPRINT to Bangsar, Mid Valley & Federal Highway. So, its good untuk pekerja yang kerja di kawasan yang disebut di atas.

Kelemahan

Kelemahan utama Kota Damansara ialah tiada anchor developer untuk memajukan seluruh township. PKNS sebagai pemilik sepatutnya merancang agar jadi macam Bukit Jelutong? Akibatnya, pembangunan agak bersepah dan tak tersusun. You can see bungalow dekat low-cost or even hospital atau kolej berdekatan kilang (walaupun tak semestinya berasap-asap). Dan sekarang almost everywhere nak buat kedai.

Semakin hari, populasi penduduk Kota Damansara semakin bertambah. Pusat komersil juga kelihatan semakin rancak membangun. Ini menjadikan jalan-jalan utama menjadi sangat sesak; terutamanya Persiaran Surian tu la. To make thing worse, jalan tu berkemungkinan besar tak dapat diluaskan sebab kanan-kiri penuh dengan pembangunan. Bila Sg Buloh, Denai Alam & LagongMas habis dimajukan, keadaan menjadi lebih teruk.

Penggalak Pembangunan

Moving forward, pembangunan ladang getah Sg Buloh, pembinaan MRT Sg Buloh-Kajang serta extension Penchala Link boleh menaikkan demand Kota Damansara. Namun yang jadi masalah ialah harga sekarang dah ambil kira semua faktor tersebut; membuatkan macam dah susah nak naik lebih banyak. Anyway, kalau jumpa tawaran yang bagus, tak terlambat untuk membeli satu hartanah di Kota Damansara.

p/s: kalau anda kini duduk di Kota Damansara, boleh kongsikan bersama kenapa suka duduk situ. Moga semua dapat manfaat.

Tagged in :

admin Avatar

29 responses to “Kota Damansara Review”

  1. Hanz Avatar

    Meh dengar from me, salah seorang penghuni KD yang padat ini.
    Cadangan :
    1) Tolong banyakkan sekolah..kalu satu kelas, murid dan nak mencecah 50, camno tu?
    2) Kedai makanan tak happening..banyak yang bungkus..sangat musykil…adakah sewa terlalu tinggi? Kalau ikut kepadatan penduduk, sentiasa jer mana2 kedai makan ada pengunjung.
    3) Boleh tolong jangan asyik nak buat shopping complex ngan office lot tapi jalan raya tak diperkemaskinikan. Buat flyover ker, jalan raya baru ker. Jem giler dari KD nak ke mana2…kalu ikutkan me ke opis, 15 mint leh sampai dah, sekarang ni satu jam baru sampai!

    Yang lain2, oklah kat KD ni…mostly facilities ada tapi perasan apartment kat sini rata2 takder lift..unless high-rise apartment berpuluh tingkat…rumah atas tanah susah nak cari yg available…kami pun dok cari umah atas tanah lagi kat area ni coz sini nak raise family dah kira ok, cuma kepadatan penduduk tu kena tahanlah…

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      50/klas mmg ramai tu. Pas SRK kat MD tu siap, maybe boleh kurangkan orang hantar anak skola kat KD kot; esp orang yg duduk MD, DP, Palm Spring, Opal & Pelangi.

      I think more & more commercial center coming to KD. I love to see KD jadi center of attraction macam Uptown or SS2 punya shoplots. Tp masalahnya tu la, jalan keluar masuk mcm susah ckt nk di besarkan.

  2. Sid Avatar

    yang
    buat review tuk gombak and batu caves
    aku nak beli rumah kat situ suatu hari nnti..
    nnti tu bila yer?
    entah!
    tpi insyaa Allah..

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Gombak besar, nk yg mana? Seri Gombak la kot eh.

  3. lydzar Avatar

    me yg kerja kt kota damansara..hanya tau sekitar dataran sunway dan giant saje hehehe..punya la malas nk keluar lunch dgn kereta. end up mmg tak tau sgt apa yg ada kt kota damansara 😛

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Itu dah kira center of KD dh tu. So, what you think?

  4. azma Avatar

    saya suka duk KD coz fasiliti memang banyak.. Nak apa, semua ada.. Tapi, skrg ni ni trafik makin teruk. Terseksa jiwa-raga ni rasanya.. Yg lain, ok2 je..

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Trafik mmg tak dapat disangkal lagi. Apakah MRT yg bakal tiba di KD membuatkan keadaan bertambah teruk or makin ok semua naik tren?

  5. kinna Avatar

    bukan ke sblm nama dia KD dia adalah part of sg buloh (back then in early 2000). letak nama sg buloh, tak laku sgt hartanah kat situ dl (sblm terbinanya highways as u mentioned above). bila tukar ke KD, mencanak-canak naik..correct me if i m wrong..

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Tapi KD under Petaling Jaya, Sg Buloh under Shah Alam. Bila jadi KD tu sya pun tak sure la…

  6. salzahari Avatar
    salzahari

    yes kinna..kinda agree with u. sbb SgB mcm kampung! letak tmbh damansara, semua org nmpk high classnya tmpt so harga naik mencanak –> i guess rebranding is the rite word!

    skrg tgk saja, apa ada blkg ‘Damansara’…semua naik. Sbb semua dok nmpk dekat ke Ikea, dekat ke OU, dekat The Curve dll walaupun hanya mampu window2 !

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Betul! Macam Kerinchi, dulu orang tak pandang. Bila jadi “Bangsar South” habis mahal sume. But of cos, the name come with re-development. So orang kind of buy in jugak la.

  7. salzahari Avatar
    salzahari

    ehh…no offense please psl SgBuloh tu, i maksud…anggapan org. PIL pun dari SGB

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Hayo, tak tahu… Huuhuhuh….

  8. adila Avatar

    salam. saya salah seorang penduduk dan alhamdulillah setelah hampir 5 tahun duduk di KD, sy berjaya memiliki satu apartment di kaw ni. kira comfort zone sy la ni kiranya. sy beli apartment ni (atas org) dgn harga RM195k pada tahun 2009. guess what, skrg ni (after setahun setengah) harga rumah ni dh naik mencanak2 jadi RM280k. tak rugi memiliki aset di sini. dlu sewa kat apartment sy ni hanya RM900 je, skrg ni sewa dh naik ke RM1100 sebulan, itu kalau rumah hanya ada lampu kipas biasa je, kalau complete dgn kitchen kabinet, sewanya mencecah RM1800. yg best tu, pukul 9pg iklan dekat mudah.my utk sewakan, pukul 10pg org dah call nak dtg tengok rumah, wpun tak letak gambar rumah! so, tak rugi kalau beli hartanah kat sini. pasal traffic, main road mmg jem sgt, tp kalau area KD sndr (seksyen 4 sampai 11) mmg ok sgt, no problem! 😉

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      wow, banyak tu +50%pa for an apartment. Apt yg mana ni ek?

  9. adorablemuslimah Avatar

    salam sis,
    sis boleh ke tolong review pasal harga rumah n pro/cont area shah alam =)

    tq sis

  10. Aida Avatar
    Aida

    Saya pun pernah consider nak beli rumah kat KD sebab office kat TTDI. Jalan2 survey(2009), rasaya mahal lah double storey link corner lot at least 700K… so at last kami beli di Denai Alam, a bit jauh but rasa berbaloi sgt in terms of price, built up area and land area… Hopefully Guthrie-Damansara highway nanti connect directlah from Denai Alam to Penchala Link….

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Penchala Link to Guthrie tu bunyi macam dah confirm. Construction dah start belom eh? sebab sales agent Denai Alam ritu cakap pembinaan dah mula, tapi tak tau belah mana.

      1. Aida Avatar
        Aida

        Memang dah confirm ada dlm 2011 Budget speech, bila nak start/siap tak tahu lah

  11. mekar Avatar

    Saya tinggal di mutiara damansara. 2 tahun sudah, area KD ni tak sesibuk mana. Semenjak dah naik Giza, C4, the strand, rumah2, lot kedai ni kekadang kena fikir byk kali nak pegi sana. Jalan sibuk memanjang. Memang pesat membangun kawasan tu skrg 🙂

  12. amir Avatar
    amir

    tertarik plak nak kongsi…saya dah tinggal di KD sejak mula kahwin 2004 sampai sekarang…memula sewa kat low cost rm300 (rumah kawan) lepas tu sebab suka dengan kemudahan n environment kat sini tahun 2007 saya beli satu medium cost apt dgn harga 117k harga asal dia 5-6 tahun sebelum tu dlm 80k…sekarang dah naik lagi n lepas MRT siap rasanya lagi naiklah (rumah saya lebih kurang 5-10 minit jalan kaki dari stesen dlm plan cadangan)…yg best kat KD ni sebab satunya banyak kedai/shopping complex mcm giant, c4 n jauh sikit tesco, ikea, curve dll…lg 1 environment dia tenang dan tak serabut…satu lagi byk org yg tak duduk sini tak tahu yg nak keluar masuk ke/dari KD ni banyak akses dia…ikut nkve,ikut jalan sg buloh-shah alam, ikut sg buloh kepong, ikut tropicana keluar depan tol damansara, tropicana n keluar ikut kelana jaya…so bagi yg berpengalaman boleh elak jem janji tahu jalan n timing yg betul…

  13. ha Avatar
    ha

    salam semua..
    saya dlm proses nak beli satu apartment carmila kat seksyen 5 sebelah masjid warna kunning,harga RM 155 corner lot luas 850 sq ft,tingkat 4so nk tanya lah kpd semua yg dh lama tingal di KD ,,berbaloi ke saya beli rumah tu, ?mcm mna dgn harga market utk masa hadapn n mudahke untk saya dapatkan penyewa….,,,saya dpt info mmg akn ade satu haiway yg menghubungkan guthrie haiway dgn pencala link.start construction dlm tahun depan..so bolh kurang kn jem kat KD.

  14. Nadia @ ShahAlamCity Avatar

    facilities are the best kat KD sbb area ni sdg membangun, but traffic problem perlu diatasi sbb makin lama makin padat area ni dgn penduduk.

  15. adnil Avatar
    adnil

    kami dok kat kd dah 7 thn – traffic makin teruk skrg nih rasanya, kemajuan hartanah tak begitu tersusun – mana je ada tanah, akan terbina lah either rumah atau shop/office lots.
    ni kami plan nak jual umah kami.. kl minat contact lah eh..

    1. anip Avatar
      anip

      salam…
      adnil
      sy mmg mencari rmh area kd…mcm mn nk kontak u ye

  16. hidayah shafie Avatar
    hidayah shafie

    sy nk thu,rumah/flat/apatrment y paling dekat gn ikea ape? mybe sy akan paraktikal kt ikea pd bulan februari 2012.. ag atu sy nk thu klu dr tempat tnggal y pling dekat,jarak nk jalan kaki dr umah ke ikea berape lame? sewa y paling mahal dan pling rendah berape? thap keselamatan mac ane?

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Desa Mutiara Apartment, Mutiara Damansara.

  17. hidayah shafie Avatar
    hidayah shafie

    sekrg ade bnyk x bilik kosong.. kat sane bhaye x klu jalan kaki sorg2? klu pukul 12 tgh mlm,suasana kt sana mcm mane?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge