Kota Damansara Review ni sekadar pandangan peribadi. Diharap ia dapat membantu sesapa yang mungkin rancang nak beli apa-apa hartanah kat Kota Damansara. Enjoy…
Kelebihan
Kota Damansara mendapat faedah daripada so called matured neighborhood terdekat; Bandar Utama, Damansara Utama & Tmn Tun Dr Ismail. Ramai penduduk kejiranan terdekat ni berpindah ke Kota Damansara untuk “upgrade”; membuatkan rumah mewah mendapat permintaan tinggi (sebab rumah kawasan tersebut kekurangan tanah untuk pembinaan baru). Ini membuatkan nama Kota Damansara ada brand.
Juga, sebab Mutiara Damansara memiliki one of the best shopping complex di Malaysia, golongan muda jadi tertarik untuk duduk di Kota Damansara sebab harganya yang lebih murah. Ini membuatkan penduduk Kota Damansara lebih dinamik kerana disokong golongan professional muda (ala2 yuppies) yang berpendapatan bagus. Justeru, kedai-kedai di Kota Domansara lebih happening di sokong golongan berbelanja.
Accessibility juga menjadi kelebihan utama Kota Damansara. NKVE boleh sampai Shah Alam & Putrajaya, LDP boleh sampai Puchong (walaupun jem teruk on rush hour), Penchala Link untuk ke Hartamas, Mont Kiara & KL (although kena lalu Persiaran Surian yang juga jem teruk on rush hour) serta SPRINT to Bangsar, Mid Valley & Federal Highway. So, its good untuk pekerja yang kerja di kawasan yang disebut di atas.
Kelemahan
Kelemahan utama Kota Damansara ialah tiada anchor developer untuk memajukan seluruh township. PKNS sebagai pemilik sepatutnya merancang agar jadi macam Bukit Jelutong? Akibatnya, pembangunan agak bersepah dan tak tersusun. You can see bungalow dekat low-cost or even hospital atau kolej berdekatan kilang (walaupun tak semestinya berasap-asap). Dan sekarang almost everywhere nak buat kedai.
Semakin hari, populasi penduduk Kota Damansara semakin bertambah. Pusat komersil juga kelihatan semakin rancak membangun. Ini menjadikan jalan-jalan utama menjadi sangat sesak; terutamanya Persiaran Surian tu la. To make thing worse, jalan tu berkemungkinan besar tak dapat diluaskan sebab kanan-kiri penuh dengan pembangunan. Bila Sg Buloh, Denai Alam & LagongMas habis dimajukan, keadaan menjadi lebih teruk.
Penggalak Pembangunan
Moving forward, pembangunan ladang getah Sg Buloh, pembinaan MRT Sg Buloh-Kajang serta extension Penchala Link boleh menaikkan demand Kota Damansara. Namun yang jadi masalah ialah harga sekarang dah ambil kira semua faktor tersebut; membuatkan macam dah susah nak naik lebih banyak. Anyway, kalau jumpa tawaran yang bagus, tak terlambat untuk membeli satu hartanah di Kota Damansara.
p/s: kalau anda kini duduk di Kota Damansara, boleh kongsikan bersama kenapa suka duduk situ. Moga semua dapat manfaat.
Leave a Reply