di Miri…
.. masuk ofis jam 7.30am, jam 7.20am masih di rumah lagi.
.. kalau nak breakfast, keluarlah jam 7am.
.. jarak rumah-ofis 5 minit aje.
.. balik rumah tak penat, banyak masa nak main2 dgn Hafiy dsb.
.. malam2 kalo boring boleh keluar pegi jalan2.
.. malam2 sempat main, tengok TV, baca buku, bukak PC, buat itu buat ini.
.. dsb.
di KL…
.. masuk ofis pukul 8, jam 6.30am dah kena keluar. kalau tak sabar ajelah dengan jem.
.. jarak rumah-ofis setengah jam, ofis-rumah sejam lebeh! (kes jem blk kerja).
.. balik rumah penat sangat, sempat main2 kejap je dengan Hafiy, tu pun sambil baring sebab Mami tak larat.. sejam dua lepas tu, tido sebab dah penat.
.. malam2 jangan harapla nak keluar2.
.. malam2 sempat makan, tgk TV kejap & tidur. baca buku? tak pernah dapat sentuh. PC? lagilah.. pandang pun tak sempat.
.. dsb.
bagi orang yang dah biasa tinggal di bandar besar, memanglah biasa aje macam tu… tapi Mami tak biasalah. even if dulu Mami pernah tinggal setahun lebih di KL, tapi memang Mami penat. yela, pengalaman duk jauh dari ofis, rumah Aki di Kepong. pagi2 kena kejar komuter & LRT. balik pun sama. kalau jam 5 tak keluar ofis, alamatnya jadi sardinlah di komuter tu. sudahlah komuter masa tu (skg tak tahulah) suka buat hal. kata setengah jam sekali, tapi kadang2 sampai 2 jam tunggu tak sampai2. imaginelah orang macamana…
masa tu pun Mami penat sangat. kalau drive (masa tu tak mampu pakai highway, guna jalan biasa je) alamatnya 2 jam lebih baru sampai rumah. sampai2 dah azan Maghrib. mujurlah masa tu belum kahwin lagi, balik terus tidurpun tak ada siapa kisah.
sekarang Mami rasa bersalah sangat kat Hafiy. jam 9 lebih biasanya kita dah tidur. ada lebih kurang 3 jam je Hafiy bersama Mami. tu pun kena tolak masa Mami mandi, masak, makan, buat itu ini sebelum boleh lepak2 dengan Hafiy. agaknya sebab tu Hafiy suka bangun malam2 kot, nak spend time dengan Mami eh?
tidur Mami sekarang memang tak kualiti langsung. Hafiy makin kerap bangun malam, nangis2. kalau di Miri, 2-3 kali je bangun, kadang2 tak bangun langsung. ada la juga kadang2 Hafiy bangun main malam2, tapi bukan tiap2 malam. tapi kat sini, tiap2 malam ada la 20 kali Hafiy bangun. kadang2 Mami tepiki, ‘Mami ni tidur ke tak ni? rasa asyik jaga je’. pulak tu, setiap kali Mami bangun, Hafiy pun bangun (bangun=bangkit, bukan jaga). Mami bangun pegi toilet Hafiy bangun, Mami bangun tgk jam Hafiy bangun, apetah lagi bangun pagi, mmg kena tunggu Bibik siap baru Mami bole mandi segala. kalau ada Abiy, boleh Abiy yg tengok2kan Hafiy sementara Mami siap2.
oh Mami tak bole imagine macamana kalau family kita pindah KL nanti. hmm… semua pun ada pro & consnya kan. di Miri aman damai tapi jauh dari keluarga..apa2, kena balik urgent, belanja mahal sangat! kat sini hectic tapi duk dekat ngan atok2 Hafiy. apa2 jadi memang kita dah ada kat sini.
harapnya Mami tak amik masa lama nak catch up dengan KL life ni. Mami dah rindu nak belek2 buku tapi sekarang memang tak larat sangat. baca Reader’s Digest pun bercelaru mata dibuatnya.
apa2 pun kita look at the bright side lah.
Leave a Reply