Kisah Sebenar di Sebalik Surat Mah Kepada Abang

admin Avatar

Meletup blog dan mailbox saya harini. Siap ada yang tanya – kisah Cik Mah tu kisah hidup saya ke?

Tak kurang juga yang bertanya kebenaran kisah yang disiarkan oleh Sinar Harian. Ada juga spekulasi yang kisah dalam Sinar Harian pun sumbernya dari saya.

Mah tu tentulah bukan saya.. dan saya pun tak tahu betul atau rekaan cerita tu. Tapi takpe, itu tak penting, yang penting… apa pengajaran yang kita boleh perolehi dari kisah ini.

Sedar atau tidak, kita para isteri mungkin ada menyimpan identiti ‘Mah’ tanpa kita sedari. Hanya bersiap bila keluar, selekeh di rumah, tidak menjaga penampilan kerana sibuk menguruskan rumahtangga…sehingga tanpa disedari ada jiwa yang terguris.

Di pihak suami pula, kalau rasa isteri ada buat silap (terasa macam diabaikan ke) silalah tegur dengan baik. Kalau takut isteri sentap, kasi lah hint. Misalnya beri hadiah minyak wangi, baju baru, alat mekap ke,.. cakap jelah “Abang nak sayang pakai ni bila bersama abang”. Kan senang. Isteri pun bukannya pekak atau tak faham bahasa kan? Kalau pekak sekalipun, gunalah cara komunikasi yang biasa dengan dia…

Pendekata, komunikasi berkesan amat penting dalam sesebuah rumahtangga. Bukan sekadar “Faham-faham sendirilah”.Tak boleh, pasangan kita bukan superman boleh nak tilik dalam hati kita… cakap saja… bukannya orang lain pun.

Rumahtangga biarlah berteraskan agama. Kasih sayang kerana-Nya, bukan kerana cantik atau handsome. Insya-Allah, bila berkasih sayang kerana-Nya, walau pasangan kita dan kerepot pun tetap semarak perasaannya.

Tagged in :

admin Avatar

18 responses to “Kisah Sebenar di Sebalik Surat Mah Kepada Abang”

  1. Aya Chalo Avatar

    Betul.. jadikan pengajaran cerita ni. Sy la tu selalu comot kat rumah. Hahaha..

  2. amisah Avatar

    Komunikasi la yg paling penting…sblm salam tok kadi..sms setiap kali dan…dah halal manjang tak dan..adehhh

  3. Amyz Avatar

    Saya setuju point jangan faham2 sendiri tu. Setiap apa yang bergolak dalam hati, mesti beritahu pasangan.

  4. emalinmohd Avatar

    Memang kontroversi juga bila Ada Surat terbuka daripada “Mah”. Ramai tertanya-tanya betul ke Mah & suami Ada buat Surat terbuka?

  5. rose amani Avatar

    Suami kene belajar menjadi pendengar yang baik.

  6. Najihah Razali Avatar

    Betul….konsep ‘faham2 sendiri’ dah tak boleh pakai

    ‘I am not a mind reader, u have to tell me’

  7. Norjarina Avatar

    Betul komunikasi dalam rumah tangga sgt penting..
    Byk2Lah berbincg utk kebahagiaan..

  8. IrdaBay Avatar

    Ada one of my friend (lady) yg katanya, kalau dia adalah ‘Mah’, dia rasa terhina dgn surat jawapan Mah yg Lyna tulis.. katanya macam tak sensitif dgn perasaan Mah.. isu serius boleh buat main-main.. tapi saya rasa majoriti lebih faham apa maksud Lyna di sebalik surat tu.. in fact, dalam group ladies saya tu pun, dia sorang je yg emo.. huhu..

  9. yus Avatar

    Ko tulis apa nyah?

  10. Khadeejah Hasmad Avatar

    Sedang improve diri ^_^

    Eh, kalau nak tahu, bini orang arab kan, kat luar pakai semua hitam bertutup bagai, tapi dalam rumah, mak aiiii, kalah model dalam tv!

    Ai know sebab adik ai kawen dgn orang arab >___< *tutup mata nih!*

    Ikut apa yang Allah suruh, berhias bercantik berwangi semua dalam rumah untuk tatapan suami 😉

    Dan suami pun ada lah part dia.

  11. daya rudy Avatar

    Cerita Mah ni actually a wake up call utk kita as isteri.

  12. Mamahusna Avatar

    2 way komunikasi tu penting antara suami isteri. Suami isteri kena sentiasa bermuhasabah.

  13. Jazilah Ilyas Avatar

    Bnyk kisah camni dlm masyarakat kita. But then camana nak berhias cantik kalo duit xde kat tgn? Shopping sbln skali pun bini takat ambil susu pampers anak je takut suami x cukup duit? So para suami pun kna take part kan? Jgn leee dibuat wife tu cam org gaji je 🙁

  14. Ida Avatar

    sebelum suami suka suki jadikan ia alasan utk ter, ops or whatever, baik kita tanya diri kita dah ok ke idak. Kalau rasa xok, tanya suami plk. Kalau dia kata tak ok, sila minta sponsor apa yg patut seperti spa treatment, baju seksi dan bling2, perfume, holiday dan up duit shopping!

  15. Raihanah Ahmad Avatar

    zaman sekarang takleh guna dah “faham2 sendiri tu”

  16. princess Avatar
    princess

    Lelaki yg sudah berkahwin dan berzina patut direjam sampai mati.kalau saya jadi mah anggap saje suami itu sudah mati…

  17. Moms Avenue Avatar

    Insaf-insaf.. Kalau suami bagi hadiah perfume, jangan terus gumbira.. kena kaji habis-habisan motif sebenar disebalik itu.. T___T

  18. sazlina Avatar

    salam…wow..realiti bukan fantasi lagi…
    ini bukan sekadar isu kaum isteri tapi turning point utk both husband n wife…
    suami jlnkn tgungjwb ikut syariat, begitu juga isteri…barulah nampak jelas, Islam itu indah…

    bukan setakat bebas ber is’Three’ +1 jer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge