Kereta Datuk Sosilawati Ditemui

admin Avatar

Dengan laporan kehilangan Datuk Sosilawati pengasas kosmetik NV, dan pendedahan meluas oleh media2 akhirnya kereta BMW M5 milik Datuk Sosilawati ditemui di Grand Dorsett’s Subang Hotel di Selangor (memetik laporan The Star Online). Tapi keempat2 yang terlibat masih tidak ditemui.

Dilaporkan hilang sewaktu ke Banting, dan ditemui keretanya di Subang.

Memetik laporan ondscene.my (sorry silap taip dlm entry sebelum2 ni).

——– REPORT BEGINS ——–

Misteri Penemuan Kereta Datuk Sosilawati dan Peguamnya
September 7th, 2010 by admin

USJ 1, Subang Jaya
Selangor
6 Sept 2010
10 malam
pembetulan pada kekeliruan dalam ayat
Kenderaan SUV BMW milik jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya ditemui sebentar tadi.

Turut diemui semula, kereta BMW milik peguamya, di lokasi yang berlainan.

Bagaimanapun,Datuk Sosilawati , pemandu, peguam dan seorang pegawai bank yang bersamanya, masih belum ditemui.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman berkata, kereta BMW milik Sosilawati, 47, ditemui di Pangsapuri Angsana USJ1, Subang Jaya.

Ia diikuti kereta milik peguamnya di sebuah kawasan perumahan berhadapan Dorsett Hotel Subang Jaya.

Kereta Sosilawati dicam menerusi plet kenderaannya oleh seorang peniaga yang ternampak kereta terbabit lalu melaporkan kepada polis jam 9.30 malam.

Plet kereta dicam menerusi pendedahan nombor itu melalui siaran televisyen yang melaporkan kes terbabit semalam.

Kereta ditemui di tempat letak kereta di bahagian hadapan pangsapuri tersebut.

Selepas menemui kereta Sosilawati, difahamkan polis mendapat maklumat mengenai kereta BMW milik peguam itu di sebuah kawasan perumahan berhadapan sebuah hotel , kira-kira 10 kilometer dari lokasi penemuan kereta Sosilawati.

—— REPORT ENDS ——–

Saya masih belum bertemu sebarang spekulasi dibuat tentang kes ini. Dalam Facebook pun masih sibuk dengan iklan raya TV3 dan video kantoi main dengan bini orang.. Adeh. Mungkin sebab kes sebegini tak begitu menarik, atau orang takut nak buat sebarang spekulasi, berbeza dengan iklan TV3, sampai mentol lampu pun jadi enlightemen Kristian, titsan air pun jadi Star of David dan sebagainya.

Mungkin keluarga mereka yang terlibat sedang giat membuat solat hajat, usaha mencari dengan macam2 cara bagi menemui semuanya dalam keadaan selamat.

Apa agaknya yang dialami keluarga mereka yang terlibat, terutama anak2. Bayangkanlah, ibu kita hilang macam tu saja. Nak2 musim nak raya ni.

Dalam meniti 2 lagi hari2 dalam bulan mulia ni jangan lupa doakan kesejahteraan seluruh umat Islam termasuk Datuk Sosilawati & crew.

Tapi… Ada 4 orang bersama-sama dalam rombongan itu, ahli keluarga mereka yang lain, tak pernah buat report poliskah?

admin Avatar

4 responses to “Kereta Datuk Sosilawati Ditemui”

  1. fid Avatar
    fid

    yg lain2 pun keluarga dah buat report polis kot
    tapi kala mereka diculik maknanya penculik kena lebih dr 10 la ya
    ke mereka dah terbang jauh jauh…4 juta weh huwahuwa

  2. YatieJay Avatar

    Ahli keluarga l ain mesti buat laporan…tapi tak jadik bahan berita sebab mereka bukan Dato Sosilawati yg terkenal tu

    Apa2 hal pun kita doakan semoga ke empat2 dari mereka dijumpai semula sblm raya. Kesian kat family diaorg…

  3. Liz Avatar

    ahli keluarga yg lain pun dah buat report polis tp x keluar berita sebab tak terkenal kot. bila family datuk yg buat report, tu yg terus kecoh satu malaysia dia hilang
    .-= Liz´s last blog ..Sapa yg belum habis beli kuih raya- serbu kuih raya kak Nani cepat! =-.

  4. Mommy Lyna Avatar
    Mommy Lyna

    sama seperti jawapan saya bila ditanya tentang tu. sebab orang lain tak glmour 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge