Bertukar status dari wanita bekerjaya kepada ‘surirumah’ bukan sesuatu yang mudah. Walaupun mungkin ramai wanita bekerja yang teringin nak berhenti kerja dan duduk di rumah, tapi ia bukan semudah hantar surat letak jawatan.
Melainkan mungkin kalau suami dah cukup kaya jadi tak perlu menukar lifestyle atau ikat perut, cuma perlu petik jari je. Tapi hakikatnya tak semudah tu.
Bukan mudah untuk tak membeli barang yang kita selalu beli setiap bulan. Bukan mudah nak tukar barangan dapur kepada bajet. Bukan senang nak kurangkan bil api, air dan sebagainya.
Saya sebenarnya dah lama bercita2 nak jadi seorang WAHM. Mula2 target bila side income > gaji. Tapi it takes more than that sebenarnya. Jadi WAHM bukan sekadar ‘kerja di rumah’ tapi banyak perkara penting yang perlu diambil kira.
Terutama hal2 berkait dengan emosi dan cara berfikir.
Saya takut saya jadi ‘gila’.
Namun, sampai juga masanya untuk membuat keputusan muktamad. Lama juga saya berfikir. Dan keputusan diambil dalam suasana penuh emosi. Saya akui tak puas lagi berkhidmat dengan syarikat ni. Masih banyak peluang2 yang belum saya terokai.
Namun saya memilih jalan ini 🙂
Satu cabaran baru, dunia baru… Entah apa yang tersedia saya pun tak tahu. Tapi saya tahu saya ada satu matlamat yang jelas.
Siapa nak join? Jom bergoyang2 di rumah d(-_^)
—————————————–
Saya adalah wakil Shaklee anda, dan baju menyusu Muslimah untuk Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, etc. (ketahui bagamana untuk mendapatkan POS PERCUMA).
—–———–———-
Hubungi saya – sauberlina(@)gmail.com – 012-2811136 [SMS/WhatsApp dialukan] untuk sebarang pertanyaan.
||Dapatkan konsultasi PERCUMA dengan pembelian dari Vitamin Shoppe||
Leave a Reply