Lately ramai bloggers yang buat entry tentang komen2 ni. Paling latest terjumpa di blog Sya. Ramai lah lagi sebelum ni, kebanyakannya tentang ‘jawab menjawab komen’. Dulu nampak di blog Mama Emma, Mrs Noba, Anasfadilah… dan ramai lagi lah.
Berkenaan tak ada orang komen di blog, saya pun no komen sebab blog saya pun tak ramai orang komen hehehe. Mungkin sebab saya jarang komen di blog orang. Masalahnya kerana saya membaca blog menggunakan N95 saya itu. Ada sesetengah blog, especially yang menggunakan platform Blogger/BlogSpot, memang kotak komen pun tak boleh buka. Ada sesetengah blog, boleh buka tapi jari jemari saya pula lenguh nak menaip. Maklum jela taip kat keypad handphone kan macamana… Ni pun dah naik krem jari tengah jemari dibuatnya akibat asyik ber-Palringo (inilah 3-4 hari ni saya jarang ber-Palringo sebab mengalami sakit jari yang kronik).
Apabila seseorang telah mengomen di blog saya, saya akan terus ke blog mereka, especially new commentator. Tapi kalau pakai handphone, tak keluar la profile Nuffnang saya. Maka, tiadalah saya dalam senarai… Sedih juga bila kawan2 buat prgram kasi hadiah kepada Top Commentators, top visitors tapi saya tak dapat masuk list sebab tak dapat nak komen/profil tak keluar. Tak leh nak tolong la kan? Kadang2 kalau rasa benda crucial, saya akan send SMS secara peribadi kepada pemilik blog, atau send private message di YM ke, GTalk ke, atau FaceBook.
Bab menjawab komen di blog, kadang2 saya terlepas pandang juga. Kadang2 ada komen yang saya tak tahu nak reply apa. Hehe. Saya kurang gemar kalau setakat reply. “Ohh.. macam tu…” ke,”Saya setuju..” ke, tanpa ulasan dari saya sendiri. Bajet bijak la kan. Biasanya kalau entry tentang pandangan peribadi tu, ramai yang tinggal komen tentang pandangan mereka. Kadang2 saya biarkan ia jadi macam ‘ruang input’ je. Sebab no komen la atas pandangan peribadi orang kan. And, tak larat pulak nak TQ kat every comment. 🙂 unless komen2 yang memerlukan perahan otak dari saya, memang tak sabar2 nak reply 😀
Tapi, tak bermakna saya tak hargai komen2 ringkas. Suka sangat! Tapi ada yang saya tak reti nak reply hmm… tapi seboleh2nya saya cuba reply semua komen yang ada. Ye lah, bak kata pepatah, sebagai menghargai kawan2 yang sudi baca bebelan kita & tinggal komen lagi. Oleh itu, saya dengan segera pergi melawat blog mereka walaupun tak mampu nak tinggal jejak 🙁 (Bajet ramai la kan hehehe).
Saya suka bila ada komen di entry yang saya tulis. Especially kalau komen2 yang memberi input baru. Maklumla saya ni bukannya pakar dalam apa2 bidang, dan bukanlah famous pun. So bila ada yang sudi komen especially yang panjang2, saya suka sangat. Asyik membacanya. Antara yang saya suka komen2 dalam entry tentang keluarga Fahrin Ahmad tempoh hari (apa jadi kat derang ye? Ntahla saya tak tergamak nak tanya kalo dia tak cerita), walaupun ramai yang kata ia (komen2) berat sebelah, tapi banyak juga benda baru yang saya belajar. Sebelum ni saya tak tau lingerie tu benda macamana hokeh! (kan, Kak P-Nut?).
Sebenarnya saya ada ‘benda’ untuk dikongsi dengan rakan2 reader MySuperKids. Tapi saya tak tahu cemana… Adakah saya patut adakan contest, atau bagi pada top commentators? How about silent readers kan.. kot2 depa pun nak juga ‘benda’tu…
Saya actually dah lama simpan ‘benda’ tu. ‘Benda’ yang biasa aje.. tapi semua boleh pakai termasuklah abang delivery Pizza. So, anyone yang baca MySuperKids ‘pantas’ untuk dapat ‘benda’ tu tak kira lah siapa dia, kecuali kalau dia hanya memiliki sebuah basikal…
Kalau ada idea, boleh tolong saya perah otak macamana nak buat untuk giveaway dari saya ni… Kalau contest, contest yang macamana.. maklumlah sekarang ni ramai bloggers yang anjurkan contest. Kalau contest saya tu cuma picisan je la kot hehehe.
OKeh! With that I thank you 😉
*****’Benda’ tu akan diannounce kelak nanti ye 😀
Oh, tentang tak ada orang komen di blog tu.. Saya rasa la.. mungkin…
- Tak ramai readers.
- Terlalu ramai silent readers dan robot semata2.
- Entry yang tak menarik.
- Tak ada benda dalam entry tersebut untuk trigger orang tinggal komen.
- Orang tak faham ape yang ditulis.
- Orang tak suka entry tu.
- Ada masalah dengan comment box.
- Blog anda dibaca oleh orang yang menggunakan handphone macam saya 😀
Leave a Reply