Kenapa Tak Ada Orang Komen Blog Saya?

admin Avatar

Lately ramai bloggers yang buat entry tentang komen2 ni. Paling latest terjumpa di blog Sya. Ramai lah lagi sebelum ni, kebanyakannya tentang ‘jawab menjawab komen’. Dulu nampak di blog Mama Emma, Mrs Noba, Anasfadilah… dan ramai lagi lah.

Berkenaan tak ada orang komen di blog, saya pun no komen sebab blog saya pun tak ramai orang komen hehehe. Mungkin sebab saya jarang komen di blog orang. Masalahnya kerana saya membaca blog menggunakan N95 saya itu. Ada sesetengah blog, especially yang menggunakan platform Blogger/BlogSpot, memang kotak komen pun tak boleh buka. Ada sesetengah blog, boleh buka tapi jari jemari saya pula lenguh nak menaip. Maklum jela taip kat keypad handphone kan macamana… Ni pun dah naik krem jari tengah jemari dibuatnya akibat asyik ber-Palringo (inilah 3-4 hari ni saya jarang ber-Palringo sebab mengalami sakit jari yang kronik).

Apabila seseorang telah mengomen di blog saya, saya akan terus ke blog mereka, especially new commentator. Tapi kalau pakai handphone, tak keluar la profile Nuffnang saya. Maka, tiadalah saya dalam senarai… Sedih juga bila kawan2 buat prgram kasi hadiah kepada Top Commentators, top visitors tapi saya tak dapat masuk list sebab tak dapat nak komen/profil tak keluar. Tak leh nak tolong la kan? Kadang2 kalau rasa benda crucial, saya akan send SMS secara peribadi kepada pemilik blog, atau send private message di YM ke, GTalk ke, atau FaceBook.

Bab menjawab komen di blog, kadang2 saya terlepas pandang juga. Kadang2 ada komen yang saya tak tahu nak reply apa. Hehe. Saya kurang gemar kalau setakat reply. “Ohh.. macam tu…” ke,”Saya setuju..” ke, tanpa ulasan dari saya sendiri. Bajet bijak la kan. Biasanya kalau entry tentang pandangan peribadi tu, ramai yang tinggal komen tentang pandangan mereka. Kadang2 saya biarkan ia jadi macam ‘ruang input’ je. Sebab no komen la atas pandangan peribadi orang kan. And, tak larat pulak nak TQ kat every comment. 🙂 unless komen2 yang memerlukan perahan otak dari saya, memang tak sabar2 nak reply 😀

Tapi, tak bermakna saya tak hargai komen2 ringkas. Suka sangat! Tapi ada yang saya tak reti nak reply hmm… tapi seboleh2nya saya cuba reply semua komen yang ada. Ye lah, bak kata pepatah, sebagai menghargai kawan2 yang sudi baca bebelan kita & tinggal komen lagi. Oleh itu, saya dengan segera pergi melawat blog mereka walaupun tak mampu nak tinggal jejak 🙁 (Bajet ramai la kan hehehe).

Saya suka bila ada komen di entry yang saya tulis. Especially kalau komen2 yang memberi input baru. Maklumla saya ni bukannya pakar dalam apa2 bidang, dan bukanlah famous pun. So bila ada yang sudi komen especially yang panjang2, saya suka sangat. Asyik membacanya. Antara yang saya suka komen2 dalam entry tentang keluarga Fahrin Ahmad tempoh hari (apa jadi kat derang ye? Ntahla saya tak tergamak nak tanya kalo dia tak cerita), walaupun ramai yang kata ia (komen2) berat sebelah, tapi banyak juga benda baru yang saya belajar. Sebelum ni saya tak tau lingerie tu benda macamana hokeh! (kan, Kak P-Nut?).

Sebenarnya saya ada ‘benda’ untuk dikongsi dengan rakan2 reader MySuperKids. Tapi saya tak tahu cemana… Adakah saya patut adakan contest, atau bagi pada top commentators? How about silent readers kan.. kot2 depa pun nak juga ‘benda’tu…

Saya actually dah lama simpan ‘benda’ tu. ‘Benda’ yang biasa aje.. tapi semua boleh pakai termasuklah abang delivery Pizza. So, anyone yang baca MySuperKids ‘pantas’ untuk dapat ‘benda’ tu tak kira lah siapa dia, kecuali kalau dia hanya memiliki sebuah basikal…

Kalau ada idea, boleh tolong saya perah otak macamana nak buat untuk giveaway dari saya ni… Kalau contest, contest yang macamana.. maklumlah sekarang ni ramai bloggers yang anjurkan contest. Kalau contest saya tu cuma picisan je la kot hehehe.

OKeh! With that I thank you 😉

*****’Benda’ tu akan diannounce kelak nanti ye 😀

Oh, tentang tak ada orang komen di blog tu.. Saya rasa la.. mungkin…

  1. Tak ramai readers.
  2. Terlalu ramai silent readers dan robot semata2.
  3. Entry yang tak menarik.
  4. Tak ada benda dalam entry tersebut untuk trigger orang tinggal komen.
  5. Orang tak faham ape yang ditulis.
  6. Orang tak suka entry tu.
  7. Ada masalah dengan comment box.
  8. Blog anda dibaca oleh orang yang menggunakan handphone macam saya 😀
admin Avatar

73 responses to “Kenapa Tak Ada Orang Komen Blog Saya?”

  1. sya Avatar

    kah kah kah..
    dah agak dah, lepas baca sms lyna ari tu, terasa2 je lyna akan buat entry nih..
    hahaha.. ada sixth sense kah daku ni? 😀 err, nanti kalau lyna bagi sms untuk komen entry, saya paste kan kat blog.. 😛

    betul la lyna.. kesian lyna tak ada orang perasan lyna jenguk blog dia…
    tapi, dalam statcounter saya, ada visitor dari iphone, jadi, saya bajet lyna le kut… hehehehe….

    harap2 orang yang google soalan tu terjumpa pulak entry lyna ni… 🙂
    .-= sya´s last blog ..bercinta di dalam kelas.. =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      hehehe

      wah wah wah memang ada sixth sense gitu

      agaknya saya mmg suka topik2 yg ahak kontrobesi kahkahkah

      itula.. derang2 ni tunjuk2 Nuffnanger yang masuk blog dia tapi tak include saya sebab saya tak keluar dalam list. huhuhu. sedih tak? kwang kwang kwang.

  2. yan Avatar
    yan

    mengikuti blog along sejak zaman along anak dara smpi lah anak dua…
    byk gak lah input2 dapat

    terus kan ber’karya’…

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      hihihi
      i lappp yuuuu

      (nape gamba katun2 kat bawah tu tak kuar plak? iskkkk)

  3. Asiah Abd Jalil Avatar

    My blog has many loyal readers tahap hardcore. Dulu I didn’t realize pun, tulis blog syok sendiri sebab I memang suka membebel and speak out loud about what I think. Tak tahu pula tiba-tiba boleh ada fans, hehehe… If let say lama sikit aje I tak update blog, I will receive e-mails, personal reminder or ada yang tanya sendiri masa jumpa. Tapi kalau singgah kat my blog, you will notice, memang tak banyak pun orang tinggal komen, yang banyaknya spams, yang lucah-lucah pun ada! While I appreciate every single comment that I receive from my true readers, I tak kisah pun kalau comments yang diterima hanya satu dua sebulan. Out of sudden, ada-ada aje orang yang datang claim that he or she is my blog’s loyal reader. Tu pun dah cukup menggembirakan, betul tak?

    Anyway, I pun nak claim kat sini, I ni loyal reader kat mysuperkids.net, tahap hardcore jugak kot… 🙂
    .-= Asiah Abd Jalil´s last blog ..Pengasuh =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      saya ni nak sgt komen kat blog Sah tapi idea mencurah2 kalu pakai itu henpon mau patah jemariku nan ayu ini hehehehe.

      **everyday jenguk blog Sah tau. tapi sebab Sah jarang update kadang2 peram seminggu pastu khatamla apa2 yg ada hehehe.

      oh btw terima kasih kerana sudi bace & tinggal komen yang lain dari yg lain hehe. heart it 😀

  4. MamaQaseh Avatar

    saya setuju kalo nk wat contest or sewaktunyer..sbb sy ske join contest2 nie..
    mcm sy pon bila ade org bg comment..cam seronok jer..ade gak yg bc blog sy nie..heheheh
    .-= MamaQaseh´s last blog ..I’m so sad because…. =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      contest cemana ye…. ada idea x? hihihi

      kalo ada tinggal link blog, mestila ada org bace kn? hihi

  5. knv Avatar
    knv

    oh patutlah hang tak banyak tinggal komen. ingatkan dah tak nak kawan akak dah hahahahahah! hampeh.

    oh i read yours too. kalau akak tak komen tu most prob pasal tak paham apa yang hang tulih. tapi kalao dah start komen payah lak nak berhenti.

    😛

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      mmg malas nak baca blog akak. tapi ada budak kecik ni suka. tp sbb ia tak reti baca, tepaksala i yg bacakan tuk dia. 😈

  6. rizza Avatar
    rizza

    akak baca blog ko tapi kadang tak komen sebab tak tau nak komen apa… hehhe
    blog akak pun ramai org tak komen sgt..ala blog tak de apa2 pun…

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      saya malas nak komen blog akak sebab nanti tulis komen yg samaaaa je.

      “wah bagusnya!”
      “nak tiru nak tiru!”

      jadi, biarlah kita menjimatkan tenaga :mrgreen:

  7. anasfadilah Avatar

    kalau buat giveaway kasik la iphone3GS,sahih berduyun orang masuk..hehehe..

    komen? ai no komen…hahahah
    .-= anasfadilah´s last blog ..*Chef Pian* =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      wah… hang ingat akak tokei maxis ka

      hahahah

      tp ok jugak kut maxis nk sponsor. maxis ooo maxis jom rrr sponsor iphone 3gs weeeh

  8. CY3.5 Avatar

    from my poll recently, 60% jawab “sbb tak tau apa nak komen”.. 23% kata sbb tak kenal tuan rumah.. lebih2 tu sbb depa sendiri mmg naturenya senyap sejak azali.. hihihi..

    apapun, sapa la yg tak suka orang komen banyak² kan.. nak² komen yg bernas + membina.. tp kalau dah content pun ala² sempoi macam ApaApaJe tu, paham² sendiri la.. ha ha ha..
    .-= CY3.5´s last blog ..Saya Memang Tak Sabar Orangnya =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      adakah saya termaasuk dalam golongan yang mengundi majoriti? tidak kerana saya tidak mendaftar sebagai pengundi.

      mungkinkah ada pengundi hantu?

      tapi ada juga yang suka komen entry santai2 sebab tak payah nak piki apa2 utk mengomennya. kan? kan? 🙂

  9. sitisifir10 Avatar

    Maksudnya..kita kena mau tulislah benda yang banyak membawa manfaat mcm Mommy Lyna buat kan…supaya peng komen boleh bg komen kans? Padanlah blog aku tak dan seploh orang bg komen…wuwuuuuuwuuu
    .-= sitisifir10´s last blog ..Change ‘Salam Ikhlas Penuh Ukhuwwah’ To Something New =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      blahlaaa makcik.

      komen ni memang tak boleh blah. hahahaha.

  10. Ms Lola Avatar

    Kadang2, saya tak tahu nak reply komen2 yg errr….. *tak tau mcmana nak cakap*. Bg saya, kalau rasa tak tau nak komen apa, tak payahlah komen. Dan bagi saya juga, pemunya blog seharusnya tidak obliged utk membalas SETIAP komen.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      agaknya si pemberi komen tu cuma nak meninggalkan mesej “ini saya, ini saya!”

      hehe.

      saya pun berasa tidaklah wajib untuk menjawab setiap komen. ramai je blogger yang tak pernah reply komen2 tapi ramai je yg tetap suka baca blog dia. hehe.

  11. Sufira Avatar

    Terus terang saya terasa kerdil nak komen di blog mommy lina..hihi…kenapa ye? sebab selalu memang ramai yang dah bagi komen and kadang2 tu sama je komennya ngan saya….jadi pembaca tegar aje pun buleh kan?
    .-= Sufira´s last blog ..Aku suka, aku tak suka! =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      cikgu sorang ni memang tak boleh blah jugak haha

      tapi boleh la jugak. hehe. saya pun pembaca tegar apa. keh3x. mai sini no henpon :mrgreen:

  12. fid bersiaran dari lab Avatar

    siti adik lyna bergetah
    i memang baca blog u haa..takleh ngan pc ngan henpon abih kredit ‘curi’ laki punya hahaa
    tp kekadang tak komen sbb takat nak komen ‘ya ka’
    kahkahkahkah baik sms…hakhakhakhak

    i pun baru wat entry tanya
    sbb lately i mmg tak komen blog org sgt
    tak dan! sibuk
    .-= fid bersiaran dari lab´s last blog ..tempurung-temperung dalam hidupku =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      komen oh komen

      tapi rasa macam best kalau ada beratus2 komen

      hahaha

      memang tak boleh blahh ➡

  13. Hanz Avatar

    Hemmm…it happen that to me, based on pandangan sendiri..kalau buat topik serius2, ciput jer tinggal jejak, bila crita pasal anak or (light stuff which I don’t really fancy to up that kind of chat), ramai pulak tinggal jejak. Adakah kerana reader terdiri dari golongan mothers jadi camtu?

    Me memang suka update pasal anak2 tapi kalau setakat nak update biasa2, x mau. Susah juga nak puaskan hati semua orang..silent reader ker..whatever biarlah..after all I blog coz I like to bukan dipaksa saper2 atau ada quota nak dipenuhi.

    For lyna, rasanyer u don’t really having this kind of probs…and i think most bloggers alami isu yg serupa…memang diakui some just like to read & don’t want to comment..& i, myself did that too to some blogs i visit on & off
    Peace!
    .-= Hanz´s last blog ..Mom’s Choice Breastfeeding Campaign Contest (STICKY MODE) =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      mebbe topik2 serius tu sukar sikit nak mengomen. lagi2 ramai yg baca blog utk bersantai. kang pecah plak kepala nak pikir apa nak komen hehehe.

      orang kata, write what you passion the most, unless orang bayar utk tulisan kita kan. hehehe. yang tu, iklas ke tak iklas ke, tulis je 😛

  14. farah Avatar

    saya tak bagi komen kat blog kadang2 sbb tak tau nak komen ape untuk entry tu…kang salah ckp kang kena marah plak..
    .-= farah´s last blog ..Afif still cannot sit properly =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      kena marah tu best tu nanti mesti ada ramai orang reply macam2 hehehe

      1. Hanz Avatar

        a-ah..some blogger sajer buat controversy untuk drive traffic, janji ada berani??
        .-= Hanz´s last blog ..MomBloggersPlanet Cutest Baby with TOYS Contest =-.

  15. Jiey^Mien Avatar

    blog mokcik tok glemer supo blog mokcik lyna..
    takdop sgt pom ore nok baco..
    tapi mokcik pom sgt2 timo kasih kpd org yg drop komen n bg nasihat n kata-kata semangat..
    terasa diriku tidak keseorangan.. cewahhh..

    mokcik pun takdok spesifik cerito hok bulih attract org..

    normally, achievement ian la hok buak saing2 excited..
    mokcik pulok rs obliged utk mention pasal achievemnt ian sbb kalau ms susoh ore tlg doakan kito, maso happy pun share la dgn org2 lain..

    mokcik suko tggl komen dlm blog saing2, tapi ms tok mencukupi sejak2 nk breti kijo ni.. *sigh*
    insyaAllah, lepas mokcik ‘breti’ kijo, mokcik akan kembali giat meninggalkan komen dan idea-idea berlengas.. eh, idea bernas! cheewahhh.. hebatnyo mokcik!! hidup mokcik!!!
    .-= Jiey^Mien´s last blog ..Akur pada keadaan.. =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      weh

      ambo kelih rama tummo komen dale blog mokcik, bulh nyo kato takdop oghe komen. ko dop reti bbaco mokcik nih?

      hehehe.

      mokcik, ado ore tanyo mokcik ambik unped wat godio?

      1. Jiey^Mien Avatar

        mokciklyna,

        oyak la ko oghe hok tanyo tu, mokcik amik unpaid sbb mokcik nok focus ko anok mokcik.. dok balik kul 9/10pm tokdey nok wak gapo2 nge anok. Balik sekadar dukung2 n menidurkan anok..

        Anok mokcik doh la yang teristimewa, pah tok cukup kasih syg pulok. Siye la ko dio.. Pah tokkey mokcik nok suh bibik tunjuk flash card ko anok mokcik. fizikal development, alhamdulillah bibik mokcik banyok menolong.. Tp kalu brain development gak, terpakso la mokcik wak sdr..

        mokcik pn risau jugok lamo2 anok mokcik terror bhd indonesia drpd bhs klate.. 😛
        .-= Jiey^Mien´s last blog ..Akur pada keadaan.. =-.

  16. littlemama Avatar

    ramai orang tak komen sebab tak tau nak komen pasal entry tertentu..terutama kalau entry yang high-level bagi mereka.. contohlah akauntan baca pasal entry engineering…kan tak masuk dek otak si akauntan ni…ha..ha.. so diam je la kan.. lagi satu pasal pembaca ni malu-malu miaow gitu ahaks
    .-= littlemama´s last blog ..How to CURE Diaper Rashes & Eczema =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      betul sangat lah tu.

      kalau kita cakap bahsa Ayam, orang tulis bahsa Itik, cemana nak terjemahkan.

      lagi2 kalo bahasa English pecah pintu macam I. muahahaha.

  17. mama emma® Avatar

    oleh krn akak nie sengal, maka komen mcm ‘sy pun bsetuju dgn pkara di atas’ pun, akak dah bbunga2 hati.. haha..

    mcm kes akak, kalau akak senyap few days, maka bila mai hari x brp sengal tu, marathon la khatam blog kwn².. so ikut mood time kasi komen tu…

    & agree dgn hanz, kekadang entry yg tlalu ilmiah mmg jarang org nak komen, sbb kekadang x tcapai dek akal.. (tu i le.. i selalu singgah ur blog, tp jarang kasi komen bila u start entry pasal hs..)
    .-= mama emma®´s last blog ..-HOW TO BACKUP ALL UR POST & COMMENTS IN BLOGSPOT- =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      dari 2 hari lepas banyak kali kedengaran perkataan sengal.

      adakah anda sudah bertukar menjadi Anak Itik Tok Wi? 😛

      yela kadang2 banyak sangat blog kta baca, tak terlarat nak komen semua kan. lagi2 kalo baca kat opis tu di kala bos tengah menjeling manja hehehe

      1. mama emma® Avatar

        haha… ketahuilah kami, akak baca blog kat ofis.. sbb bos x masuk 😎

        jgn la jeles ye….
        .-= mama emma®´s last blog ..-HOW TO BACKUP ALL UR POST & COMMENTS IN BLOGSPOT- =-.

    2. Hanz Avatar

      ha-ha..emma..as long as i nampak u tinggalkan jejak invisble, i dah happy dah…
      .-= Hanz´s last blog ..MomBloggersPlanet Cutest Baby with TOYS Contest =-.

  18. ida Avatar

    salam lyna…jgn sedih2..ramai yg baca termasuklah saya.tp sy biasa baca jer.tak berapa rajin tinggal komen..malas naip sih..hehehe
    .-= ida´s last blog ..tawakal jelah… =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      salam ida.

      eh tak sedih la. hehe. saya kan suka buat tajuk yang bajet. 😈
      kasik triggering sikit muahahaha.

  19. diyana Avatar

    kat blog i pun takde orang sudi komen tapi i sudi jer komen blog orang muahahaha..kalau cerita menarik jelah…

    i penah tanya silent reader yg tegur kat fb, awat silent?? dia kata tak pandai cakap bahasa inggeris!!! pulak dohhh…dia ingat aku nih cikgu bahasa inggeris kot.. heheheheh
    .-= diyana´s last blog ..Shopping in Bangkok – Chatuchak and Pratunam Market =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      wahaha. dia ada inferiority cmplex agaknya.

      kalo i suka2 hati je komen dalam BM kalo blog BI pun.unless kalo orng tu bukan orang Malaysiala kan. sian plak dia kena belek kamus ekekeke.

    2. mama emma® Avatar

      diyana sengal!!! sapa kata x ramai yg kasi komen kat blog dia… tu bani tu pengomen tegar tu… 😈
      .-= mama emma®´s last blog ..-HOW TO BACKUP ALL UR POST & COMMENTS IN BLOGSPOT- =-.

      1. diyana Avatar

        emma!!!! hahahahah!!!! ratio comments to unique visitors kat blog saya ialah 1:50 kot… yg lain suma pakat jadi silent reader.. hanya tuhan membalas… hehehe…
        .-= diyana´s last blog ..Shopping in Bangkok – Chatuchak and Pratunam Market =-.

        1. mama emma® Avatar

          oh diyana… mcm tu ke??? 😯

          sesungguhnya, hanya tuhan mbalas!!!!!! 😎
          .-= mama emma®´s last blog ..-APPEARKAN NAVBAR- =-.

          1. Mommy Lyna Avatar
            Mommy Lyna

            1:50
            kalo 5 komen = 5×50 =250. wow!
            kalo 10 komen = 10×50 = 500. wow lagi!

  20. NaDiaH SiDeK Avatar

    lama dh sy tak tinggalkn jejak kat sini. anggap la sy ni bz ye mommy lyna. wakaka. stail sy..sy akan bg komen terutama kat blog2 kwn2 yg baru mula berblog dgn harapan diorg akan terus menulis. lps2 tu bergantung jgk. kalau ada mood, sy komen. kalau tiba2 angin malas dtg tu…huhu..takleh nk buat apa le dh. tp sy suka berblogwalking cuma tu la…kdg2 malas benar nk tinggalkn komen sbb byk sgt bloglist sy yg sy nk singgah :mrgreen:

    p/s: ms dpt 1st komen dr mommy lyna dulu…sy rs happy tau. sudi jgk mommy lyna ke blog sy yg biasa2 je tu & tinggalkn jejak. really appreciate it 😉
    .-= NaDiaH SiDeK´s last blog ..Air tangan suami =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      last month Nadiah top komentator kat sini
      seronok saya

      kalo la saya dapat bagi apa2 pada top komentator each month kan best 😀

      btw, saya selalu ke sana tp nak tinggal jejak.. paham2 je lah kan….

  21. AshAnas Avatar

    salam… sy dh lm follow MSK and dh lama MSK dlm bloglist sy… sy slalu jgk blog walking & x pernah lupa jengah sini… tp ada sbb tau sy tak prnh tinggalkn komen… Sy xtahu la komp sy yg prob atau ape kan… coz bila sy bk blog org lain, ok je… hm, lama sgt la sy nak tunggu loading blog ni… kdg2 sy agk bosan menunggu coz sy blog walking kat ofis… nak cepat… tu sbb la sy x pernah tinggalkn komen…
    tp mlm ni laju la plk loading dia… dh ada perubahan kot…
    .-= AshAnas´s last blog ..PROMOTE: Contest Jom Main Air Bersama…! di Catatan Ibu =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      salam AshAnas,

      yeke? igtkan backgrud putih ni dah laju
      hmmm
      kene cari penyebab dia nihh
      nape ye nape ye

  22. eliss Avatar

    aku suka tinggal jejak..rasa mcm x lengkap kalo tak kata2 apa2 kan..nak2 kalo blog tu ada disclaimer yang macam ni bunyinya ‘We noticed that you’ve been visiting MySuperKids regularly. Drop a comment or two so that we can be friends” huhuhuhu…
    .-= eliss´s last blog ..Seyes, aku ingat semalam malam jumaat 🙂 =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      hahaha

      pahni aku nk tulih : tinggal jejak kalo tak aku tembak!!

      wooo.. pahtu wojik takdop oghe mari doh 😀

  23. Mynie Avatar

    entry ‘catatan seorang isteri’ 53 komen, entry pasal ‘privatisation’ 2 komen… kikiki 🙂
    .-= Mynie´s last blog ..Simplisiti’s affiliate program =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      😉

      payah nak komen benda2 skema kan. kalo benda subjektif tu seronok je.

  24. afrinabatrisyia Avatar

    Saya dah biasa alami ape yg mommy lyna alami, kita ni punye la xcited komen kat blog2 org, las2 blog sendiri kdg ade 2,3 komen,tp tu pun jarang2 sgt..sedey sgt, tp nk wat cmne, silent readers mmg ramai..kdg2 ade gak readers yg nk komen, ntah2 tetibe black out ke, pc hang/jammed ke, n mcm2 alasan…(hahaha, saje je nk sedapkn hati) 😛
    Actually, sy mmg suka ber blog walking..suka xplore mcm2, then jd kn ia as an idea utk blog saya pulok..(tp,bukan copy paste tau!) :mrgreen:
    p/s: dulu ms 1st time dpt feedback dr mommylyna, punya la terharu sgt, sampai nk mengalir air mata ku ini, (sensitip tau!) then, trus xcep mommylyna as my fren kat blog, thanks mommylyna!
    .-= afrinabatrisyia´s last blog ..:: BoRiNk :: =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      hehe

      saya ni nak sgt komen kat blog2 kamu semua tp sayangnye… atas sebab2 di atas lah

      kalo sesekali muncul komen saya tu maknanya saya telah melakukannya dengan penuh SEMANGAT! sila beri tepukan pada saya.. huu~~ huu~~

      1. mama shmontel Avatar

        haha. mak terharuu sgt lyna! (teringat bila tiba2 ada lyna komen LOL)
        apapun terpaksa agree dgn lyna…bila check bloglist kat phone tu, kekadang tu membuak2 nak komen sana-sini, tapinya bila terlampau banyak sgt nak dikomennya last2 jadik tak terkomen sbb jenuh nak menaip karangan kat phone. hehe.
        .-= mama shmontel´s last blog ..Do schools kill creativity? =-.

  25. fid Avatar

    i mmg tak komen kat blog u kahkahkahkahkah
    ehh ye ke???
    .-= fid´s last blog ..sedapnya asam jawa =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      u memang kedekut dakwat!

  26. yatie chomeyl Avatar
    yatie chomeyl

    mace ore, x ngaju pon lyna x rajing g komen kat blgo ore..hahahhaah…dop dop..tipu jah. bagi ore, atas reader tu lah dio nok komen ke dop deh. lagipun, biasanya ore baco blog time kalut2 free time…jd maybe xdey nok komen.
    tp bagi owner blog plop, raso best la bilo ado ore komen gapo yg ditulis..lagi bersemangat lah nk tulis

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      kalu ado entry berkomen tu maknonyo ado ore tengoh naik GHAAA

      hahahaha

  27. salzahari Avatar
    salzahari

    tu la..kecik hati dgn Lyna….kita je dok komen blog dia

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      alamak aih
      jgnla kecik ati
      huhuhu
      dah kene carpal tunel sindrom ni huhu

  28. asniza Avatar

    Saya suka baca blog Lyna. Biasanya, cukup rasanya. Tu yang tak terkomen tu.. Kiranya pembaca separa tegar lah ni 😉

  29. BuDi Avatar
    BuDi

    http://mypaperheart2.blogspot.com/

    hehehe.. metol tu… maybe jgak blog ko bgus smpei diorng xder komen ape2..:p

  30. unlisted_one Avatar

    Lyna, nak buat contest?

    Cabutan bertuah ke?

    Sonang sikit..hehe..
    .-= unlisted_one´s last blog ..Kaedah memberi ubat (untuk Madihah) =-.

  31. pondok rahmat Avatar

    need ur komens kat blog ni..tolong!!!
    .-= pondok rahmat´s last blog ..Mencari Redha Allah =-.

  32. azlinazaini Avatar
    azlinazaini

    sabar jeklah

  33. ziera Avatar

    1. Tak ramai readers.
    2. Terlalu ramai silent readers dan robot semata2.
    3. Entry yang tak menarik. (betul ker entry sy xmnarik 🙁 )
    4. Tak ada benda dalam entry tersebut untuk trigger orang tinggal komen.
    5. Orang tak faham ape yang ditulis.
    6. Orang tak suka entry tu. ( 🙁 )
    7. Ada masalah dengan comment box. (cment box kte same je)
    8. Blog anda dibaca oleh orang yang menggunakan handphone macam saya 😀

  34. ziera Avatar

    🙁 dah bertahun2 aku guna blog tu,….x de rmai org je yg hantar komen,…agaknya kbayankat visitor cuma budak2 skolah kot (yg bodo2)
    🙁

  35. dichvusuckhoe24H.Com Avatar

    Book value of equity is $25 million ~$10 a share
    of which $11 million is cash. A spokesman for Books-A-Million, which liquidation expense operates 231 stores, didn’t immediately respond to a request for comment on Wednesday.
    Even the uniquely motivated shareholders who wanted to redirect assets
    under management and its management fee rate for shareholder benefit.

    It’s feasible to acquire wholesale designer liquidation expense clothes that you could sell at low costs by discovering liquidation sales on Salehoo.

  36. Άμεση και εγγυημένη επισκευή iPhone σε 20 λεπτά. Το smartphone είναι ένα απαραίτητο εργαλείο στην καθημερινότητα μας, κι αν χαλάσει θέλουμε να επισκ Avatar

    unquestionably appreciate your web-site however, you have to examine a punctuation in many of your site content. A lot of them will be filled by using punctuational problems i find it very annoying to see the fact conversely I will surely return again.. Άμεση και εγγυημένη επισκευή iPhone σε 20 λεπτά. Το smartphone είναι ένα απαραίτητο εργαλείο στην καθημερινότητα μας, κι αν χαλάσει θέλουμε να επισκευαστεί άμεσα.

  37. Οικονομική και γρήγορη επισκευή οθόνες laptop. Διαθέτουμε μεγάλο stock από οθόνες για κάθε laptop, ώστε να μην αποχωριστείτε καθόλου τον αγαπημένο Avatar

    Movie actuality your good website owner. The internet site packing stride is remarkable. Evidently you’re up to any kind of unique strategy. Additionally, The actual belongings usually are masterwork. you’ve got carried out an excellent pastime in this topic!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge