Kenapa Saya Tidak Suka AirBnB

admin Avatar

AirBnb ni kalau yang tak tahu adalah satu aplikasi online untuk kita sewa rumah/bilik yang biasanya lebih murah dan lebih selesa (dari segi keluasan) berbanding hotel. Biasa dengar homestay? AirBnB ni kira marketplace untuk tokei2 homestay ni la… nak sewakan rumah/bilik mereka untuk tempoh singkat.

Semasa trip kami yang pertama ke Eropah (back in 2012) kami nak juga cuba AirBnB, tapi mungkin masa tu still baru (it was started in 2008), rumah2 yang dicari tu semuanya takmau budak2. So kami duk hotel je lah. Dan trip lepas-lepas tu dah pandai kumpul points hotel, so dah tak pandang lah AirBnB nih.

Oh ye, AirBnB ni cara dia,.. bila kita nak booking penginapan tu, kita kena berhubung dengan host, yakni tuan rumah tersebut. Inilah perkara yang kami tak berapa gemor nak contact2 orang situ sini dulu. Seboleh2 nak terus key-in je, terus confirm. Dan sekarang ni, di Booking.Com pun dah boleh booking rumah dan apartment. Key-in je macam booking hotel & jalan.

Kami gunakan khidmat ni semasa percutian keluarga dengan mentua & adik2 ipar saya ke Ireland, dan juga roadtrip di Korea. Bila ada apa-apa hal, kita call je Booking.com & diorang yang akan settle.

Dan pengalaman pahit dengan AirBnB semasa trip mak-mak ke Singapura tempoh hari. Adoilah, mujurlah bukan saya yang deal dengan hosts (yer, hosts!). Bisa menggugat kesabaran.

Ceritanya… mula2 kami dah booking sebuah apartment. OK la semua OK… sekali host tu bagitau yang rumah dia yg kita dah booking tu sebenarnya dah ada orang book dulu. So dia offer rumah lain, tapi nak settle belakang2 (tak guna AirBnB). Eh eh, tak nak la pulak. Minta refund.

So cari rumah lain…. So dapatlah rumah lain. Dekat Clark Quay. Tengok gambar wahhh cantik dan mewah.

Bila harinya dah tiba maka kami pun pergila ke apartment berkenaan… eh macam lain pula alamatnya. Tak apa lah. Kita follow je host.

Sampai-sampai… Eh, tempat apa ni? Langsung tak sama macam yang dalam web AirBnB… Sofa tak ada. Cuma ada kerusi makan je. Lantai pun berhabuk sampai saya sendiri kena mop. Dah la sabun lantai pun tak ada. Bayangkanlah lantai tu yarobbi… dengan habuk, rambut, toksah cakap lah. Tapi sebab kami sangat penat, penat sangat2 kami tak sempat nak fikir banyak2, tidur je.

Tapi memang sadis. Terasa nak basuh baju. Eh, penuh mesin basuh dengan baju owner. Takpelahhh, hilang mood.

Nasib baik satu malam je.

Kita ni dah la penat berjalan, balik2 nak berehat… tapi ni balik kena mop lantai pulak. Dah la tempat nak berehat pun tak ada.. sofa takde, lantai tak ada lapik apa-apa. Sampai kena ambil comforter buat lapik kita nak duduk-duduk atas lantai tu.

Tak adil sangat lah kan. Memang bagi bad review (tu pun ada hati host minta kasi rating dia 5 stars!).

So… kawan2 nak try yang mana… terpulang lah ya. Boleh usha2 la yang mana2… mungkin nasib kami dapat yang macam tu.

Alang-alang tu boleh la register kat sini untuk dapatkan kredit RM166 dari AirBNB

& kat sini untuk dapatkan kredit dari Booking.com pula!

Tagged in :

admin Avatar

4 responses to “Kenapa Saya Tidak Suka AirBnB”

  1. Ira Avatar

    Terima kasih atas info yang amat bermanfaat untuk semua ye.

  2. Ibu Zaid Avatar

    Macam macam ragam tuan punya rumah abnb ni ya

  3. Mama Hakim Avatar

    Mencabar sungguh pergi melancong pakai servis air bnb ya. Tuan rumah pun banyak kerenah

  4. Nando Avatar
    Nando

    Thanks so much Adriana!! 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge