Kenapa Perlu Tutup Aurat

admin Avatar

Semua orang tahu salah satu tuntutan agama ialah menutup aurat dan membuka aurat adalah termasuk dalam 70 dosa2 besar. Namun bercakap soal dosa-pahala, hidayah petunjuk adalah perkara yang sangat kompleks kerana banyak penyebab ‘hidayah tak sampai’ atau ‘seru belum sampai’. Jadi saya tidak akan menyentuh tentang kewajipan menutup aurat, dosa-pahala dan sebagainya. Lagipun menjadi kelaziman bahawa ‘pakai tudung tak semestinya baik’ jadi rasanya adalah lebih baik kita tak menyentuhnya. Maklumlah saya pakai tudung pun bukannya baik.

Masa saya belajar dulu, kami diajar bawa al-Quran kecil ke mana-mana. Supaya kalau terjadi apa-apa, i.e. kemalangan yang menghancurkan tubuh badan kita, misalnya terhempas kapal terbang ke, bila ditemui al-Quran berdekatan, dapatlah diagak kita orang Islam.

Bayangkan kalau kita pakai baju yang tak mencerminkan seorang Islam… katakan sesuatu berlaku. Kita mati lemas ke, bila identiti kita tidak dapat dipastikan, kita pula pakai baju nampak pusat dengan skirt pendek… Bagaimana kita nak dikenali sebagai wanita Islam? Mungkin di Malaysia tak susah, bila hilang keluarga akan buat laporan.. bagaimana kalau terjadi di luar negara yang mana pihak berkuasa tak ada nak layan benda2 nak cari family ni.. ataupun dihanyutkan ke sungai sampai ke kampung orang asli. Bila pakai macam orang asli, diorang pun ingat kita orang asli jugak.

Simple sajakan? Supaya kita mudah dikenali. Lagi2 bila kita pun dah tak hidup lagi untuk terangkan kepada orang siapa kita sebenarnya.

Tutup aurat tak semestinya baik, tak tutup aurat tak semestinya tak baik. Well, unfortunately yes.

Firman Allah dalam surah al-Ahzab ayat 59 “Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali supaya mereka tidak diganggu”

Ayat di atas tidak langsung menyebut “anak dan isteri orang Mukmin yang melabuhkan jilbab adalah yang solehah, kusyuk lagi tawaduk”. Menutup aurat adalah kehendak individu, betul. Tujuan menutup aurat mengikut ayat di atas ialah supaya wanita Islam dikenali sebagai wanita Islam dan tidak diganggu. Jadi terpulanglah kalau tak mahu. Tutup aurat ni sama je kedudukannya dengan dosa2 lain seperti mengumpat dan mengata. Apa beza kalau pakai tutup litup tapi lidah duk mengata mengumpat orang kan? Malah itu lebih teruk lagi kerana disamakan Rasulullah SAW sebagai makan daging saudara sendiri. Membuka aurat ni tak ada kaitan dengan sesiapa, totally individu.

Mengikut sejarah, pertama kali sejarah pembukaan aurat adalah oleh nabi Adam dan Siti Hawa, setelah mereka berdua termakan pujukan syaitan. Itulah kejayaan pertama syaitan dan mereka terus memperjuangkan panji2 tersebut hingga sekarang, dan nyata mereka berjaya, nyah. Pasukan syaitan ni ternyata hebat betul dengan agenda yang sama dibawa dari zaman Nabi Adam sampai sekarang, tak pernah pun mereka beralih dari tujuan asal mereka… tak macam kita. Kejap camni kejap camtu. Hari ni cakap macam ni, esok cakap macam tu. Hari ni tak boleh, esok boleh pulak. Ehhh pelik sungguh. Mungkin tak nak ikut perangai setan kot, tu yang asik tukar2 fikiran je hehe.

Jadinya macam inilah kita sekarang.

Lagi tujuan menutup aurat selain dikenali sebagai orang Islam:

1. Membezakan kita dengan binatang. Ayohh, teruk kan perbandingan ni. Tapi binatang mana pakai baju.. ehh ada lah. Anjing2 cute chihuahua tu pakai baju apa. Kucing comel pun ada pakai baju. Kalau kita pakai baju macam tarzan, ada iras2 juga dengan Terk dan Kerchak. Tak percaya cuba tonton filem Tarzan. Kenapa tarzan diterima di kalangan haiwan liar? Sebab dia pun lebih kurang mereka je.

2. Supaya orang2 berniat tak baik segan nak menakal dengan kita. Antara si jubah tudung labuh dengan si baju ketat, siapa yang paling banyak disiul mamat2 tepian jalan? Maunya mamat tepian jalan nak siul si jubah, silap gaya sebakul tazkirah dapat. Memakai pakaian tutup aurat yang sempurna menyelamatkan seorang gadis dari siulan2 nakal jejaka2 kureng macam tu. Kalau ada tu mungkin yang tegar atau dah kena cabar dengan kawan2 untuk tackle si awek ni macam dalam filem Syurga Cinta tu. Tapi tak taulah kalau ada orang suka kena siul2 macam tu. Kalau saya memang cari nahas la, tunggu la time kau jalan sorang2, siaplah kami pulak yang siul.

3. Sebagai bukti kita hamba-Nya yang lemah. Bayangkan kalau kita dalam tawanan. Kita tak ada daya nak buat apa, orang suruh buat itu, itulah kita buat. Kena pula orang tu yang berpistol berparang bagai kata “Kalau kau nak selamat, hari2 kau kena basuh jamban aku pakai tangan, kalau tak aku selam kau dalam tangki najis”. Dalam keadaan macam tu, kita tak ada daya, hanya ada 2 pilihan, cuci tandas dengan tangan, atau masuk tangki najis. Kita diumpamakan sebagai lemahlah sebab tak boleh nak lawan. Dan Allah juga telah ‘kata’ bahawa kalau nak masuk syurga kena jadi hamba yang Dia sayang. Nak Dia sayang kena lah ikut suruhan dia. Dia suruh kita tutup aurat (salah satu daripada banyak gilosss lagi suruhan-Nya). Jadi kalau kita buat tak tau saja dengan suruhan Dia tu, agak2 nak ke Dia mencucuri rahmat-Nya ke atas kita?

Memang betul, banyak lagi kebaikan lain. Bak kata Mustapha Kamal dalam syurga cinta “Buat apa nak semayang, kita selalu menderma, bersedekah, pelihara anak angkat… KONFEM TAK MASUK NERAKA”. Hehehe. Kalau dah sengaja2 tak buat yang Dia suruh itu sendiri mau ingat kan.

Kita semua pun bukannya baik sangat. Saya pun kaki clubbing juga. … Err… Kelab Bulan Sabit Merah 🙂

Saya tulis ni bukan nak menyelar sesiapa, atau ‘mengata’ sesiapa yang masih belum menutup auratnya. Kita sendiri pun tak sempurna menutup auratnya. Aurat tu bukan rambut je… Pakai tudung macam Mak Arab tapi baju seluar ketat… tak sempurna juga. Pakai tudung bagai tapi nampak batang leher, pun tak sempurna juga. Pakai tutup semua bagus tapi suara mendayu2 menggoda pun tak sempurna juga.

Sekadar berkongsi saja… setiap orang tak boleh kita nilai dari labuh tudungnya, panjang jubahnya. Respect semua sama rata, kecuali mereka2 yang tersenarai dalam golongan yang tak patut dihormati. Tapi sejahat mana manusia pun, bila dia bertaubat, dia adalah hamba yang paling disayangi Allah.

So, selalu2lah muhasabah diri sendiri dan banyakkan istighfar. Kita disuruh berpesan2 kepada kebenaran dan kesabaran… jangan takut nak tegur orang, kerana:

1. Bila kita tegur orang dengan niat kerana Allah (bukan sebab tunjuk best) kita dapat pahala.

2. Bila orng tu buat apa yang kita nasihatkan, kita dapat lagi pahala.

3. Bila dia pula ajak orang lain buat benda yang kita nasihat pada dia, kita pun dapat pahala juga.

Kurang2 kalau orang tak buat pun kita dah dapat pahala lah. Senang kan? Tapi ingat, pahala banyak2 bukan penentu kita masuk syurga. Yang memasukkan kita ke sana ialah rahmat-Nya…

admin Avatar

11 responses to “Kenapa Perlu Tutup Aurat”

  1. eliss Avatar

    semoga artikel ini dapat menginsafi diriku kearah yang lebih baik..Insya Allah…

  2. yatie chomeyl Avatar
    yatie chomeyl

    nicely written nyah 😉

  3. UmmuAhmads Avatar
    UmmuAhmads

    Salam mommylyna. Blog ni asyik bertukar tema, kejap bisnes, kejap beli rumah, kejap tazkirah…hehehe….baguslah, tak lah bosan….:)

    Dulu2 saya pun selalu mengiyakan bila org kata, tutup aurat tak semestinya baik, dan tak tutup tak semestinya tak baik… sampailah jumpa kupasan ustaz tentang habluminannas & habluminallah. Memang biasa dengar konsep ni, tapi application tu agak kelabu sikit…hehehe… So, lepas baca kupasan ustaz tu baru paham, mereka yg tak tutup aurat tapi baik hati & tingkah laku, sgt menjaga habluminannas tapi definitely tidak menjaga habluminallah. Mana mungkin hubungan dgn Allah mampu dijaga apabila perintah Allah ditolak ke tepi. Begitu juga yg menutup aurat dgn sgt baik tapi akhlaknya jauh drp pakaiannya, ternyata menjaga habluminallah tapi tidak menjaga habluminannas. Of course, we need both… 🙂

  4. knv Avatar
    knv

    patutnya kita buang dah konsep2 “pakai tudung tak semestinya baik and vice versa”. muslim kena paham pakai tudung/solat semua tu bukan pasal nak buat baik atau apa, tapi semata-mata kerana perintah Allah. jadi buat sahaja tak perlu banyak komen2 kat belakang tu. 😀

  5. zik Avatar

    betul tuh kak.. terima kasih diatas peringatan nie… yang laki pun kena tutup aurat gak… huhu…

  6. LotBuzz Avatar

    yep, aurat itu maruah perempuan. artikel yang bagus mummy. bleh share ni 🙂

  7. Madoct05 Avatar
    Madoct05

    Best la topic kali ni…rasa nak share je ngan sume orang. hahahks. Tapi tu la, nak kata kite yang pakai tudung ni baik sangat pon..tak juga cuma saalah satu perintah Allah tu kite ikut… macam mana nak ajar anak2 jadi baik kalao maknye pon macam ketam.. (bukan bab tudung je la) Peringatan utk diri sendiri jugak yang sangat tidak sempurna..uhuhhks.
    p/S: Hensem betul la hafiy and fahry..hihihks.Boleh chopp wat menantu?Thanks sbb jemput dtg open hse

  8. sya Avatar

    tutup aurat kewajipan, kan?
    jadi, terpulanglah…
    lagi satu, perlu difahami, tutup aurat juga di dalam dan di luar blog/facebook..
    sayang je, memang dah tutup aurat, tapi masih lagi letak gambar buka aurat dalam blog/facebook. mungkin rasa tak ada lelaki datang tengok kut…. hmm… fikir2kan.. sekian…

  9. Alea Avatar

    salam mommy, lama x jenguk.. terima kasih kerana saling memperingati sesama umat.. nak share.. lea pun tidaklah sebaik mana.. tp insya’Allah tetap terus mencuba ke arah yg lebih baik.. mudah2an..

  10. hawa Avatar
    hawa

    Salaam’alayk, dear blogger.
    Sorry err, ni 1st time saya jejak kaki ke blog ni~

    this topic is very interesting~ 🙂

    boleh saya dapatkan kebenaran utk share ni ke facebook, kpd kwn2? 🙂
    semestinya berserta dgn pautan web ni 🙂

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Salam Hawa

      Silakan berkongsi sekiranya bermanfaat 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge