,

Kenangan Di Bumi Serbia

VIVIX GO TRAVEL
admin Avatar

Dari Disember 2016 hingga Disember 2017, negara kita Malaysia telah diberi tempoh percubaan untuk travel ke Serbia tanpa perlu menggunakan Visa. Alhamdulillah, kami sempat menikmati tempoh visa-free ini dan dapat menjejakkan kaki ke Serbia pada Disember 2017.

Sewaktu memberitahu ibu bahawa kami akan ke Serbia, beliau sangat terkejut. Maklumlah, kita mungkin familiar dengan Serbia kerana isu perang saudara di Bosnia 25 tahun yang lalu. Namun sebenarnya Serbia adalah sebuah negara yang sangat indah dan menarik untuk dikunjungi. Buat masa sekarang, untuk ke Serbia kita perlu memohon Visa terlebih dahulu.

Serbia ni negara yang kita boleh explore sendiri. Sebuah negara yang selamat dan ramah. Despite reputasi tak berapa baik di kalangan rakyat Malaysia, tapi sebenarnya diorang OK je. Jalan malam-malam pun selamat. Bertudung pun tak ada masalah, malah penduduknya suka tegur-tegur kita di mana-mana pun.

So…Apa yang menarik di Serbia ni?

Belgrade

Of course ibu negaranya. Ibu kota yang terletak di pertemuan Sungai Danude dan Sungai Sava.

Belgrade adalah a walkable city, maknanya boleh jalan kaki je nak explore. Kalau penat, boleh naik tram atau bas. Kalau nak naik public transport, boleh beli tiket BUSPlus di kiosk2 yang menjualnya. Macam beli IstanbulKart di Istanbul, Turki.

CITY PASS BELGRADE

Belgrade ni generally ada 2 area – Old Belgrade & New Belgrade. New Belgrade lebih kepada industrial area & benda2 moden, tak banyak sangat attractions (shopping malls je kot?). Kalau nak pi sana, pastikan menginap di Old Belgrade. Penginapan kami di area yang banyak universiti, berdekatan dengan Nikola Tesla Museum & walking distance saja ke mana2 attraction di Belgrade.

Apa yang boleh dilawati di Belgrade?

1. Knez Mihailova

Shopping & pedestrian street utama di Belgrade. Tapi ia bukan sekadar shopping street aje. Bangunan lawa2 boleh dilihat di sini (reminded me to Oxford Street di London, tapi Knez Mihailova lebih impressive coz tak sibuk dengan kenderaan, haha!) dan banyak tempat bersejarah juga ada kat sini. Tapi dia punya National Museum entah bila masanya buka. Dari cerita orang sana, National Museum ni hidup atas dana orang ramai. Bila ada dana, diorang akan buat renovation… dan masa kami pegi tu adalah waktu renovation 😀

Kat sini kalau nak duduk-duduk tengok orang, banyak kafe yang tersedia. Cuma jangan lupa, beli kopi biasa je lah. Benda pelik2 toksah cuba. Oh ya, jalan ni wujud sejak zaman Turki Uthmaniah so boleh lah lihat sendiri bagaimana gahnya Belgrade masa tu.

2. Skadarlija Street

Jalan ni cuma sepanjang 400m tapi jadi tarikan sebab suasana Bohemian yang ditawarkan kat sini. Ala-ala macam Mont Marte di Paris.

SERBIA BELGRADE

3. Kalemegdan Park

Tempat ni terletak betul2 di pertemuan Sungai Sava dan Danube. Dikatakan penempatan awal di Belgrade sejak zaman Neolitik bermula dari sini. Kalemegdan ni bukan hanya sekadar taman terbesar di Belgrade. Ia menempatkan banyak tarikan di bandar ni seperti:

  • Belgrade Zoo
  • Belgrade Fortress
  • Muzium Tentera
  • Muzium Perhutanan
  • Momument of Gratitude to France

4. Muzium Nikola Tesla

Nikola Tesla mungkin tak sefamous Albert Einstein atau Thomas Edison yang selalu menjadi contoh sejak zaman kanak-kanak. Tapi para engineer (especially electrical) dan mereka yang mendalami bidang Fizik pasti terinspirasi dengan beliau. Dan dalam muzium ni kita boleh tengok satu fenomena yang kalau tengok dalam filem tu terfikir2 “Computer effect ke ni?” tapi sebenarnya memang betul2 kejadian!

NIKOLA TESLA

5. Rumah-rumah ibadah

Sebagai Muslim, of course kita akan cari masjid kan. Masjid di Belgrade bernama Bajrakli ni terletak dalam 600m macam tu dari Knez Mihaila. Masjid ni dibina semasa zaman Turki Uthmaniah dan seni bina nya pun of course ikut Turkish style. Tapi kecik je la tak la sebesar Masjid Biru ke…

Temples, Cathedral memang lah banyak di Belgrade ni. Tapi antara yang wajib pegi tengok dan nikmati senibinanya ialah Crkva Svetog Marka, atau Cathedral of St. Mark dan Saint Sava Cathedral.

VIVIX GO TRAVEL

Banyak lagilah sebenarnya yang kita boleh explore di Belgrade. Yang penting, memang best & happy. Bila kita rasa welcomed, kita pun rasa selamat kan. & telll you Belgrade adalah bandar yang selamat. pukul 2-3 pagi ada makcik dan kakak2 jalan sorang2 tepi jalan. Pickpocket tu… mana2 pun ada, just kena hati2 walau di mana berada.

Selain Belgrade, mana lagi nak pergi?

Yup, banyak tempat menarik di Serbia yang kita boleh buat daytrip dari Belgrade. Antaranya…

Novi Sad

Novi Sad famous dengan kebudayaannya kerana ia dulu adalah sempadan empayar Austro-Hungary dengan Uthmaniah. Old Town memang cantik sangat. & dekat Novi Sad ni adalah Fruska Gora yang terkenal dengan monastry yang tercantik dan terbanyak di Serbia. Jarak perjalanan dari Belgrade ke Novi Sad dalam 1 jam setengah je kalau memandu. Boleh jug naik bas atau tren, atau ambil pakej excursion dari hotel.

Silver Lake

Perjalanan lebih kurang 2 jam dari Belgrade. Kalau nak rileks2 lihat pemandangan. Silver Lake ni sebenarnya tasik ladam yang terbentuk di pinggir Sungai Danube. Panjangnya dalam 14km. Tapi kat sini tak banyak choice untuk accomodation. Nak camping boleh lah.

Great Morava

Kalau yang suka benda2 sejarah lampau dan tengok monastry serta bangunan zaman Medieval, sesuai sangat pegi tempat ni. Bukan tu je, ada banyak nature yang boleh tengok kat sini termasuklah gua-gua.

Lagi info tentang Serbia:

  • Mereka menggunakan Bahasa Serbia tapi kebanyakannya dah reti cakap Inggeris. Ada je yang tak pandai tapi tak ada masalah pun.. boleh je communicate. Ye lah kami memang biasa cakap Melayu je, senang >_<
  • Matawang Serbia adalah Denar. 1 RM kita lebih kurang 25 Denar. Kalau nak kira makan2 dalam satu meal agaknya dalam 500 Denar juga lah.
  • Kami masuk Serbia dari Croatia. Bukan apa, masuk dengan kereta lagi senang nak bersoal jawab dari imigresen di airport. Hihi.
  • Orang-orang Serbia sangat baik! Ye lah yang tak baik tu kita minta jauh je lah kan.
  • Definitely I want to visit Serbia again. Banyak lagi tempat tak pergi.
  • Makanan.. senang cari. Restoran Turki (halal) banyak. Depan hotel kami ada kedai Simit Sarayi.

Ce baca entry ni mesti rasa nak tergelak kecuali jika anda seorang pembaris –> 37 Sebab Jangan Melawat Serbia.

admin Avatar

2 responses to “Kenangan Di Bumi Serbia”

  1. Raihanah Avatar

    Best bunyinya. Lagi banyak kita travel lagi best kan

  2. Ira Avatar
    Ira

    Wah bestnya dapat pergi serbia tu.Tempat-tempat pun menarik dan patut dikunjungi.Ibarat semakin jauh perjalanan semakin luas permandangan kan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge