Saya sebenarnya tak pernah teringin pun nak ke Ireland 😀 entah kenapa la ya. Negara-negara Eropah Timur dan Nordic teringin sangat nak pergi. Ireland tak pernah ada minat.
Namun alhamdulillah, Allah sampaikan saya di Ireland bersama-sama suami, anak-anak, mentua serta dua adik ipar kesayangan saya.
Ireland ni sebuah pulau yang terdiri dari Republic of Ireland yang beibunegarakan Dublin, dan United Kingdom yang beribunegarakan Belfast. Jadi kalau nak ke seluruh pulau Ireland kena bawa 2 matawang, Euro dan Pound Sterling.
Kami berlapan bergerak bersama MH002 dari KLIA ke London Heathrow, sampai di situ dah petang. Jadi kami tidur satu malam di Hilton Terminal 4 sebelum ambil flight sebelah paginya ke Dublin.
Tiba saja di Dublin, kami disambut dengan udara sejuk mencucuk hingga ke tulang. Sejuk sampai bercakap pun keluar asap. Saya pula tidak membawa baju tebal, hanya sekadar baju sejuk yang biasa saja. Mungkin kerana ‘underestime’ musim bunga (perjalanan kami dalam musim bunga yang lalu agak panas), rupanya Ireland dan Iceland tidaklah jauh bezanya. Sejuk!
Setelah mengambil kereta sewa, kami bertolak ke Dingle yang terletak di selebah Barat pulau Ireland. Merentas pulau sejauh 300km dari Dublin. Kami menyewa 2 buah kereta memandangkan satu kereta tak cukup. Nak sewa MPV, beg pula tak muat 😀
Sebenarnya, kami langsung tak prepare itinerary untuk ke Ireland dek kerana masing-masing sibuk. Jadi ada beberapa perkara yang saya nak catat, mudah-mudahan boleh jadi panduan kepada pembaca MSK ni.
Sewa Kereta
Had umur untuk menyewa kereta di Ireland yang ditetapkan oleh syarikat2 sewa kereta adalah 25 tahun. Dan wajib memiliki IDP (International Driving Permit). Adik ipar saya umur belum masuk 25 tahun, jadi rumit sekali nak menyewa kereta.
Dari satu company ke satu company…. Akhirnya dapat menyewa dengan syarikat Sixt, yang tidak mengenakan had kepada umur sedemikian.
Jadi jangan lupa kalau nak memandu di Ireland, IDP mesti ada. RM150 buat di JPJ.
Tempat Tinggal
Semasa di Dingle, kami menginap di apartment di pekan Dingle, sedangkan kami nak ke Ring of Kerry dan Killarney National Park. Perjalanan dari Dingle ke Ring of Kerry pun sudah mengambil masa lebih kurang satu jam. Bayangkan ulang-alik setiap hari.
Pakaian
Ireland ni walaupun musim bunga atau panas tapi hawanya sangat sejuk. Bersedialah dengan pakaian yang sesuai agar tidak menggigil kesejukan.
Layan gambar sikit.
Eh tak boleh nak upload gambar pulak. Hmm, nanti saya cuba lagi.
Leave a Reply