Ada orang berpendapat, dalam satu keluarga tu pasti ada seorang dua yang tak berapa menjadi… ye lah dalam setandan pisang pun ada yang busuk. Apa pendapat anda?
Masa kecik2 dulu pun saya fikir macam tu. Ye lah dah orang2 keliling kita duk cakap benda tu kan.. Tapi bila dah ada anak2 ni, ternyata persepsi tu berubah.
Kenapa?
Sebab saya taknak anak2 saya tak menjadi. Biarlah semuanya menjadi (Ameen).
Saya rasa orang dulu2 cakap macam tu – dalam satu family tu mesti ada sorang yang tak menjadi – supaya parents nya takde la rasa sedih sangat. Ye lah.. dalam keluarga ustaz pun ada drug addict, pencuri, pelaku maksiat.. Ape kes kalo nak difikir logik kan? Famili ustaz patut dapat didikan agama secara langsung, bukan macam kita2 ni.. ceduk2 mana yang sempat je.
Itulah, orang kata, kita merancang, Allah pun merancang. Bila rancangan kita tu tak menjadi, macam2 kemungkinan kita boleh fikir,
- Ujian untuk ibu bapanya.
- ‘Warning’. Mungkin ada benda yang ibu bapa buat yang menyalahi syariat. Mungkin tanpa kita sedar dah buat benda2 camtu.
- Stepping stone supaya ibu bapa berusaha & berdoa lebih lagi.
- Tanda Allah sayang bila diberi benda2 yang kita tak sangka akan berlaku.
- Kita ni cuma manusia, ada benda2 yang kita tak boleh nak halang dari berlaku.
Walau macamanapun kita wajib menjaga anak2 dan keluarga kita tanpa perlu reserve siapa yang menjadi siapa yang tidak. Kenapa nak yang tak menjadi, kan?
Saya berbicara dengan seorang teman tentang hal ini. Beliau mempunyai sedikit fear tentang anak-anaknya, tentang ‘hukum seorang tak menjadi’ seperti di atas tu. Kata saya mungkin itu orang dulu2 yang mengeluarkan ‘hukum’ semacam itu supaya keluarga yang mempunyai anak2 yang tak menjadi ni. So that dia takdela rasa sedih sangat sebab tak berjaya menjadikan anak dia tu cemerlang macam anak yang lain. Yang penting kita sebagai ibu bapa jangan ada perasaan macam tu. Dan, satu lagi anak2 kita ni, hati mereka jiwa mereka bukan milik kita. Hati mereka ni dipegang oleh Allah, sebagaimana hati kita pun tak sama dengan mak kita.
Jadi banyak2kanlah memanjatkan doa kepada Yang Maha Esa agar anak2 kita dilembutkan hatinya kepada kebenaran dan menjauhi kebatilan.
Ibu yang jenis macamanakah yang selalu memohon doa baik2 terhadap anak2nya? Tentunya ibu yang hidup dalam satu keluarga yang aman bahagia, yang mendapat didikan agama secukupnya, yang gembira dan merasa cukup dengan apa yang dimilikinya. Walaupun hidupnya mungkin susah, tapi ibu yang ikhlas dan bahagia akan gembira untuk mendidik dan mendoakan anak-anaknya.
Keluarga yang bersengketa.. mak dan ayah asyik gaduh. Anak2 asyik kena marah tanpa sebab, kena pujul, kena dera… naudzubillah. Semoga mereka ni dibukakan pintu hati untuk kembali ke pangkal jalan.
Bila keluarga dah bahagia dan cukup apa yang ada, mungkinkah anak2 keluar mencari keseronokan dan ‘ketenangan’ di luar? Mungkin anak2 lebih suka bersama teman bukan mahram berbanding bersama keluarga?
Jadikan rumahtangga kita sebagai syurga kepada anak2. Semoga mereka menjadi sayang kepada keluarga, berusaha menjaga nama baik keluarga dan menjaga hati ibu bapa, dan tak tergamak nak beri cucu instant pada kita. T_T
Leave a Reply