Kelahiran Anak Bunian Dalam Keluarga Manusia

admin Avatar

Mungkin cerita ni dah basi.

Pernah sampai ke telinga saya tentang kelahiran anak bunian oleh anak2 gadis di sebuah negeri di Malaysia ni. Anak2 bunian tersebut tak berbapa, ya lah dah bapanya bunian kan, invisible. Yang nampak nyata cuma emaknya saja.

Saya pun tak tahu sejauh mana kebenarannya anak2 bunian ni. Tapi macam bermain di fikiran:
– dah tak ada perempuan bunian dah ke sampai kena dapatkan anak dari perempuan manusia?
– kenapa tak nikah betul2 dengan perempuan manusia? Ala2 macam rogol/zina pulak kan.
– kenapa tak ambil pulak budak tu, yang dengarnya selalu ambil anak orang masa dalam perut apa hal? Anak sendiri tak ada pula nak ambil kan. Selamat je lahir.
– kenapa tak pilih perempuan beriman jadi mak pada anak dia? Bukan orang bunian beriman2 ke? Ni tengok sorang2 macam gadis litar je (tak bermaksud nak menghina sesiapa, cuma nak buat perbandingan).

Adakah betul budak2 tu anak bunian? Dengar cerita anak bunian lahirnya tak menangis, tak berdarah.

Tapi kata sorang bidan yang biasa menyambut kelahiran anak yang tak berbapa, baby2 ni kebanyakannya lahir mudah, zusss saja keluar dan tak menangis. Macam tau2 je nasib dia. Ada betulnya juga kan. Banyak dengar cerita anak2 ‘gadis’ bersalin sorang2 dalam bilik di rumah sendiri tapi parents tak sedar!

Hmmm.. Bukanlah nak cakap pasal tu, tapi betul ke ada kejadian orang bunian ‘mendekati’ anak2 gadis kita untuk dapatkan anak?

Tagged in :

admin Avatar

31 responses to “Kelahiran Anak Bunian Dalam Keluarga Manusia”

  1. sya Avatar

    betul ke ye? ingat lagi tak dalam suratkhabar tentang seorang gadis yang tak tahu macam mana dia boleh pregnant? last2, terus diam macam tu aje…

    musykil nih, macam mana sperm orang bunian boleh tembus zona pellucida ovum manusia ye.. sebab lain2 spesies.. 😛 kena buat DNA test ni… hehehe…
    .-= sya´s last blog ..darwisy tak menang.. =-.

  2. Precious Avatar
    Precious

    Bunian tu ada, hidup berkampung macam kita tp membuntingkan anak dara manusia tu, tak taulah saya. Tak berani bagi komen
    .-= Precious´s last blog ..Penawar Segala Penyakit Kecuali Mati =-.

  3. zuhaini Avatar

    saya pun pernah dengar yg bunian ni wujud.. tapi dunia dia invisible.. x dapat lihat di mata kasar kita..

    part membuntingkan anak dara kita tu.. saya no komen.. haha 🙂 x pernah dengar pulak ada budak2 pompuan mengaku bersuamikan bunian.. erm.. entah la, sekarang ni dah nak akhir zaman.. takot!!!!
    .-= zuhaini´s last blog ..Seorang ibu yang gembira! =-.

  4. Fidieyaaa Avatar

    Pengalaman sendiri.. kalau baby2 yg bapak die manusia, punyela susah nak bersalin kat labour room tu. Tapi kalau yang bapak bunian ni, tiba2 dtg hospital bawak baby dia. Sihat walafiat ja kedua2nya.. Power
    .-= Fidieyaaa´s last blog ..Cantik Luar Dalam =-.

  5. sitisifir10 Avatar

    Saya pilih malas nak percaya dan malas nak fikir…ha ha…boleh kah??
    .-= sitisifir10´s last blog ..Change ‘Salam Ikhlas Penuh Ukhuwwah’ To Something New =-.

  6. hai Avatar

    aduh!mati2 ingatkan anak bunian betul…pasal mak sedara saya pernah hilang anak masa dlm perut!!!hihihi..ni anak bunian lain…asalnya memang normal!!!

  7. kakyong Avatar

    penah dengor citer.. tp malas nak amik port..
    lagipun x penah dengor @ lihat kejadian yg depan mata…
    .-= kakyong´s last blog ..Vote for Aliya pulak… 😉 =-.

  8. Mommy Lyna Avatar
    Mommy Lyna

    Hehe. FYI, ni bukan cerita paran0rmal/mengarut tp berkait dgn gejala sosial. Menurut sorang yg ada kaitan dgn penyambutan bb bunian ni, lpas dipaksa2, maknye cerita.. rupanya anak orang, tp tak nikah. dah maknya takde suami,nak senang cerita ckp anak bunian.

    1. dee83 Avatar

      betullah tu kak…umpamanya macam anak bunian padahal dia dah memang salah…sama ada sengaja terlanjur atau dirogol… pelik jugak mula2 baca dlm mastika tapi penulis a.k.a. wartawan mastika pun kata mungkin umpamanya sama la dengan anak bunian…lahir tak berbapa.

      dan yang sy pernah dengar, lahirnya baby2 ni memang tak menangis…tau2 dah lahir je. semalam kat berita kan ada cite pasal baby tersangkut kat bowl tandas sekolah…ingat baby tu kertas kot boleh flush2? sedey betullah…
      .-= dee83´s last blog ..Berkat doa & Restu… =-.

      1. Mommy Lyna Avatar
        Mommy Lyna

        wah layan Mastika ye hihi.

        ye aakak pun dengar berita tu. sekarang ni, usahkan nyawa baby, nyawa manusia pun dah takde value. senang2 boleh bunuh, terbunuh dan membunuh. ada apa dengan duniaku…

  9. baizurah Avatar

    ohhh anak tanpa bapa la nih. hehehe mati2 ingat anak “paranormal”..hmmm…pernah dengar ustazah cakap kalau mengandung anak “bunian” ni, Tuhan tarik nikmat mengandung. takdak rasa morning sickness atau apa2 lah yang seangkatannya during pregnancy..pasal bersalin tu tak tahu plak. wallahualam.
    .-= baizurah´s last blog ..Revenge is sweet, but… =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      hehehehe.
      pasal bersalin maybe boel tanya doktor2 kat labour room. uhuk.

  10. silbiabigail Avatar
    silbiabigail

    org melayukan byk alasannya..
    org bunian dikaitkan..
    nak buktikan senang saje..
    calit dna anta csi..

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      hahahaha
      tepat sekali tuh!

  11. irvanqies Avatar

    btul ke…seram jek…tp kwn rapat sy die pnant 9bln bile nk melahirkan baby die ilang,doc pon terkejut..tp ni pnant berbapa hikhik…sebelum ni die pnant kembar tp ggur,doc no komen sbb dlm sains tak wujud perkara mcm ni…
    .-= irvanqies´s last blog ..breastfeeding photo contest 2009 =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      yes yes. saya pun duk memikirkan benda tu juga. tapi yg saya dengar2 sebelum ni kes macam ni adalah yg tak penah scan baby, main agak2 je pregnant. so maybe la ada pblem psikologi (sbb terlalu nak baby).

      tapi kalau yg scan, mmg baby ada, tibe2 hilang.. misteri nusantara kan?

  12. eliss Avatar

    sorang kawan eliss, bersalin senang gila..siap leh bangun jalan2 lagik sebaik lepas bersalin…sungguh mudah…dan dier rasanya langsung tak pegi checkup kehamilan bulanan…anak yang dilahirkan comel btol…tapi sayang, anak bunian ..huhuhuhu
    .-= eliss´s last blog ..Key chain =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      agaknya anak2 bunian ni taknak susahkan sesiapa. dia datang tak berjemput, diam2 je lah. sampai masa pandai2 keluar sendiri…

      benda yg kita kena bendung sekarang sebelum wujud generasi anak2 bunian pulak. sungguh kesian dengan masyarakat hari ni. salasilah keluarga dah kacau bilau. naudzubillah.

    2. babycomel Avatar
      babycomel

      saya pas bersalin leh bangun marathon keliling wad gak…nie anak betul tau bukannye bunian…hahaha

  13. fid Avatar

    ehhh
    manusia ngan jin bleh menikah??bleh menjalinkan hubungan intim???

    ‘anak bunian’ la sbb dah tersalahkan….
    nauzubillah….

    rasanya Nabi Isa sahaja yang lahir tidak berbapa yang lain WAJIB ada bapa…..

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      jin mungkin tak boleh, tapi jin yang pakai seluar jeans boleh. hahahaha.

  14. afrinabatrisyia Avatar

    kes anak bunian ni mmg dah lama wujud…mama penah jugak dgr2 citer, tp gitu2 ajelah…coz xpenah menyaksikn @ mengalami secara live menda2 cmtu,takat dengar gitu2 je la…..My dad penah citer psl org bunian,ade jiran depan umah tu kata, penah skali tu dia terdengar2 ade org memasak+berborak2 (tp xpaham bahasa ape yg dorg guna) masa tu kul 3pagi, so jiran tu wat dono je la…sok nya tgk umah tu, (umah tu mmg umah kosong, kira terbengkalai la) xde ape2 pun yg jadi…perghhh…mmg misteri la alam bunian ni…ade jugak dengar kisah dulu2 manusia ngam sgt dgn org bunian, tp manusia pinjam pinggan mangkuk si bunian then terpecahkan..so, dia ni takut nk pulangkan sbb dah pecah, bila si bunian tu asik tanya2, dia bg la mcm2 dalih, menyebabkn kemarahan pd si bunian..so, tu yg org2 bunian kira mcm menuntut hak pd manusia la…tp xtau la betul ke x kesah ni…sbb dengar dr mulut ke mulut…

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      anak bunian yang macam tu.. no komen.

      ni anak bunian yang bapanya tibe2 jadi bunian hehehe. oh oh oh.

  15. aidie Avatar
    aidie

    selalu la wonder mcm mana la org leh senang je bersalin dlm toilet ke dlm bilik sorang2..tak rasa horror ke? rasa malu n takut tu sgt menebal sampai sanggup membahayakan diri sendiri n baby…ish ish sungguh pendek pemikirian org2 sebegini…yg bersalin kt spital pun rasa seriau je..caner la org leh bersalin tanpa proper equipment! scary thot!

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      mungkin sebab dia ada anak bunian so ada bunian datang tolong?

      uhuhuhu. nauzubillah. jauhilah anak2 kami dari benda macam gini… amiin.

  16. miya Avatar
    miya

    alom….if you could recall, our ustaz nye baby…
    bukan citer anak bunian but anak dia hilang dalam perut….tetiba je xde…dan dapat tahu baby dia selamat dalam jagaan bunian….
    kalau gadis ngandungkan anak bunian…..xpenah dgr lak….tp msti kesian dkt dia kena tuduh mcm2…..

  17. Hanz Avatar

    kebetulan baru abis baca twilight saga, memang ada mention versi crita camni tapi vampire ngan manusia…ha,ha..
    bunian ni bolehkah dikategorikan dalam golongan jin? sebab golongan jin sendiri macam2 nama diberi sampai tak tahu adakah makhluk2 urban legend ni refer pada jin atau iblis atau syaitan?ini termasuklah bunian..apapun, kuasa manusia terbatas & tak semua perkara misteri kat dunia ni dalam bidang pengetahuan kita..
    .-= Hanz´s last blog ..Vote Me for Breastfeeding Photo Contest =-.

  18. tiada nama Avatar
    tiada nama

    Ank sepupu sy seorang OKU (autisme, color blind n mental retarded) hamil 8bulan pon dikhuatiri ank bunian. Dia pernah di operate sebab ad ketumbuhan di dalam rahim .. Perut kempis je.. Suatu hr dia mengadu sakit perut , x semena2 perut dia membuyung dn memulas2 smpai dpt tgk real perut tu memusing dr dlm. Kami bwk dia pegi hospital ..Lepas tu dktor sahkan mengandung dh 8 bulan setelah cukup 8 bulan operation terdahulu. Mula2 susah nk percaya sbb dia xda teman lelaki.. Keluar rumah pon jarang2 .. Mental retarded mcm tu mak dia x bg dia keluar rumah jauh2 .. Xtau datang dari mana bayi tu .. Sejak di sahkan mengandung ni sikap dia berubah.. Dulu nk kira sampai 10 pon x pandai.. Baca bismillah pun x reti.. Skrg ni mcm2 dh boleh buat tiba2 jadi macam orang normal… Susah nk percaya dgn akal normal.. Ni semua kerja Allah.. Allah boleh bagi nikmat dn bila2 masa pon dia boleh ambik nikmat tu.. Wallahu a,alam..

    1. sya Avatar
      sya

      wow. pelik tapi menarik. hmm.. mau buat macammana lagi kan. takdir Allah.

    2. Syifa Avatar

      Saya juga salah sorang yg pernah berkahwin dengan bunian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge