Masa saya kecik2 dulu, saya rasa umur paling sesuai untuk berkahwin adalah 24 tahun. Dan bila dah melewati umur 27 tahun sudah dikira andartu (anak dara tua) atau lagi sedap andalusia (anak dara lanjut usia). Tapi semakin besar saya semakin memahami kehendak duniawi yang memerlukan seorang perempuan belajar sampai umur 24 tahun, cari duit sikit bantu family, bina karier dan cita2, kemudian baru settle.
Dulu bila kawan2 tanya “Bila kau nak kahwin?” Saya jawab “Umur 27” sebab saya rasa saya tak mungkin dapat kahwin lebih awal dari tu, sebab saya 1) tak cantik, 2) gemuk, 3) pendek, 4) takde duit, 5) tak pandai sangat, 6) takde orang nak. Sebab no. itu yang paling kukuh LOL. Eh.. macam la bila dah umur 27 tiba2 jadi cantik, kurus, tinggi, kaya, pandai dan ada orang ngoraaattt. Bajeeettt.
Tapi takdir Allah mengatasi segala2nya. Akhirnya saya menamatkan zaman bujang pada usia 24 tahun dalam keadaan yang cantik, kurus, masih pendek, ada duit sikit,lebih pandai dari biasa dan ada orang nak kat saya, LOL.
Namun di usia 28 tahun ni, masih ramai rakan2 saya yang belum berumahtangga. Malah masih ada yang di bangku universiti. Tapi saya rasa zaman millenium ni, umur 30 pun belum dikira andartu. Seriously ramai kawan2 saya yang dah melewati usia 30-an tapi masih beronggeng tanpa perlu fikirkan tentang suami dan anak.
Boleh ke hidup sendiri tanpa suami?
Dari seorang senior saya dulu, saya masih ingat lagi sampai sekarang. Kata beliau, perempuan ni bila masuk usia 20-an, mula la rasa gatal nak menikah la, nak bercinta la (kalau sebelum tu memang dah gatal, masuk usia 20-an ni bertambah gatal tahap gersang). Tapi kalau dibiarkan macam tu, maknanya tetap single sampai usia melewati 25 tahun, lama2 dah takde perasaan tu. Dan mungkin dah tak ada perasaan langsung nak hidup berpasangan.
Saya pun tak pasti, sebab saya nikah sebelum umur 25 😀
Tapi adik perempuan saya sekarang umurnya 25 tahun. Dia pernah bagitahu saya yang dia memang dah tak ada rasa nak menikah. Dia lagi enjoy dengan kehidupan sebagai bakal doktor dari fikirkan soal hidup berkeluarga.
Apakah?
Saya rasa ada benarnya. Kalau difikir secara logik, yakni bukan dari sudut pandang syariat, bila seseorang perempuan tu makin matang, dia makin berdikari, dan makin rasa tak perlu bergantung kepada sesiapa. Bila dah takde rasa perlu bergantung kepada sesiapa, buat apa nak berpasangan?
negeri Kelantan menetapkan usia 16 tahun sebagai umur minima seorang perempuan untuk berkahwin, below that dikira bawah umur. 16 tahun adalah sesuai dengan saranan agama yang memasukkan antara perkara yang boleh dilakukan tergesa2 ialah menikahkan anak perempuan setelah dia berumur 16 tahun.
Memang logik seorang perempuan berkahwin pada usia awal 20-an atau baru2 nak masuk 20-an, kerana bila sampai saat mengalami ‘jiwa gersang’, dia dah bersuami dan boleh menyiram kegersangan tuh.
Tapi kan bila perempuan kahwin lambat atatu tak kahwin2,banyak jari menunding kepada perempuan saja:
- Terlalu pentingkan diri sendiri.
- Pentingkan kerjaya.
- Terlalu fikir duaniwi.
- Memilih sangat.
- Nak mengatasi lelaki.
- etc.
Tapi kalau tengok dunia hari ni memang logik perempuan kahwin lambat atau tak kahwin2.
- Lebih ramai lelaki tak berguna dari yang baik2.
- Lebih ramai yang suka one night stand dari yang nak nikah betul2.
- Lebih ramai yang suka berpeleseran dari bekerja keras memperbaiki mutu kehidupan.
- etc.
Jangan le salahkan perempuan kalau dia jadi andartu. Terpaksa OK. LOL. Mungkin juga yang tak kahwin/belum kahwin ni ada mengalami salah satu dari di bawah:-
- Fobia sebab pernah kena tipu dengan jantan.
- Rasa takut bila melihat orang2 keliling dia kena dera, pukul, sergah dengan suami.
- Ada rahsia yang tersimpan dan takut bila berkahwin akan terbongkar dan megaibkan idup dia.
- Takut nak kahwin sebab takut tersilap buat pilihan.
- Tak ada perasaan sebab yang datang pinang semua yang tak abis sekolah sedangkan dia ada phD.
- Tension bila dengar keluhan2 kawan2 yang dah kahwin dan tak habis2 gaduh dengan suami.
- etc.
Apa-apapun semuanya bertimbal balik pada setiap orang. Tapi tak adil OK sikit2 salahkan perempuan. Lambat kahwin dikata memilih. tak dapat anak, dikata mandul. Bila menjanda, dipandang serong. Lelaki memang selamat aje. Tapi takpe,atas dunia je dia selamat 🙂
Leave a Reply