Cheese atau keju sebenarnya bagus untuk baby, seawal dia dah mula makan (Pediatrician US mencadangkan 8 bulan) boleh diperkenalkan. Ia bagus sebab mengandungi kalsium yang tinggi, vitamin A, D dan B12.
Walau bagaimanapun, untuk memilih cheese yang sesuai untuk baby, ibubapa kena tahu serba sedikit tentang cheese di pasaran, kerana di supermarket kita banyak cheese yang mengandungi bahan2 pengawet, garam, emulsifier, etc. yang tinggi dan tak sesuai untuk bayi. Contohnya, cheese yang slice2 dalam pek, 12 slice 1 pek tu, rasanya agak masin. Jadi memang ada banyak perisa tambahan dalam tu. Sebaiknya untuk baby di awal usia (belum setahun) diberi makanan yang ‘original’, tanpa pewarna dan perasa tambahan.
Cheese yang sesuai untuk baby ialah yang dipasteur, so that ia bebas dari bakteria. Untuk permulaan, sebagai introduction, bagus untuk kenalkan baby dengan Cottage Cheese dan Cream Cheese kerana teksturnya yang lembut. Bila baby dah boleh pegang dan kunyah, bleh kenalkan dengan Parmesan, mozarella dan cheddar.
Walau bagaimanapun, sebelum intro kepada cheese, kena tengok jugak family ada history alegik (elergi terhadap dairy products) atau tak. Cheese boleh trigger pada elergi bila kenalkan pada awal usia. Contohnya kalau ada history ekzema, tak payah kenalkan dulu dengan dairy products.
Kat Malaysia ni susah jugak nak cari cheese ‘sebenar’. As I said, kat supermarket banyak yang dah ditambah additive segala. Kalau kat Miri, saya tengok di GK Supermarket ada banyak plihan cheese ‘sebenar’, dan kalau di KL ni, di Cold Storage ada banyak. Memang pelik2 jenis cheesenya hehe 😀 Tempat lain pun ada juga, cuma saya suka Cold Storage sebab banyak choice.
Contoh cottage cheese.
Anak-anak saya makan soft cheese ni bersama pasta kegemaran mereka.
Saya pula suka cheese yang slice2 tu, makan dengan roti or ratah macam tu je 😀
Leave a Reply