Kami Prihatin

admin Avatar

Minggu lepas saya agak terkejut (sebenarnya takdela terkejut sangat tapi buat2 terkejut) dengan berita seorang pelatih PLKN yang melahirkan seorang bayi di dalam tandas di kem latihannya.

Ajaib kan seorang remaja berusia 18 tahun, yang mengikuti PLKN, mengikut semua aktiviti2 dalam kem, rupa2nya sedang sarat mengandung.

Kalau saya, masuk trimester ketiga tu dah tak boleh nak bernafas dah rasanya. Nak jalan pun tak larat.

Menjadi tandatanya juga pada saya.. selain tak ada tanda2 mengandung (pelik kan, perut besar sorok cemana dalam baju PLKN tu?), adalah ke’larat’an beliau untuk buat segala aktiviti2 tu. Kalau ibu yang ada suami, dah tahu mengandung pun, semua benda tak boleh buat dah 😀 Risau macam-macam…

Mungkin bila dah terdesak tu, apa pun tak apa. Kalau seorang isteri tu bila nak lahirkan bayi, siap minta ampun maaf dari semua orang, takut apa2 terjadi..

Mungkin itulah tanda kasih sayang Allah. Walaupun kita ni menderhaka pada Dia, dia tetap nak tolong jugak. Allah mudahkan mereka ni mengandung tanpa loya2 4 bulan tak boleh makan siap kena MC lagi… Mereka ni boleh hidup macam biasa. Bersalin pun tak payah fikir2 hospital mana, doktor mana, cara apa… sakit pun tak lama, sejam dua dah keluar baby.

Tapi… ada kemungkinan bila mak2 yang ada suami ni, kita ‘ditakut2kan’ dengan proses bersalin tu sendiri. Takut.. gabra… nak cari hospital yang selesa, pastu doktor & nurse yang lemah lembut. Dan bila dah masuk dalam labour room tu macam2 lah yang difikirkan. Bila emosi dah berkecamuk, nak kawal kontraksi pun tak boleh, nak push pun tak pandai. Lagi2 bila doktor offer epidural la, vakuum la, forcep la…

Lagi satu hal, bila yang nikah ni nak baby punya la usaha sana sini,tapi yang taknak, senang je dapat, siap boleh buang2.

Kurang pendidikan agama? Hmm.. memang faktor utama, tapi susah nak cakap. Sebab I knew someone yang parent-nya adalah ‘somebody’ dalam sebuah Islamic organisation, pasangan belum nikahnya pun bukan calang2.. ketua pertubuhan agama di uni.. tapi terlanjur jua mereka sampai hamil. Ujian?

Pendidikan agama tu memang vital, penting, wajib, tak boleh tidak. Kenapa nak persoalkan lagi?

Yang lain2 ialah mungkin proses keibubapaan dan kemahiran mendekati anak remaja tu sendiri. Zaman sekarang tak macam zaman dulu2 kan? Sekarang ni kalau anak tu ada komputer sendiri, they can do anything.

Bila jadi bayi2 dibuang macam sampah, dibunuh mak sendiri (kalau layak dipanggil mak), ramai yang kesian, tergamak mereka tu bunuh nyawa yang lahir dari rahim sendiri. Tapi… kalau saya kan… kalau mereka tu hidup.. lagi kesian. Bayangkan hidup tanpa ibu bapa.. bukan je ibu bapa tapi sedara mara pun takde. Macamana tu? Adakah mereka2 ni yang jadi gelandangan, akhirnya jadi pencuri atau peragut, bukan sebab mereka jahat tapi sebab nak makan.

Kita duk sibuk2 nak susukan anak kita, diorang tu siapa nak susukan?

Ntah apa ye perasaan remaja2 yang lahirkan anak tanpa nikah ni… Mungkin mereka alami tekanan emosi yang amat tinggi. Bayangkanlah mengandung 9 bulan tanpa ada orang tahu. Mungkin boifren yang sama2 sedap dulu tu dah lari ntah ke mana. Mungkin dia sendiri pun takde kawan. Last2 bila lahir baby, dia pun tak tahu nak buat apa. Lepas sakit sorang2, sambut baby sorang2…

Semoga mereka dibukakan pintu hati untuk bertaubat.

Untuk hentikan pengeluaran buah2 tak elok dan busuk ni, kena matikan pokok dan akarnya. Bukan sediakan bekas untuk buang buah2 tu.

admin Avatar

18 responses to “Kami Prihatin”

  1. kinna Avatar

    memang nk lahir anak ha*** ni senang ke? slalu sgt dgr derang bersalin kt toilet.then, bungkus2 tohok dlm tong sampah/surau etc. 🙁
    .-= kinna´s last blog ..Buang Baby =-.

  2. fid Avatar

    ada kenalan i kata
    ibu yg hamil anak sah taraf akan kena alahan dan sakit bersalin sbb melahirkan menghapuskan dosa2 kecil ibu
    bg kes otrg buat dosa besar..apa kes mau hapus yg kecil???
    yg besar blom taubat..
    katanya laaaaa

    watashiwa wakarimasen dazzee
    .-= fid´s last blog ..Angkara siapa?? =-.

  3. isabelle Avatar

    tu kan? kalo kita yg ada laki ni pun, ada yg alah teruk… tapi diorg cool je.

    wah..makin glamer lyna dlm pa&ma jun. (mommy nye… anak dah mmg glamer)
    .-= isabelle´s last blog ..Syaratnye 1 je =-.

  4. Liyana Avatar

    yep, bak kata kak fid.. ada ustazah kat rumah kata, yg mengandung anak luar nikah ni, mmg kurang dugaan, sbb dugaan tu tanda Allah sayang kat kita, utk hilangkan dosa,..
    ustazah tu dah buka rumah pengasih, utk remaja2 mcm ni la, yg pregnant tanpa kawen, kena duduk situ setahun, no contact dengan outside world. tempat pun dirahsiakan supaya payah nak lari.. bawak peserta ke sana pun kena blindfold..
    .-= Liyana´s last blog ..Bokashi in action =-.

  5. ashra Avatar

    setuju!..
    tu la kuasa allah. mudahnye mengandung dan bersalin tuk org2 gni,tapi kat akhirat besar nk menjawab : zina dan bunuh..huhu.taubatla sementara pintu taubat masih ada kan..

    lg satu,geram tensen dgn sorang minah (dlm harian metro bila tah).5 x kuar masuk umah perlindungan,tak serik2. sampai org kat sana da tak nak terima da..adessss.
    opsss! terlebih sudahh… =)

  6. yatie chomeyl Avatar
    yatie chomeyl

    ore pernoh jugop jupo stu kes preggy sblm nikoh kat kg ore dulu. tu pon kantoi sbb mok dio perase perut dio dh besar, nsb baik la mok dio cpt2 nikohkan dio dgn lelaki tu. alhamdulillah, slmt baby tu drpd keno bue tok passal.

    dunio akhir zame deh

  7. MommaMia Avatar

    Itulah… yg berkawin ada yg susah nk dpt anak,
    yg bleh mengandung susah plak masa bersalin…
    tp yg buat anak luar nikah ‘nampak’ dipermudahkan… hanya diri mereka & Allah shj yg tau b/mane kesakitan yg mereka rasa.

    betul jg lyna – utk yg dibuang & hidup pun kesian gak. Kalo betul didikan baik ler jadinya, tp b/mana jika salah dibentuk… Nauzubillah
    .-= MommaMia´s last blog ..Dzakirah – Baru Sebulan dah dpt Pos Express =-.

  8. faznfaz Avatar

    hahah… i pun setuju ngan u…. baik laaa baby tue mati kecik2, at least leh jumpa Allah, masuk syurga terus…. kalau hidup, xder saper yg asuh, takut nanti ulang kesilapan yg sama…. lagi naya!!!!
    .-= faznfaz´s last blog ..We’re stuck @ KPJ on Mother’s Day… =-.

  9. masalifah Avatar

    kesian mereka yang menganiaya diri sendiri…

    di dunia dikutuk maki, di akhirat, tak tau lah nak jawab macam mana nti.
    .-= masalifah´s last blog ..Piala Thomas 2010: Lin Dan kelakar, Markis Kido hensem =-.

  10. Ealyie Avatar

    ai like this entry..
    aku setuju 110% apa yanga ad dalam isi2 penting di atas..
    pucuk pangkal is diri sendiri sesudah ibubapa melaksanakan t/jwb mendidik anak2.. 🙁

    sedey..sedey..
    .-= Ealyie´s last blog ..SSPN – Updated! =-.

  11. Ealyie Avatar

    ai like this entry..
    aku setuju 110% apa yang ada dalam isi2 penting di atas..
    pucuk pangkal is diri sendiri sesudah ibubapa melaksanakan t/jwb mendidik anak2.. 🙁

    sedey..sedey..
    .-= Ealyie´s last blog ..SSPN – Updated! =-.

  12. kakLuna Avatar
    kakLuna

    i exactly know the feeling..

  13. ain fathihah Avatar

    huhu betul pendapat akak ni..entah macam mana la perasaan remaja2 yg mengandung anak luar nikah ni….masyarakat pulak mostly nak salahkan dia saja..bukan nak tolong pun..reti kutuk ja
    .-= ain fathihah´s last blog ..Happy Condom =-.

  14. Asiah Abd Jalil Avatar

    Sejarah telah tercatat dalam Al-Qur’an, andai sampai masa bila mana umat manusia terlalu lazim dengan dosa dan kemungkaran dan dah jadi susah untuk diperbaiki, Allah akan hapuskan umat tu dari muka bumi dan gantikan dengan umat yang lebih baik. Macam-macam cara Allah boleh buat, gunung berapi, banjir besar, puting beliung, bumi terbelah… Allah musnahkan seluruh umat seolah-olah umat tu tak pernah wujud sebelum ni. Baca tafsir Al-Qur’an dan kisah sirah.

    Takut sangat kalau terlalu berleluasa gejala zina dan anak luar nikah ni, sampai tak tahu dah asal-usul keturunan, sampai adik-beradik pun boleh terkahwin, sampai anak-anak zina menjadi pemimpin, takut masa tu Allah musnahkan seluruh umat. Even orang-orang soleh sekali pun turut termusnah, sebab orang-orang soleh ni gagal melaksanakan tanggung jawab untuk mencegah dan merawat. Dengan kita-kita sekali ditimpa bala dari Allah, sebab hidup dalam masyarakat yang dah parah agama dan akhlaknya. Nauzubillah…
    .-= Asiah Abd Jalil´s last blog ..Anak sakit =-.

  15. AshAnas Avatar

    yg shira pernah smbg dgn bdk yg melahirkan anak luar nikah ni kan, diorang ckp mmg perut diorang tak besar. mmg kwn2 n parents tak perasan pun yg diorang pregnant… then, ms diorang nk bersalin tu kan, diorang mmg tak rasa sakit lgsung2 pun…
    wallahua’lam… kita diberi sakit nak bersalin tu sebagai kafarah dosa. once baby keluar tu, gugurlah dosa2 kita seperti mana hilangnya sakit masa nak bersalin tu…
    tp bila tak rasa sakit lgsung tu, wallahua’alam…
    mudah2an mereka insaf dan bertaubat
    .-= AshAnas´s last blog ..Tak sempat… =-.

  16. Maz Avatar

    budak2 sekarang tak pikir panjang kalu nak buat decision.yg diorang tahu nak seronok jer. mmg berbeza sngt dng budak2 zaman2 saya dulu. kalu buat salah tu mmg kene la dng mak n ayah kat rumah. mmg takut nak buat salah.
    .-= Maz´s last blog ..Gambar yang mampu meruntum jiwa =-.

  17. ellie Avatar
    ellie

    orang yg dah kawin bertahun2 sanggup wat apa shj utk dapatkan anak..tak dapat anak sendiri anak angkat pun jadilah…tp kenapa ramai yg sampai hati campak anak ikut sesuka ati mcm buang sampah jer..hina sgt ke anak tu?atau ibu bapanya tu yg hina?
    i dah bertahun2 cari anak angkat sampai skrg tak dpt2 lagi..tp yg peliknya ke buang bayi ari2 kuar kt tv,paper..kalau xnak anak tu tolongla jgn dibuang..serahkan la pada insan2 macam sy ni..ramai yg sanggup pelihara dan syg mcm anak sdri…

  18. ellie Avatar

    kesian anak tu,belum sempat merasa nikmat hidup didunia dah kene campak kat ibu bapanya macam la nyawa dia tak berharga langsung… :'(
    .-= ellie´s last blog ..kepada semua rakan2,sebar2kan lah page ini kepada rakan2 anda dan mari kita bersama2 membantu bayi2 yang tidak berdosa membina kehidupan yg lebih terjamin.. =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge