Kahwin Muda vs Langkah Mengatasi Pembuangan Bayi

admin Avatar

Bila kerajaan Melaka nak buka sekolah untuk murid-murid mengandung, dan membenarkan perkahwinan bawah umur, macam2 reaksi yang kita dapat.

Kahwin muda sangat, elok ke? Ada yang kata “Alah, datuk nenek kita dulu umur 12 tahun dah kahwin, OK aje”. Hello nyah, itu dulu.. datuk nenek kita takgi sekolah tinggi2, tak ada TV. Umur 10 tahun dah pandai masak, kemas rumah, jahit baju, jaga budak, tanam sayur, bela ayam… Logikla nak kahwin umur 12 tahun. Budak2 kita sekarang, umur 12 tahun… tengah terkinja2 lagi nak jadi artis. Masak? Kemas rumah? Jaga budak? Ayooo. Kirim salam lah kot.

Pendapat yang paling tak boleh diterima akal waras saya ialah “Nanti akan banyak berlaku kes cerai” Cerai, talak tu adalah perkara halal. Lantak depa lah nak nikah cerai 2-3 kali pun. Kenapa kita nak risaukan yang cerai2 tu, yang buat seks tanpa nikah, lepas tu tak nikah2. Buat lagi, buat lagi, pastu buang baby…. Biorlah dorang nak bercerai, bukannya berdosa. Masa depan dan nama baik JANDA adalah jauh lebih baik daripada ANAK DARA DITEBUK TUPAI YANG PERNAH BUANG BABY. Janda2 meletoppp okay. Tengok Rita Rudaini dapat sape?

Ada juga yang risau nanti penuh pulak sekolah mengandung tu. Hmm… yang nak dibendung ni bukan semua budak sekolah, tapi set2 yang gatai nak buat seks time umur belum cukup ni. Dalam ramai2 budak pompuan kat sekolah tu, segelintir je yang ada perasaan gatal ****** nak berboya friend pastu berboyot. Ramai lagi budak2 yang memang fikirkan masa depan, cita2 tinggi (contohnya saya 🙂 ), so apa nak risau? Ingat semua budak perempuan kat Malaysia ni dah rosak ke?

Memanglah, apa jua saranan termasuk membenarkan kahwin muda bawah umur, bukak sekolah murid mengandung ke apa ke, takkan selesaikan masalah… tapi apa nak buat lagi? Nak suruh tumpukan pada pelajaran???? Oh come on lah. Kalau derang boleh tumpu pada pelajaran, takdenye merenyam nak merendek. Ni sebab dah takleh tumpu dah. Gi sekolah wat pening kepala cikgu je. Bagi motivasi? Pendekatan psikologi???

Bagi pendidikan agama… tell me sekolah mana yang tak ada matapelajaran agama Islam? Kecuali sekolah yang takda pelajar Islam tu mungkinlah. Nak bagi pendidikan agama kot mana lagi? Hantar sekolah pondok? Apa lagi yang cikgu/ustaz boleh buat. Dalam kelas bukannya ada 3 orang murid. Lepas tu pulak silap cakap kang kena sepak, kalau tak dengan mak bapak, dengan murid sendiri. Tu belum kalau cikgu denda lagi. Mahu masuk paper.

Kahwin muda lebih mudarat kerana mereka masih belum matang untuk menguruskan rumahtangga. Yes betul. Kalau camtu biar ajelah depa buat free sex kan.

Ramai juga yang bependapat ni salah kerajaan yang mengamalkan sekular. Perkara zina ni bukan benda baru… zaman Nabi Musa, Nabi Muhammad pun ada. Ada sekular ka?

Keprihatinan masyarakat? Podahh cittt. Masyarakat mana yang prihatin sangat tu. Mungkin mereka2 yang berusaha bangkit dan wujudkan pusat2 perlindungan wanita terlanjur… pusat pemulihan akhlak, etc. Masyarakat lain seperti saya cuma tahu mengutuk saya, especially bila benda tak kena kat kita, hahaha.

Banyak juga pandangan yang menunding kepada ibu bapa. Mungkin betul. Zaman sekarang ni jadi ibu bapa bukan susah pun. Kadang tu tak payah nikah pun. Bersekedudukan je lah, orang bukan tahu. Beranak 5-6 orang. Sedar2 kena tangkap sebab tak de ikatan sah.

Kerana itulah Islam amat menjaga benda2 gini. Nak nikah pun ada garis panduan dia. Tapi dah tak pakai sangat zaman sekarang. Janji best. Realitinya macam tu. Bila akar dah rosak, pucuk2nya pun akan turut sama ikut rosak. Surroundingnya pun rosak jugak (kita lah tu).

Bila lah agaknya masalah ni nak selesai.

Tapi saya percaya Islam akan bangkit semula. Sepertimana Islam bangkit di atas Zaman Jahiliyah selepas kelahiran Nabi Muhammad SAW. Sekarang dah melebih2 dari Jahiliyah dah nyah. Orang Jahiliyah dulu memang lah diorang sembah Tuhan nenek moyang diorang, tapi kita sekarang mengaku Islam, dalam IC tulis Islam tapi cara hidup takde macam orang Islam pun. Tulis blog pun benda tah ape2 je kan. Hahahah *terasa sendiri*.

OK lah. Saya setuju dengan saranan (eh, ke dah buat? ) kerajaan negeri Melaka. Nikahkan aje laaa budak2 yang gatai nak menyondol2 tu pastu mesti diorang tak buang baby dah. Jangan la pulak kata “Kau nak ke nikahkan anak kau masa tengah sekolah?”. Untuk pengetahun kamu solusi ini bukan untuk semua budak tapi sebagai langkah mengatasi pembuangan bayi… so budak2 yang memang berpotensi lah kita fokuskan. Budak yang memang baik2 & rajin belajar buat apa nak cemari otak diorang dengan benda nikah2 masa belajar ni… tolong jangan sempitkan fikiran OK?

Yang dah layak kahwin ni pun tak semua kahwin pun lagi, kan? Kan? So watpe nak risau… haiyyaaa…

Selamat pengantin baru adik-adikku. Belajar rajin2 Buat anak elok2 tau, jangan buang merata2.

admin Avatar

27 responses to “Kahwin Muda vs Langkah Mengatasi Pembuangan Bayi”

  1. sya Avatar

    wah, ini adalah komen kedua saya dalam blog ini hari ini… kamu ni kan lynaaaa…..

    hmm, sebagai guru yang memang dah berdepan pun dengan masalah ni, saya setuju aje… kahwin kan aje. kita nak sorok2, kemudian buang konon nak tutup malu, buat tambah dosa je. kurang2, kalau dia kahwin, tak bertambah dosa lagi. ada orang, boleh terima pelajaran.. esok2 dah kawin, dah rasa susahnya kahwin, mungkin rasa insaf dan kembali ke pangkal jalan nak belajar semula kut kan?

    kita doa yang baik2 je lah untuk diorang….. dan mak ayah diorang supaya jaga anak2 yang lain elok2…
    .-= sya´s last blog ..akaun facebook yang secret =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Syukurlah saya bukan seorang cikgu kalo tak yg mana suka melawan tu sorang2 saya mandremkan ilmu penunduk 😛

      Pening jd cikgu, kalo jd cikgu saya nk jadi cikgu tadikalah. Budak2 tadika xpandai lg benda2 orang tua ni. Kot. Huhu.

  2. mimi Avatar

    kagum dengan entri ini. semuanya betul walaupon bunyinya agak kasar dan straight to the point. 🙂
    .-= mimi´s last blog ..kebaikan dan keburukan online hapdate blog dan facebook =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Ada keadaan tertentu yg kita tak perlu berbasa basi demi menjimatkan masa. 🙂

      (sebenarnya emo)

  3. Liyana Avatar

    Saya pulak kurang setuju, sebab bagi saya bg nikah awal2 tu, macam bagi lesen pulak supaya dapat seks. Dulu Haram sekarang dah halal. Maka just wait je la, tiap2 tahun mesti dapat anak. wakakaka..

    sebab benda ni dah jadi depan saya tau.. anak yg umur 14 tahun dikawinkan dengan lelaki yg berumur 19 tahun, sebabnya dah mengandung, so nak tutup malu..macam mana boleh dikahwinkan saya taktau sbb saya rasa macam undang2 bagi kawin 16 tahun ke atas. budak lelaki tu dah la tak ketahuan, menganggur. kau boleh bg kawin dengan jantan tak guna satu sen dan menyusahkan org nih? rendahnya standard nak jadi menantu kau…sapa2 ja lalu kat depan rumah dan ngaku buntingkan anak kau dah bleh jadi menantu, gitu? dan lebih best, anak yg dilahirkan ditinggalkan jer dengan mak bapak/ mertua, yg si anak mengikut suami pergi sana sini..sejak hari pertama lahir, mertua dah ambil baby, dan dia dijaga mak dia..so fair la, win win gitu.. so apa nak jadi pada bayi tu? membesar dengan jayanya? dengan atuk nenek yg gagal bentuk mak bapak baby tu sendiri? atau dengan mak bapak yg ntah tahu ke idak anak tu bila nak terima suntikan vaksinasi?
    Alasan tutup malu mmg takleh guna dan takleh pakai. dan saya rasa alasan sebab tanak berlaku perkara lebih buruk pun takleh diterima gak. Biar je malu, maybe mungkin sbb malu, dia takkan buat dah. Dan mak pak dia pun sebab malu, akan lebih “jaga” anak dia. Bukan dengan pass ke “suami” supaya lebih “mendidik”..(??)
    Mungkin saya keras. hehe. kalau ikut saya, nak jer ikat kat pokok kelapa, dan sebat sampai sedar diri. hehe.. jengan la kena kat anak2 kita, ngeri..Takut membesarkan anak dalam zaman ni..

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      nampaknya pengalaman kita berbeza. terjadi juga di depan saya anak gadis dinikahkan semasa usia 15/16 tahun (tak berapa sure tp bukan 17 tahun). selepas dinikahkan di perempuan yang kaki rewang berubah jadi isteri yang duduk di rumah, menjaga rumahtangga, family termasuk ibu & bapanya.

      mungkin sebab pengaruh keluarga besar, contohnya dalam kisah Puan Liyana tujuannya untuk “tutup malu” tapi dalam kisah pengalaman saya, saya kira lebih kepada “mencegah kepada perkara yang lebih mungkar”. dalam menikahkan anak gadis, hal “menutup malu” adalah benda yang agak memalukan sebab ia menggambarkan lemahnya institusi kekeluargaan tu sampai sanggup main redah nikahkan anak dengan sesapa asalkan sampai tujuannya untuk tutup malu. saya kira masalah Adik dalam kisah Puan Liyana tu lebih parah kerana dari mak bapaknya pun dah bersikap reaktif dan gelabah.

      bila melibatkan isntitusi keluarga besar (mak ayah) yang lemah, tidak berpendirian, entah apa2… bagila solution apa pun, semua pun jadi makin parah.

      saya sendiri pernah menyaksikan bagaimana pasangan muda usia persekolahan yg dinikahkan oleh keluarga bagi mengelakkan benda2 tak baik berlaku, survival mereka, berhenti belajar, kerja untuk sara family… macamana ditohmah masyarakat (biasala orang kita, kalo benda macam ni mesti dah syak yg bukan2), sekarang dah tak bergantung hidup dengan sesiapa, malah menjadi salah seorang dari mereka yang berbakti kepada manusia lain.

      mungkin kes dlm pengalaman saya adalah terdiri dari mereka2 yang berotak & berbeza dgn kes Puan Liyana 😀

      win-win la 🙂

      (rasa macam berhujah dalam mahkamah pulak)

  4. Ummi Hanie Avatar

    ehemm,
    sy antara calon kawen awal…hahah
    coz bapak sy maybe seorg yg agak over protected , risau sgt dgn anak pompuannya yg x la nakal pun … uhuk3x…
    walauapapun , semua terpulang pd individu…tepuk dada tanya iman 😉
    .-= Ummi Hanie´s last blog ..Tag &amp Awards From Izza Nebraska =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      ya lah kan

      kalo mak bapak yg ada pegangan, basis perbuatan dia adalah utk menjaga maruah anak. kalo yg xde pegangan, utk jaga malu anak yg dah memang tak tau malu dah 😛

  5. tuty Avatar

    saya agree..
    sbb dah pnah nmpk sendiri, same case as lyna pnah nmpk.. age 14/15 kawin sbb dah terlanjur, terus benti skolah. pastu husband and wife terus tolong family dgn bisness mkn.

    and diorg kerja sungguh2 sbb tau dia dah buat salah, dan bisnes diorg mmg maju. at least tak buang anak merata (sebab parents masih pantau perjalanan hidup diorg).. itu undang2 dulu, budak sekolah takleh kawin, if kawin kena berenti.

    kalau dah kawin, pun boleh sambung sekolah lagi, kan bagus. sekurang2nya kalau itu terjadi dulu, diorg lagi ada masa depan yg lebih terjamin.. sbb budak perempuan tu bukannya tak pandai pun. hanyut dibuai perasaan je.
    .-= tuty´s last blog ..potty disaster and talking monster =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      kalaulah semua budak2 sekolah macam tu

      tapi sayang tak semua macam tu

      huk..huk..huk…

      1. shikin Avatar
        shikin

        pokok pangkalnye kena sedar diri…bykkan amal ibadat…sbg ibu bapa,kene didik ank dgn baik…uruskan amanah yg Allah turunkan dgn sebaik mungkin.InsyaAllah perkara2 mungkar dpt diatasi

  6. knv Avatar
    knv

    kalau kawin awal sgt pulak, takut dapat anak pun dicekiknya anak2 tu bila stress. banyak pun jadi gitu kan? nak2 laki bini duit takdak. masing2 tak tau erti tanggungjawab lagi. yang sebenornya bukan nak kawin sgt pun, cuma nak seks je. hampeh tul budak2 ni.

    saya setuju jugak kawin awal ni, dengan syarat makpak kena pantau jugak la. takleh lepas tangan je mementang budak2 tu dah kawin. itu yang ada kes emak seterika anak tu. naya kat budak kecik aje.

    apa2pun, ni semua allah nak tunjuk kat kita. adakah faham atau tidak. ambil iktibar atau tidak. yang susah kalau tak rasa perlu untuk menyumbang ke arah improvement. rasa takde kena mengena ngan masyarakat. selagi umat islam selfish wujud, sampai kiamat la tak settle-settle benda ni.
    .-= knv´s last blog ..CCUK – whitley bay- newcastle =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      kalo dah nikah & dera anak, dah tau anak sapa & sapa buat. senang nak dakwa.

      kalau tak nikah & buang anak, entah anak sapa2 pun tak tahu.

  7. fid Avatar
    fid

    saya berpendapat nikahkan yang gatal tu patut dibenarkan bukan apa
    daripada depa berzina baik kita nikahkan
    dah nikah gasaklah nak beranak setiap tahun pun siapa nak bela anak depa??sapa sapa la
    rasa tak nak bg je kat sapa sapa nak
    paling tidak anak itu sah taraf…..

    saya kapel zaman sekoalh tapi saya tak tau pun bab seks
    agaknya apa tujuan aku berkapel2 tu yaaa
    aku tau mendelah sex tu setelah dia terima nikahku…
    ehhh…
    kahkahkahkah

    ai anak yang terjaga kahkahkahkah

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      anak tak sah taraf tu lebih mudarat lg. rosak abis susur galur umat Islam.

      1. fid Avatar
        fid

        tu la
        memudaratkan umat Islam
        tu yang better bg je menikah sblm mengandung kan menikah then mengandung ok laaaa

  8. Liyana Avatar

    Lyna, mmg pengalaman berbeza.hehe. macam Ummu hanie dan kes Lyna tu, mmg mak pak yg cerdik, dicari bakal suami pun yg elok2..ye la kita nak lepas tanggungjawab kita kat anak perempuan tu, mesti la cari org yg elok2. dalam kes yg saya cerita tu, ntah sapa2 dijadikan menantu..

    kalau boleh disamakan, benda ni macam kalau anak2 eksiden bawak motor, tp tadak lesen, sepatutnya perkara yg perlu dibuat, adalah samada melarang anak2 ni bawk motor atau ajar anak2 bawak motor dgn berhemah, tp apa yg dibuat ialah bg suruh gi amik lesen, so sekurang2nya, next time eksiden, dah ada lesen, kerajaan takleh saman mak pak dah. ni kira short cut la, tanak amik responsibilty klau ada apa2 jadi kelak..

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      yg nak ngajar anak naik motor elok2 tu yang tak ada orang nak take charge… makpak pun tak reti naik motor…

  9. salzahari Avatar
    salzahari

    itu lah mslhnya masyakarat kita skrg….lebih takut anak kahwin bercerai- sbb takut title janda (nanti x laku) drp takut anak dara terbabas-akibat perlakuan bebas! kalau dah tahap menrenyam tak lekat di rumah,nak berkepit je baik kahwinkan …dari di luar mata kita,ntah2 berapa raamai makluk ke3 antara budak berdua tu? nauzubillah, moga anak2 sendiri dilindungi dari perkara2 mcm ni dan kalau diduga,moga dpt membatasi diri…

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      saya sokong je pembaharuan dalam cadangan2 utk mengatasi masalah ni

      sebelum ni banyak juga usaha2 dibuat.. rakan muda.. rakan masjid… yg memang baik2 tu joinla, yang set2 merenyam ni?

  10. Hanz Avatar

    Lyna, kat UiTM Kelantan dulu masa my time, mana yang Ustaz tangkap students sedang berasmaradana (setelah couple2 ini diperhatikan sekian lama) akan dapat kawin free…kitaorang panggil kawin koboi..parents akan di-inform & mereka akan dikawinkan hari yang ditangkap itu juga..riuh bila dah 3-4 couple selamat diijabkabulkan & ternyata efektif kerana ramai couple yang tidak lagi menunjukkan tingkahlaku tidak menyenangkan itew..
    .-= Hanz´s last blog ..CLOTH DIAPERING CHIT-CHAT BORAK SANTAI GATHERING IS ON! =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      tak boleh dipandang general sgt sebab budak2 U mesti bijak2. kalo budak2 hingusan yg BM pun dapat 15% mungkin perkataan selamat diijabkabul tidak berapa sesuai. mungkin jd makin tak selamat (bak komen2 yg tidak menyokong usul ini)

  11. me Avatar
    me

    saya pula tak berapa setuju sebab kebanyakan remaja belasan tahun zaman sekarang masih belum cukup matang untuk hadapi cabaran dlm berumahtangga.rasa mcm diorg yg gatal nak kawen dalam usia ni fikirkan nafsu semata2..ye lah time ni perkembangan seksual mereka sdg menggebu2..ditambah lagi dengan sumber2 lain mcm internet dll yg menambahkan lagi nafsu mereka..
    bimbang nanti kesudahannya dah puas dapat rasa jemu pulak..sebab kawen bersandarkan nafsu..kesudahannya bercerai..lepas tu anak pula jadi mangsa..

    lepas tu anak terbiar tak de perhatian ibu dan bapa..bernafsu..kawen..cerai..anak terbiar..cerita berulang

    kalau anak tu diberi perhatian/ didikan agama yg cukup dari ibu bapa insyaallah susah nak jadi mcm ni..agama tu benteng kejahatan..yeee cakap memang senang..bab perhatian tu memang susah sebab sekarang ni ramai ibu dan bapa yang bekerja sebab nak hidup zaman skang ni..cemana boleh ibu bapa bg perhatian??bolehke ibu bekerja 5 jam sehari je??boleh ler spent time tengok anak2..then kerajaan x pening pale psl remaja2 yg beranak nih

    pjg plak membebel…heeehehehehehe

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      tentang beri didikan agama tu sngt2 cliche tapi tak relevan sgt sebabnya mak bapak pun tak berapa nak beragama.

      antara anak terbiar dengan baby dibuang terbiar dimakan anjing@hidup sebatang kara, mana lg teruk?

      anak terbiar dah confirm sapa mak bapaknya, sedara maranya, mungkin ada yang boleh jaga. kalo tak boleh pun kita tahu sapa datuk nenek dia… anak2 dibuang yang survive.. sapa nak terima dia?

      1. fid Avatar
        fid

        siti mommy lyna
        i setuju dgn komen u
        biar anak sah taraf terbiar drpada anak tak sah taraf terbiar…
        anak yg sah taraf kita tahu mak bapanya kot kalu mak bapa bertaubat ka mana kita tau

        yg tak sah taraf mak bapa bertaubat pun dia tetap tak sah taraf juga….

        masih elok yg sah taraf tapi terbiar janji halalllll….

  12. Nia Avatar

    rasanya kalau perempuan tu mengandung masa nak nikah, ada prosedur lain untuk itu. saya pun kurang pandai dalam hal ni..isk..isk..
    .-= Nia´s last blog ..Kalaulah aku tak tinggi sangat =-.

  13. Hanis Avatar

    saya setuju, nikahkan je budak2 muda yang tgh gatal..
    sy pun ada pengalaman, gadis umur 16 thun kawen dgn budak umur 19 ke 20..dh gatal sgt, drpd lari kunun ikut chenta hati, mak dia bg kawen, pastu pantau la..Inipun kira mak dia org kuat agama gak..

    tp, dpt 2 anak,lepas tu bercerai..
    budak pompuan tu la yang bela 2 anak dia dgn bantuan mak dia and abang dia ..
    sekurang-kurangnya, anak yg lahir tu sah taraf..lantak la org ckp apa, at least anak tu HALAL..

    drpd malu jaga anak tak sah taraf, baik malu jaga cucu yg anak kawen muda, pastu jadi janda meletop..

    yg pasti, org buang anak tu,mesti sbb malu dpt anak tk sah taraf.
    kalau anak sah, kurang2 dia ada pikir gak kot, sayang nak buang, bg je la kat sapa2 nak..

    bila penyelesaian ikut Islam, kita dah berusaha, Allah jua yng menentukan..

    tapi bila penyelesaian itu ikut sedap logik akal..dh lain jadinya..

    setiap masalah, ada je rujukan penyelesaian dlm Islam.
    Mak bapak tk Islamic? kita tarbiah mak bapak dia dulu, pastu tarbiah anak2 depa yg bermasalah pulak..

    tapi, yg sedihnya, dh jadi mcm2 hal tk baik nie,
    benda2 mcm konsert2 makin kerap ada, sambutan itu ini yg galakkan pergaulan bebas,pastu kelab2 mlm still ON je..makin bertambah je..iskisk..Kalu lalu area pub2 tu, sedih tgk anak Melayu paling ramai lepak gelak gumbir… 🙁

    Na’uzubillah..

    *skrg pon sy dn hubby dh risau2, cmne la nk jaga anak2 kami kat kota metropolitan ni.. (-__-“)

    eh, panjang sudah bebelnya..
    .-= Hanis´s last blog ..Senarai Restoran Buffet Ramadhan 2010 =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge