Jodoh Yang Sekufu

admin Avatar

Jodoh yang sekufu, adalah sesuatu yang cliche. Ramai yang berkata2 tentang jodoh sekufu dan ini memang benar kerana telah dijelaskan dalam hadis Rasulullah SAW berbunyi “Tiada perkahwinan seorang anak perempuan kecuali dengan wali, dan tiada perkahwinan seorang wanita kecuali dengan lelaki yang sekufu dengannya”.

Maksud sekufu dalam bahasa yang mudah ialah ‘sama’. Ada yang mengistilahkan sama ni adalah sama seagama, bermakna sama2 beragama Islam maka dikira sekufu. Itu memang betul tak tidak ada toleransi, malah tidah sah perkahwinan pasangan yang salah seorang bukan Islam (bukan ahli kitab). Jadi hal sekufu sama seagama ni kita bole letakkan sebagai mutlak, sebab memang dah tak boleh nak pertikaikan lagi.

Adakah sekufu dari segi lain seperti keturunan, amalan agama, taraf pendidikan, pangkat pekerjaan, pemikiran dan sebagainya adalah penting dalam menentukan kufu ini?

Secara langsung atau tak langsung, kufu dalam perkara2 di atas adalah penting dalam penentuan jodoh. Contohnya firman Allah dalam surah An-Nur ayat 3 berbunyi:

Tidak bernikah lelaki berzina melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik dan tidak bernikah permepuan yang berzina melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman.

Ada banyak tafsiran ulama’ tentang ayat di atas, namun yang paling mudah difahami dan diterima ialah padangan Syeikh Muhamad Ali Syabuni yang mencadangkan bahawa lelaki/perempuan yang berzina (suka buat maksiat) akan cenderung memilih pasangan yang sama dengan mereka juga. Ye lah tak logik juga seorang pelacur terhormat teringin nak jadi isteri imam muda. Imam muda pun sah2 tak berkenan.. kecuali lah bila di pelacur terhormat dah bertaubat. Sesungguhnya orang yang taubat nasuha tu dibersihkan Allah dari dosa-dosa. Mereka jadi lebih baik dari kita.

Kufu dari segi keturunan pada satu sudut adalah penting. Kita lihat sekarang banyak kes perkahwinan warga Malaysia dengan warga asing, apabila terlibat dengan perceraian, berlaku perebutan hak penjagaan anak. Yang sadisnya anak-anak dilarikan ibu/bapa mereka yang berbangsa asing ke negara masing2. Tidak diketahui nasib mereka, kehidupan dan yang penting akidahnya.

Sekufu dari segi pemikiran juga boleh menyumbang kepada harmoni atau kacaunya sebuah rumahtangga. Ya lah suami fikirnya 10 tahun ke hadapan, isteri pula fikir 5 tahun ke belakang. Sebagai check & balance memang bagus, tapi kalau hari2 asyik kena hentam dengan pemikiran negatif, penat juga kan. Lainlah kalau si isteri boleh/teringin nak upgrade pemikirannya.

Sekufu dari segi harta, walaupun bunyinya agak ridiculous tapi ada kepentingannya juga. Sekurang-kurangnya si suami mempunyai satu saranan untuk menyara keluarga, tak perlulah ada duit juta2. At least ahli keuarga tak perlu meminta-minta, anak2 boleh mendapat pendidikan sempurna.

Sekufu dalam pengetahuan dan amalan agama, sebenarnya paling penting dalam melestarikan baitul Muslim (rumahtangga Islam). Banyak amalnya tak semstinya tinggi ilmunya, tapi dengan memilih pasangan yang mempunyai ilmu agama atau pengetahuan dan pemikiran yang celik agama, ia adalah lebih menjamin.  Kerana suami yang beriman dan takutkan Allah, sekiranya dia cinta pada isterinya, dia akan mengasihi & melayani isterinya, dan bila dia tiada cinta, dia tetap menghormati isterinya dan tidak menzalimi isterinya. Bukannya main sepak terajang.

Jodoh yang sekufu bukanlah benda wajib, malah tak ada dalam syarat nikah pun, tapi ia adalah saranan Rasulullah SAW, kerana Islam itu memandang jauh ke hadapan. Pasangan yang sekufu (sama, sefikrah, etc.) akan berusaha memperbaiki kehidupan rumahtangga kerana kedua-duanya mempunyai matlamat yang sama. Pasangan yang tidak sekufu, sorang ke hulu sorang ke hilir, sorang ke laut sorang ke darat. Kalau terjadi perceraian, yang jadi mangsanya, anak-anak. ISlam dah nampak benda tu, dan nyata Islam bukan agama ‘treatment’ sebaliknya ‘prevention’.

Islam tu dah ajar kita untuk rancang benda2 yang berada nun jauh di masa depan, bukan main bedal tawakal semata-mata. So, merancanglah untuk masa depan kita kerana itu sunnatullah.

admin Avatar

8 responses to “Jodoh Yang Sekufu”

  1. fid Avatar
    fid

    salam

    yup
    sekufu
    ustazah ai kata kalau nak kira sekufu yang bebenar kalau nak paksa anak kawen wajiblah setaraf dgn anak…
    benarkah?

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Perkataan WAJIB tu wajib dari segi hukum ke wajib orang2 biasa kita? Cthnya “ko wajib datang tau!”

      Kalo wajib hukum, berdosa kalo tak buat, tapi kalo nikah dgn tak setaraf dlm segi selain agama (agama berbeza) pernikahan itu sah & tak menjadi haram pun walau apa pun taraf mereka.

      Tapi kalo wajib orang2 biasa, mmgla wajib cari menantu setaraf. Anak gegirl kita engineer takkan nk kawinkan dgn penganggur?

  2. farah Avatar

    ntahla banyak tgk kawan2 yang kawin tak sekufu ni macam byk masalah dengan keluarga je..sorang family kaya..sorang tak berapa nak kaya..yang kaya nak buat majlis kat hotel taknak ajak sedara mara yang belah tak berapa nak kaya ni..susah kan?
    .-= farah´s last blog ..Bila orang technical bertukar jadi sales =-.

  3. sya Avatar

    betul lah sangat2…
    masa putus, terasa juga.. kenapalah mak ayah ni tak restu…. orang tu ok je…
    then, bila masing2 dah kawin, jumpa semula…
    baru teringat, “oh…. patutlah kita tak ada jodoh…
    berbeza sungguh kita ni…”
    hehehehe

    dan, yang ditakdirkan oleh Allah itulah yang terbaik untuk kita… 🙂
    .-= sya´s last blog ..akaun facebook yang secret =-.

  4. nur Avatar
    nur

    salam wbt, alhamdulillah kerana muncul penulisan yang memberi sedikit kefahaman kepada pembaca mengenai kufu ini.. kredit kepada penulis.

    maaf jika sy tersilap.. sy rasa surah an-nisa’ ayat 3 bukanlah seperti diatas. yang sebenarnya ayat ke tiga membawa maksud/ makna lain.. mohon perhatian dari pihak penulis ttg perkara ini. diharap ianya tidak berulang.
    terima kasih 🙂

    1. itqan hannah Avatar
      itqan hannah

      assalamualaikum.

      nur, ayat ketiga di atas merujuk kepada surah an-nuur ayat 3.
      mungkin ada kesilapan semasa penulis menaip. 🙂

      1. Mommy Lyna Avatar
        Mommy Lyna

        waalaikumussalam itqan hannah

        terima kasih banyak2 atas perhatian 🙂 sudah dibetulkan typonya

  5. mawar putih Avatar
    mawar putih

    salam. saya nak tanya. teman lelaki saya mempunyai kecacatan pd kakinya. bahasa agak kasar, tempang. sy alhamdulilah dari segi sifat sempurna,maksudnya bukan cantik tp lengkap Allah berikan semua. adakah saya tidak sekufu dgn teman lelaki sy?kami berhajat utk berkahwin tetapi saya tidak ada hujah utk keluarkan kpd ibu dan ayah.mereka pernah berjumpa beliau. saya tidak tahu bagaimana saya harus mulakan hajat suci kami ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge