MontMarte adalah antara tempat must visit di Paris. Ia adalah tanah yang tertinggi di Paris. Di sini dulu berkumpulnya para pelukis terkenal seperti Van Gogh, Pissarro, dan ramai lagilah.
Dari puncak Montmarte boleh tengok kota Paris yang sangat cantik.
Kalai nak jalan dekat boleh naik Metro ke stesen Abbesses. Kalau takpun nak tengok more view macam windmill, ladang anggur.. Itu boleh turun dari stesen Blanche. Tapi kami ikut mana yang dekat je, sebab tujuannya nak panjat Montmarte.
Agak terpinga juga sebab tak biasa, so kami ikut orang je, haha. Mana yang ramai orang menuju kepada tu, itu la agaknya.
Akhirnya sampai juga ke kaki Montmarte. Ada 2 pilihan, tangga atau kereta kabel macam bukit Bendera tu. Dan kami membuat pilihan paling bijak!
Di puncak Montmarte ni terletak Basilica of the Sacré Cœur iaitu sebuah gereja yang besar.
Crowd pada hari tu sangatlah ramai.
Menikmati pemandangan Kota Paris.
Rupanya ada persembahan. Hehe. Biasa kat sini ada hiburan jalanan.
Mamat ni begitu cekap sekali mengendalikan bola. Memang best lah.
Orang ramai termasuk kami yang dapat hiburan free ^^
Disebabkan hari dah petang (in fact dah pukul 7 pun), maka kami terpaksa mengundur diri.
Turun ikut tangga pula.
Tinggi boleh tahan.
Pekan di kaki Montmarte. Sempat la beli souvenir untuk saudara-mara seketul dua.
Balik ke Metro. Tujuannya ni nak ke Bier Hakiem, ke Eiffel Tower semula… Sebab nak menyaksikan detik2 lampu Eiffel Tower dihidupkan.
Berjayakah kami???
||| Email : sauberlina(@)gmail.com ||| Call/SMS : 012-2811136
~ Mencegah lebih baik dari mengubat. Bak Sabda Rasulullah, perut punca segala penyakit, jadi mari pastikan kita makan makanan yang baik2, halal dan tinggi khasiat ~
insya-Allah, biidznillah
Leave a Reply