Jadi Late Bloomer Yang Berjaya

admin Avatar

Late bloomer adalah istilah yang digunakan kepada orang yang lambat nak develop, atau dalam ertikata lain, agak lembab berbanding orang lain dalam kelas yang sama. Tapi mereka ni, bila dah ‘bloom’, biasanya akan jadi lebih hebat dari orang lain.

Ramai orang2 hebat yang asalnya adalah late bloomer. Contohnya Albert Einstein. Beliau lambat bercakap. Umur 4 tahun baru boleh cakap. Kalau kita agaknya dah fikir macam2 kalau anak kita tak bercakap-cakap. Siap mungkin ingat anak kita bisu ke apa. Tapi akhirnya Einstein menjadi seorang saintis yang sampai hari ni orang masih guna teori relativitinya. Thomas Edison yang cipta mentol lampu pun dulu asyik kena marah dengan cikgu di sekolah disebabkan kelembaban yang tidak dapat dimaafkan. Akhirnya beliau berhenti sekolah dan maknya mengajar beliau di rumah saja (homesch0ol).

Walaupun mereka2 yang tersebut di atas dikatakan ada masalah seperti autisme pada Einstein dan ADHD (hyperactive) pada Edison, tapi ternyata keadaan mereka semasa kecil tu tidak mempengaruhi dan tidak memberi maksud bahawa sampai ke tua pun mereka bermasalah.

Yang late bloomer semasa dah tua (dewasa) pun ramai. Contohnya Colonel Sanders atau kami panggil Pakcik KFC, mula menubuhkan syarikat KFC semasa umurnya dah 65 tahun. Tapi lepas tu beliau jadi jutawan berganda. Semasa mudanya Col. Sanders buat macam-macam kerja. Hinggalah dia bukak gerai jual ayam goreng semasa umur 40 tahun. Akhirnya tertubuhlah KFC yang sampai hari ni kita menjilat jari 🙂

Jadi kalau kita rasa kita masih belum mencapai kejayaan dan kepuasan hari ni, sama ada dalam rumahtangga, kerjaya, kehidupan dan sebagainya, itu semua bukan benda mutlak bahawa kita ni takkan berjaya atau jadi slacker selama-lamanya. Ada orang stuck berbelas tahun tak naik pangkat di pejabat, tapi bila dia mula mengorak langkah, dalam masa beberapa tahun dah jadi manager.

Beberapa tips untuk late bloomers:

1. Sentiasa tanamkan dalam diri bahawa kita adalah late bloomer, bukan seorang yang tak guna. Mungkin kita ambil masa yang lama untuk maju ke depan, dan ia bukan sebab kita yang lembab, tapi mungkin keadaan yang tak sesuai, masih mencari posisi yang sesuai dengan kita, atau kita terlalu banyak berfikir dan nak rileks-rileks saja dulu. Bak kata orang Kelantan, “Hero dop ggadoh”.

2. Jangan cemburu terhadap orang lain yang berjaya lebih awal. Setiap orang ada peranan dan potensi masing2. Tak ada maknanya nak banding2 dengan orang lain. Kita ada jalan kita sendiri dan cara kita sendiri.

3. Percaya akan kebolehan kita. Mungkin hari ini ia belum terserlah, tapi lambat laun ia akan muncul juga, dan lebih cemerlang dari orang lain.

4. Enjoy the process. Proses untuk berjaya bukan ambil masa 12 saat. Masa-masa yang kita masih belum berjaya ini adalah proses-proses dan prosedur yang kita kena ikuti dan raikanlah ia. Kalau kita jatuh, itu adalah masa untuk kita belajar. Kutip pengajaran dari setiap pengalaman yang kita lalui.

5. Tuliskan impian-impian dan cita2 kita. Sediakan satu buku kecil untuk tuliskan idea2 tentang impian dan cita2 kita. Dari situ kita akan sentiasa tahu yang kita ada benda nak dibuat. Mungkin ambil masa panjang, tapi percayalah ia akan berlaku. Oleh itu kita kena tingkatkan usaha untuk ke sana.

6. Berdoa dan ingat Allah selalu. Setiap apa yang berlaku kepada kita adalah atas kehendak-Nya. Sentiasalah minta perlindungan dari-Nya dari anasir2 dan perangai2 hodoh manusia seperti suka dengki-dengki bila orang lain berjaya. Bila kita perangan elok, Allah pun suka. Bila Dia dah sayang, tak ada benda mustahil untuk Dia anugerahkan kepada kita.

Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan memberinya jalan keluar, dan memberinya rezeki yang tidak disangka2. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah maka Allah akan mencukupkan baginya urusannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya Allah membuat ketentuan ke atas setiap sesuatu (Ayat 1000 Dinar @ at-Talaq:2-3)

So, tak payah rasa rugi bila kita bermula lambat. Biar lambat asal selamat. Better late than never. Saya pun tergolong dalam kumpulan yang lambat juga. Tapi siapa tahu akan jadi lebih baik nanti?

admin Avatar

17 responses to “Jadi Late Bloomer Yang Berjaya”

  1. transformed housewife Avatar

    kene’ jah bilo Lyna tulih “Hero tok ggadoh. hehehe

    1. Mommy Lyna Avatar

      kene tu berkenan ko kena? hehehe. payoh men-standardkan dialek kelate 😛

  2. farrah Avatar

    thank you for the brilliant entry. inilah yang kadang-kadang saya rasa, honestly!

    1. Mommy Lyna Avatar

      yg penting adalah BLOOMING!

  3. mama faiz Avatar

    its true…. pendek kata..orang yang Berjaya tak semestinya dari mereka yang dari group 1st class honour atau sentiasa dapat no 1 dalam kelas tetapi adalah mereka yg tahu menggunakan otak mereka dgn bijak..

    1. Mommy Lyna Avatar

      no 1 tak semestinya sebab dia bijak bistari lg genius, tp mungkin sebab dia rajin baca@belajar & apa yg dia baca tu keluar dalam periksa.

      kehidupan sebenar tidak sama macam dalam buku 🙂

  4. knv Avatar
    knv

    owh saya pun masih tak bloom bloom sampai ke sudahhh.. rupa2nya late bloomerrrrr 😛

  5. june Avatar

    street smart vs book smart. i would prefer my kids to be street smart with a dose of book smart (tamakkah ibu ini?). a muslim street smart! insyaallah!

    1. Mommy Lyna Avatar

      insya-Allah pasti boleh dgn ibu yg dedikasi 😀

      tapi rasanya late bloomers nothing to do with book/streetsmart. ramai book/streetsmart yg bloom dari awal & ramai juga book/streetsmart yg late bloom. ia lebih kepada personal capability untuk catch up potensi dalam diri dia, unlike orang2 lain yg biasa. macma budak2, ada yg lambat berjalan, tp sekali berjalan, terus pandai lari 🙂

  6. Nik Ha Avatar

    heroin dop ggaduh..he..he..kdg2 geram gok bilo segho lambat pickup nih.malu kokghe tp tokse doh segho gitu.nok positive sokmo & go go ! better late than never & tiada istilah lambat dlm membuat perubahan selagi nyawa belum sampai di tenggorokan. Allah dah create sifat masing-masing kan tapi kita perlu usaha ke arah lebih baik.Kdg2 segho tok best gak especially bab ank2 bila org duk banding dgn bdk2 lain yg sebaya dah pandai itu ini 🙁 Tapi tanam dlm hati sokmo “my child can do it, let him take his time to master it”.

    1. Mommy Lyna Avatar

      mereka2 itu semua kanak2 biasa… anak kita yg luar biasa Kak Nik 🙂 rasaialah specialnya itu hehehe

  7. eliss Avatar

    rasanya me bukan late bloomer tapi middle bloomer..hahahaha :p pandai2 pulak kan..hehehehe

    1. Mommy Lyna Avatar

      lagu mano tuh middle bloomer hehehe

  8. Mamanurins Avatar

    maybe am one of the late bloomers kot…

    1. Mommy Lyna Avatar

      biar lambat asal selamat+cemerlang 😉

  9. masalifah Avatar

    saya maintain slim..kah kah kah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge