Second time kami ke Sapporo, first time for the kids.
Penerbangan : Airasia X, KUL-CTS departure 11.40 malam.
7.55 pagi tiba di New Chitose Airport, ambil kereta sewa. Kena turun ke Information Kaunter di tingkat no 1, beritahu nak ke rentakar, diorang akan call tempat sewa tu, dan bg kita satu slip. Nanti org kereta sewa tu datang pick up dgn bas.
Kereta : Nissan Serena 7 seaters.
Perjalanan ke tempat2 pilihan kami ialah melalui highway bertol.
===
Day 1 : Lake Toya.
Tasik ini terbentuk daripada kaldera dan mempunyai 4 pulau di tengah2. Di kawasan ini adalah active volcano dan menjadi tumpuan warga Jepun utk menikmati onsen atau kolam air panas.
Aktiviti di Lake Toya selain jalan-jalan, tgk kesan2 crater gunung berapi, ialah naik cruise selama 40 minit menikmati keindahan tasik itu.
Sini susah sikit cari makan, kami pula tak ambil pakej dinner di hotel. Mujurla bawa Brahim’s.
Lake Toya Winter Cruise : bermula jam 9 pagi – 4 petang, sejam sekali.
Tambang : dewasa 1,420 ¥, kanak2 710 ¥
Day 2 : Noboribetsu
– Jigokudani
Sampai saja Noboribetsu, terus ke Jigokudani atau Hell Valley. Hell Valley ni adalah smoking crater of geothermal activity yang dicetuskan oleh letupan gunung berapi 20,000 tahun lalu. Ia menjadikan Noboribetsu salah satu onsen resort di Hokkaido.
Jalan dia agak licin, beberapa kali budak2 ni jatuh tergelincir.
Free Entry.
– makan ketam di Onsen Ichiba. Rasanya the only seafood restaurant dalam kawasan Noboribetsu ni.
Day 3 : Noboribetsu
– Date Jidaimura (Edo Wonderland)
Budak2 suka sangat ke sini tengok ninja. Date Jidaimura adalah taman tema berkonsepkan zaman Edo (zaman Jepun dulu2 samurai segala tu).
Yang best kami sempat tengok semua show – Oiran Show, Ninja Show & Samurai Show. Di pintu masuk show2 ni kita diberi sekeping kertas kecil – kalau suka persembahan mereka, masukkan duit dan baling ke atas pentas.
Entrance Fee : 12 thn ke atas 2,900 ¥, 6-12 thn 1,300¥, 4-5 thn 500¥.
(Kami beli di hotel dapat diskaun 10%)
– Bear Park
Just atas bukit di belakang downtown Noboribetsu. Park kereta dan beli tiket, naik cable car ke bear park ni. Seronok budak2 tengok beruang yang selama ni nampak dlm buku & TV je. Siap boleh beri makan beruang lagi. Ada juga show beruang.
Beruang coklat ni adalah haiwan yang dipuja oleh kaum Ainu, dan kita boleh tengok perkampungan kaum Ainu di atas sini juga.
Entrance Fee : Dewasa 2,520¥, kanak2 1,260¥
Day 4 : Noboribetsu
– Marine Park
Ia adalah sebuah akuarium kira2 7km dari downtown. Mula2 sampai elok2 masa utk penguin parade. Excited sangat tengok penguin dari jarak dekat! Di Zoo Asahiyama dulu kami terlepas penguin parade ni. Dapat tengok depa atas ‘pentas’ je. Ni boleh selfie sebelah2 dgn penguin lah.
Ada macam2 show haiwan air kat sini seperti dolphins, sardines, sealion…. dan of course akuarium tgk macam2 spesis hidupan laut.
Entrance Fee : Dewasa 2,400¥, kanak2 1,200¥
– Mitsui Outlet
Singgah sekejap sini sebelum masuk Sapporo.
Day 5 : Sapporo
– Otaru Canal
Just 40 drive dari pusat bandar Sapporo. Ramai nau-nau umat manusia bergambar dgn terusan bersejarah ni.
Kami juga jalan2 di sekitar bandar Otaru (sambil belanja budak2 makan aiskrim), dan solat di Masjid Al-Noor di Otaru ni.
– Shiroi Koibito Park (Ishiya Chocolate Factory)
Highlight trip hari ni. Senorok betul diorang. Makan coklat ke takde lah, tp aktiviti yang disediakan, termasuklah main ice skating. 500¥ sorang, main sampai lebam.
Day 6 : Sapporo
– Takino Suzuran Hillside Park
Seharian main-main di ski resort ni.
Ada banyak ski resort di keliling Sapporo, paling dekat 6km dari centre. Takino ni pula 17km dari centre.
Day 7 : Sapporo
– Maruyama Park
Taman yang besar di Sapporo, dan ada zoo sekali. Tapi budak2 jakun terjun dalam snow lagi, tak masuk dah zoo nya.
– Jozankei (tiada kaitan dgn Johan dan Zizan)
Satu lagi onsen town, yang ni lebih dekat dari Sapporo, dalam 30 minit je. Tapi musim sejuk ni jadi slow sebab dalam berais dan licin. Di Jozankei ni la wujudnya haiwan lagenda – kappa.
Day 8: Pulang!
Pagi2 dah gerak ke airport. Mujurlah office Nippon-rent-a-car buka awal. Hantar kereta, dihantar ke airport dgn bas & fly jam 9.20 pagi.
Alhamdulillah, dipermudahkan semuanya.
(tQ to Khadeejah Hasmad yang banyak beri panduan utk travel di Hokkaido)
Leave a Reply