Perbualan antara A dengan B,
“Dia ni tak reti2 bersyukurlah A. Dah ada kerja, nak bisnes lagi. Gila harta..”
“Ye lah, tak cukup apa yang ada. Islam ajar kita Qanaah, Zuhud, bukan sibuk cari harta, kan B?”
“Kau tak ada rasa nak buat side income ke, A?”
“Tak payahlah nak cari2 harta dunia ni… Kita kena rasa cukup apa yang ada.. Harta banyak buat kita lupa diri. Qarun dah tunjuk contoh”
“Haritu kau kata tak dapat buat saving”
“Tawakal B, tawakal… Allah suruh kita tawakal. Pasti cukup untuk hidup. Kita kena sabar dan tawakal. Tak perlu kejar2”
Biasakan? Mungkin kita pun pernah bicara benda yang sama.
Tawakal, sabar, zuhud…
Terbayang di mata kehidupan seorang Islam yang cukup dengan apa yang ada, rumah kecil, kereta buruk, duit tak ada…
Bila tengok orang kaya dan bergaya, biasa terpacul di pemikiran, terutama kalau orang tu tokoh agama “Hah, ustaz pakai BMW? Ish ish ish.. Tak zuhud langsung”
ZUHUD
Maksud zuhud adalah berpaling, atau meninggalkan sesuatu. Ibn Taimiyah mendefinasikam zuhud sebagai ‘tinggalkan apa yang tak beri manfaat kepada kehidupan akhirat”.
Zuhud bukan bermaksud tinggalkan harta, zuhud tu terletak di hati. Maknanya kalau ada banyak harta pun hatinya tak terikat dengan harta dia.. Mencari harta ikut syariat – harta yang halal & tak kumpul2 harta makan sorang2.
Misal sifat zuhud ni ialah tak kedekut nak belanja kawan, sedekah, zakat… Takde ikatan dalam hati dia pada harta. Duit banyak bukan buat shopping sana-sini, tapi sibuk tolong orang.
Zuhud tak menghalang sesiapa cari harta, tapi menghalang ikatan hati pada harta tu.
Miskin pun tak semestinya zuhud.
Kata Imam Hassan Basri “zuhud adalah percaya kepada apa yang ada di tangan Allah dari tangannya sendiri”
Kalau kita miskin, tapi…
“Aku bagi sedekah kat orang ni kang aku pulak tak cukup makan”
“Bagi seposen kang apa pulak kata dia, takyah bagi je lah”
“Daripada aku sedekah kat orang baik aku beli barang2 sendiri”
Zuhud ke gitu?
Zuhud tu bukan pada harta ya… Tapi Pada hati… Bila tertimpa musibah, kita sedar itu dari Allah. Peniaga yang zuhud ialah yang meletakkan Allah sebagai partner dalam bisnes.
TAWAKAL
“Kau tak cari keje ke Yeop?”
“Tawakal je lah Man, ulat dalam batu pun boleh hidup”
Tawakal… Tawakal bukan pasrah.
Tawakal bermaksud mewakilkan kepada Allah atas segala urusan kita… Tapi bukan serah bulat2 tanpa buat ape2.. Rasulullah bersabda “Tawakal itu seperti burung2 yang keluar waktu pagi dengan perut lapar & pulang dengan perut kenyang”
Sabda itu sungguh indah, mendalam maknanya. Tapi jangan tibai “alah, macam burung keluar lapar balik kenyang, Allah akan bagi rezeki kita dgn tawakal” padahal duk lepak kat rumah tak buat apa2.
Kenapa Rasulullah bagi contoh BURUNG yang keluar dari sarang, bukan burung dalam sangkar??? Sebab burung yang terbang keluar ni dia BERUSAHA cari makanan dia. Kalau kat kampung saya, petang2 banyak burung kat sawah padi. Of courselah bukannya tuan sawah tu sengaja tanam padi nak bagi burung makan. Burung2 ni depa bukan ada akal, kalau ada ulat ke padi ke, berebut2 nak patuk. Jadi kena compete antara burung2 tu.
Pokok pangkalnya usaha.
Jadi tawakal tu adalah kita usaha sungguh2 & harap kepada Allah. Percaya pada law of cause & effect – man jadda wa jadd. Nabi melarang seorang lelaki parking untanya di masjid dan bertawakal, tapi tak tambat. Saidina Ali mengibaratkan orang malas berusaha tapi harapkan sesuatu atas tiket ‘tawakal’ sebagai… Er.. Macam natang..
Jadi jangan malas2!
QANAAH
Qanaah maksudnya merasa cukup. Tapi ramai orang silap faham dengan maksud CUKUP ni. Selalunya orang faham, maksud qanaah ni macam:
“Cukuplah apa yang ada, tak payah nak usaha2 lagi, syukurlah.. Qanaah”
“Dapat markah D pun cukuplah, takyah target tinggi2”
“Biarlah kita miskin, qanaah dgn apa yang ada ni. Dapat hidup dah syukur dah”
Salah definisi qanaah tu. Qanaah tu bila diberi rezeki atas usaha kita, kita bersyukur dan rasa bahagia. Lepas tu dijadikan motivasi untuk usaha lebih lagi. Jadi dengan sifat qanaah, kita takkan rasa tak puas hati dengan orang lain yang mungkin dapat lebih. Orang tu dapat banyak tu atas usaha dia, kita dapat banyak ni atas usaha kita. Qanaah menggalakkan kita usaha dgn lebih baik untuk dapat kejayaan lebih bagus.
Sifat2 di atas kena ada sebagai ORANG KAYA supaya tak jadi macam Qarun, bukan kena ada pada ORANG MISKIN supaya JANGAN JADI KAYA NANTI JADI MACAM QARUN. Bila sebut tentang kekayaan, biasa orang sebut Qarun & Firaun la kan.. Ikon kaya & kufur, jadi orang Islam takut jadi kaya.
Padahal ramai Nabi, sahabat, imam, ulama, ahli sufi yang kaya-raya tapi takde disebut2. Malah mungkin orang tahu Imam Hanifah adalah owner kilang. Disebabkan kehidupan mereka serba sederhana, kita ingat mereka takde duit, walhal hati mereka tak terikat dengan duit. Ramai ulama yang buat bisnes besar2 untuk biaya pusat pengajian mereka.. Tak perlu nak suruh student keluar sana sini minta derma..
Tapi disebabkan sifat2 di atas, duit yang banyak tu bukan buat beli cincin gelang rantai bini, atau shopping sampai baju tak cukup almari. Harta kekayaan diorang untuk infa’, bukan simpan/belanja sendiri.
Jadi kita sebagai Muslim, hayatilah sifat2 di atas betul2, jangan berselindung di sebalik MALAS.
Cerita Dr Syafii Antonio, seorang tokoh kewangan Islam Indonesia, seorang revert. Semasa kecil bapak dia cakap padanya “Kau anutlah agama apa yang kau suka, nak jadi ateis pun takpe, tapi jangan Islam.”
Dia pelik, dia tanya bapak dia kenapa. Bapak dia kata “Orang Islam ni miskin, sampai selipar kat masjid pun nak dicuri”.
Jadi marilah kita semua jadi kaya, supaya boleh menyumbang kepada pembangunan Islam. Supaya boleh buka sekolah tahfiz & tak payah kerah budak2 kutip derma nak biaya.
Leave a Reply