Mami baru baca luahan seorang ibu tentang anak beliau yang berusia setahun lebih digigit di taska dan dikurung dalam bilik yang sejuk tanpa ada apa2 di dalamnya, dikatakan bilik isolasi.
Tahun ni adalah tahun pertama anak-anak Mami dah graduate dari taska. Bila Irene dah masuk darjah satu, maka tamatlah perjalanan anak-anak dari taska sejak 12 tahun yang lalu.
Mami & Abiy sangat2 strict bab memilih taska ni. Kerana bagi kami, ia adalah rumah kedua bagi anak-anak. Dan sebahagian besar kehidupan anak-anak adalah di taska. Iyelah, sebab kami kerja kan… pagi2 dah hantar taska, dan ambil bila lewat petang. Balik rumah tu sekejap je lagi dah masa untuk tidur. Waktu-waktu perdana dan produktif mereka adalah di taska.
Taska pertama Abang Hafiy, seminggu je dia di situ. Inilah pelajaran pertama kami untuk pilih taska anak. Masa ni pilih yang paling dekat dengan rumah. Dekat je… like selang 4-5 buah rumah je. Tapi abang Hafiy setiap hari menangis. Masa hantar nangis, bila ambil pun nangis.
Itu adalah red flag tuan-tuan dan puan-puan…
Kalau anak menangis semasa kita hantar itu normal. Biasa lah nak berpisah dengan ibu dan ayah. Tapi kalau masa kita ambil pun menangis, itu tak normal. Melainkan dia menangis taknak balik, itu lain cerita. Tapi jarang lah budak2 taknak balik sampai menangis2.
So dengan kejadian menangis tu kami cari taska lain. Kali ni bukan lagi yang dekat, tapi YANG BAGUS. Taska yang bagus pada kami,
1 – Ratio guru/pengasuh dengan anak jagaan tidak terlalu ramai. Standard JKM adalah,
—- anak bawah 1 tahun, nisbah 1:3
— anak 1-3 tahun, nisbah 1:5
— anak 3-4 tahun, nisbah 1:10
Abang Hafiy masa tu baru masuk 3 tahun, jadi kena cari taska yang nisbahnya 1 pengasuh/guru, 5 kanak-kanak.
2- Ada program. Bukan sekadar jaga, beri makan, beri main, mandikan aje.
3- Ada audit. Of course mesti berdaftar dgn JKM & diaudit.
4- Guru-guru/pengasuh yang mesra dengan keluarga.
Alhamdulillah kami ditemukan dengan Taska Raniya di Jln Gurney, KL atas recommendation salah seorang sahabat Mami, Aunty Zam.
Taska Raniya adalah sebuah taska & tadika yang menggunakan Glen Domann method, no junk food policy, child-led learning, & ada kelas renang. Masa tu diajar oleh jurulatih paralimpik, jadi elok sangat bila Fahry masuk situ. Anak-anak lelaki semuanya belajar berenang di taska.
Yuran memang tak murah namun alhamdulillah, dimurahkan rezeki kami dan anak-anak belajar di situ.
Sampailah anak girl, Mami dah resign dan kami hantar ke taska yang dekat dengan rumah. Rumah sekarang ada banyak pilihan taska dan tadika. Kami pilih taska montessori Islamik yang mana abang-abang belajar di KAFA under management yang sama.
Alhamdulillah dipermudahkan dari awal sampai akhir. Rezeki ditemukan dengan insan-insan berhati mulia. Sepanjang anak-anak di taska, tak pernah berlaku apa-apa insiden yang tak dikehendaki…
Amalkan doa ini selalu utk anak-anak
Leave a Reply