Iklan Raya PETRONAS 2010

admin Avatar

Iklan raya PETRONAS 2010 ni pula mengisahkan antara 2 kampung. Hehehe. Kalaulah Abiy boleh buat macam ni kan best 😉

Wayy better and ada mesej daripada iklan dalam entry sebelum ni.



VIDEO SOURCE, Thanks to LANUNSEPET

Klip iklan promo hari raya Aidil Fitri ni berlatar belakang kisah Madu Tiga (filem Allahyarham Tan Sri P. Ramlee) tapi yang gaduhnya bukan madu2 sebaliknya mak-mak 😀 Tentang nak balik beraya…

Akhirnya si suami bawa dua-dua kampung datang ke rumah mereka.

Memanglah benda tak logik tapi di akhir iklan ada diselitkan mesej : BERTOLAK ANSURLAH, MAKA SELAMATLAH HARI RAYA ANDA.

Kami tiap2 tahun ikut giliran, kecuali jika ada hal-hal lain, seperti kematian arwah bapa mentua saya tanggal 2008, jadi jadual kami bertukarlah. Insya-Allah tahun ni beraya dengan keluarga in-laws di Johor.

Tiada masalah beraya di mana-mana, bagi saya silaturrahim bukan dibina pada hari raya je, tapi bila raya-raya ni la sanak saudara berkumpul, jadi semua boleh bersua muka. Jadi, tak ada masalah saya nak berpagi-pagi raya di mana. Selepas raya kami akan balik Kelantan pula bertemu saudara-mara di sana.

Kalau raya di Kelantan, balik KL akan jumpa juga saudara-mara dalam rumah terbuka.

Minggu depan ni dah mula cuti sekolah. Para cikgu-cikgu dah mula balik kampunglah nampaknya ya 😀

Hati-hati di jalanraya!

admin Avatar

3 responses to “Iklan Raya PETRONAS 2010”

  1. transformed housewife Avatar

    kami pun tak pernah ada masalah balik beraya. thn ni slps 4 thn tak beraya di Msia, knur raya di Selangor dulu raya pertama (walaupun hubby kat NZ), ptg raya pertama naik flight balik Kelantan sampai raya keenam.
    .-= transformed housewife´s last blog ..Apa makna Merdeka- Mama BM entry =-.

  2. fid Avatar

    ai ok ja kalau tak de org memandai ubah plan ai kahkahkah

  3. iqa Avatar

    salam….sy kawin ngan org kg sebelah je, so, x yah gaduh2 balik raya. buat2 gaduh ade la…hihihihiii….
    .-= iqa´s last blog ..Helah Menculik Kanak-Kanak Di Carrefour JB =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge