Iklan raya TV3 tahun 2010 ni penuh dengan elemen 1 Malaysia. 1 Malaysia tak apa. Tapi……, 1 agama???
Iklan rayaTV3 menggambarkan seorang pakcik menaiki beca yang kelihatan seperti Santa Claus (Kristian?) menaiki beca membawa kanak-kanak menyusur kegembiraan raya dari kota ke desa, diikuti dengan adegan menyambut raya dengan penuh bercahaya (Hindu?) dan elemen2 hari raya yang keluar dari kelopak bunga seperti teratai (Buddha?).
VIDEO SOURCE (thanx!)
Mungkin pembikin iklan ni berfikir terlalu kretif untuk mewujudkan mesej 1Malaysia dalam iklan raya TV3 ni… tapi dalam tak sedar sebenarnya ia dah mengguris hati umat Islam negara ini (ye ke? Ke saya je?).
Sedangkan sebelum2 ini kita dihebohkan dengan isu ‘perayaan berkembar’ dan ucapan sambutan perayaan agama lain. Bagaimana boleh TV3 sebagai stesen TV terkemuka ‘lupa’ akan perkara ini? Mungkin mereka terlepas pandang kerana iklan yang sungguh menarik dan berwarna-warni ni…
Iklan adalah benda yang paling senang terukir dalam hati, terutama iklan raya. Saya masih ingat lagu iklan raya EON dan Petronas yang saya dengar dan tonton dalam 20 tahun lalu, apatah lagi iklan2 raya terkini yang semakin kreatif dan menarik. Pasti iklan2 raya ini juga tersemat dalam hati anak-anak kita.
Bayangkan kalau tiba2 di malam raya anak kita bertanya “Mak, mana Santa Claus, tak datang ke malam ni?”
Berfantasi itu bagus, tapi ada hadnya, terutama dalam soal agama dan akidah. Kita memang hidup berharmoni sebagai satu bangsa, tapi elemen akidah dalam agama tidak boleh disatukan. Akidah itu memang jelas, Allah Yang Esa, tapi elemen2 lain yang menyokong kepada pembentukan akidah, seperti norma kehidupan itu perlu dijaga dan dipelihara.
Orang Islam tidak boleh terikut-ikut dengan cara agama lain, berdasarkan hadis Rasulullah SAW mafhumnya “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka ia tergolong dalam kelompok mereka” (HR Abu Daud).
Zaman sekarang ni terlalu banyak benda yang dah bercampur aduk tak tahu betul ke salah, terutama bagi golongan yang takde ilmu macam saya ni. Tapi perkara macam ni memang dah jelas. Kalau elemen biasa macam pelita ke, lampu lip lap ke, ang pau ke, itu tak apelah. Dalam adat Melayu Islam pun ada pesta malam 7 likur, menghias rumah, pemberian duit raya dan sebagainya. Tapi elemen yang ditunjukkan tu adalah jelas menggambarkan perayaan agama, bukan’ budaya’. Hmmm…
1Malaysia, 1Malaysia jugak. Tapi berpada-pada. Iklan raya 1Malaysia boleh je tunjuk rakyat Malaysia sambut raya sama dengan semua lapisan kaum dan agama. Tak perlu nak tunjuk yang orang Islam ‘boleh aje’ sambut raya dengan unsur2 agama lain, (konon 1Malaysia?).
Oh, mungkin lah sekarang dah jadi macam. Dalam hamper raya ada botol arak??? Ngeee~~~ ngeri.
Tapi iklan raya TV3 ni… eventually saya no komen. Mungkin ada pihak yang lebih berkelayakan untuk menjawab. Di TV3 ada badan Islam, tak mungkin mereka tak tapis dulu. Tapi saya tidak bersetuju langsung mencampurkan unsur2 sedemikian.
Sesungguhnya Islam itu bermulanya asing, dan akan kembali menjadi asing ~ maksud Hadis.
What say you? Atau saya yang terlalu sensitif?
Leave a Reply