Ikea ni rasanya hampir semua orang (middle class maybe?) kenal kot, dan hampir semua orang (middle class) kalau kata nak shopping barang-barang rumah, ramai la juge yang sebut-sebut tentang Ikea. Walaupun di Malaysia store-nya cuma ada sebuah di Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor, tapi kadang2 orang dari jauh pun singgah2 juga.
Ikea ni rasanya semua orang tahu asalnya dari Sweden. Tapi tahukah anda pengasas Ikea, iaitu Sir Kampard mula menubuhkan Ikea semasa usianya 17 tahun? Beliau mula buat bisnes kecil-kecilan dengan duit hadiah (berapa Krona la gamaknya ya) yang diberi oleh bapanya kerana cemarlang dalam peperiksaan (SPM kot? hehe) lalu selain dari beli handphone baru, atau belanja kawan2, atau xBox, atau barangan Adidas, beliau gunakan duit itu untuk memulakan perniagaan. Dari peniaga kecil-kecilan kini store Pakcik Kampard kita ni dah meluas ke satu dunia!
Sir Kampard sebenarnya dah berjiwa usahawan sejak kecil lagi. Masa umurnnya 5 tahun beliau dah mula menjual mancis kepada orang-orang kampungnya. Lagi cerita sejarah Ikea boleh dibaca di sini (sila klik utk baca). Bertuah punya budak.
Ikea ni istimewanya bila compare dengan store2 lain yang menjual benda yang sama (perabot dan barang kegunaan rumah), ialah showroomnya. Selain dari membina ‘bilik2’ yang bertemakan bahagian tertentu dalam rumah, pengunjung juga lebih ‘terarah’ bila berada dalam store Ikea. Kita boleh tahu kita berada di mana dan di mana nak cari apa yang kita nak cari.
Ia juga mesra pengguna dan seolah sebuah gedung peribadi kerana kita boleh memilih sendiri perabot yang kita nak, ambil sendiri, pasang sendiri, nak angkut sendiri pun boleh, atau gunakan perkhidmatan lori Ikea untuk penghantaran ke rumah. Perabot2nya pun design ala-ala moden gitu, Â harga pun tak mahal sangat (murah sangat pun tak, murah lagi Kedai Perabot Abang Jo) sesuailah untuk keluarga kami yang ‘tak mampu eden nak cakap2 tentang Lorenzo ke Macy ke, apatah lagi Harvey Norman’ T_T
Sekarang ni bila dah hujung tahun, macam biasalah festive season lagi, cuti sekolah pula, dan penghabisan stok (dan budget?) tahun ni, hampir semua store pun buat sales. Di Ikea sekarang Daily Deals yang dijalankan sepanjang Disember ni memang best lah dengan barang comel2 yang dijual dengan harga diskaun. Kena rancang betul2 nak beli apa sebab dia cuma one-day-only deals saja. So yang diskaun hari ni, esok agaknya dah tak ada. Kalau yang duk dekat2 Ikea, boleh lah kalau nak jejak hari2 🙂 sambil makan meatballs 😉
Yang bestnya Ikea ni, katalog dan brochure boleh dilihat secara online. So sebelum keluar shopping dah boleh rancang nak beli apa, fikir2 dulu kan. Tak adalah buang masa lama sangat dalam store tu. Maklumlah, duk kat situ 2 jam pun rasa macam 5 minit je.
Kalau-kalau yang ada budget lebih (maklumlah nanti sekolah nak dibuka semula tu mesti kena ada budget beli barang sekolah anak) dan ada keperluan rumah yang masih belum dibeli, boleh lah jenguk2 store Ikea ni. Hari ni ada special deal untuk batang langsuir langsir (curtain rod) dari RM75 now RM59. Lusa pun ada special deal untuk langsir dan batangnya, tulat (Ahad) bagi sesiapa nak cari frame gambar, boleh lah tengok2, harganya nanti RM22.90 dari RM35.
Kalau nak belikan MULA beads roller coaster untuk anak2, 23 haribulan ni ada deals. Harga asal RM49, nanti jadi RM35.
MULA beads ni sungguh berguna untuk anak-anak saya, terutama Fahry. Dia panggil benda ni “toy”. Balik kampung pun bawa beads ni untuk lekakan dia.
Tapi untuk daily deals ni cuma benda kecil-kecil sajalah macam lampu, langsir, lilin, bekas-bekas… kalau nak kerusi ke meja ke tak dapatlah, kecuali kerusi lipat 🙂
Jom ke Ikea?
Leave a Reply