Pertama kali isu ini dibangkitkan lewat rancangan hiburan di TV9, saya tak ambil kisah sikit pun. Memandangkan penyusuan susu ibu cukup menjadi perkara taboo dalam masyarakat kita.. sebenarnya masyarakat dunia!
Ibu-ibu seluruh dunia berhadapan dengan dilema bila diberi diskriminasi sebegini – menyusukan anak di tempat awam adalah ‘tidak senonoh’ kerana ibu mungkin mendedahkan sedikit payudaranya untuk tontonan umum. Katanya, menyusu tak salah, tapi menayangkan aset tu yang salah. Nursing in public (NIP) tak boleh diterima oleh banyak pihak.
Situasi di bawah mungkin sangat tepat!
Saya tak nampak relevannya aktiviti menyusukan anak dengan perbuatan menjolok mata. Pada pendapat saya ia berpunca dari kekeliruan tugas payudara yang diertikan sebagai simbol seks.
Aktiviti menyusukan juga dikaitkan dengan aktiviti seks. Jadi bila seorang ibu menyusukan anaknya, lebih2 lagi di khalayak awam, ia seumpama satu perkara pervert.
Walaupun ibu tu tak membuka aurat tapi tetap dilihat sebagai tidak patut kerana aktiviti menyusukan anak itu sendiri yang dilihat sebagai perverted.
Kalau benda ni harus dibasmi, ia harus dibasmi dari punca akak pokoknya lagi:
“Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu serta janganlah kamu berhias (tabarruj) dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyah yang dahulu…” [33: 33]
“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka, dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka sesungguhnya Allah Amat Mendalam Pengetahuan-Nya tentang apa yang mereka kerjakan” [24:30]
Leave a Reply