Ops, mungkin tajuknya agak kasar bunyinya 🙂
Sebenarnya saya ada terjumpa satu webpage ‘Anti Breastfeeding’ yang mengundang senyum di bibir saya. Saya tak tahulah page itu benar-benar ditulis oleh seseorang yang betul-betul anti breastfeeding atau saja-saja nak bikin hot.
Tapi sangat kelakar sebab saya pernah terfikir bahawa “ada gak manusia macam ni”?
1. Ibu menyusu adalah seorang fidofilia, iaitu seseorang yang terangsang secara seksual terhadap kanak-kanak. Contohnya, kita dengar banyak kes yang melibatkan kanak-kanak dirogol walaupun belum tumbuh apa-apa lagi.. itu adalah kerja si fidofiliayang memang abnormal.
Apo ko disamakan kita dengan perogol pulak.
2. Ibu menyusu terangsang apabila bayinya menyusu di payudaranya. Kerana itulah ibu-ibu yang menyusukan ni mati-mati mempertahankan direct feeding. Dan ada yang extended breastfeeding.. bukan sebab nak bagi kebaikan pada anak, tapi ibunya yang syiok bila anaknya menyusu macam tu. Ibu menyusu dikatakan mahukan sentuhan fizikal dan itu dapat dipenuhi oleh anaknya yang menyusu.
3. Payudara adalah objek seksual, bukan organ untuk memberi makanan kepada anak. Anak boleh minum susu lembu (formula), tak payah nak breastfeed-breastfeed.
4. Breast is best – tak betul. Sebab susu lembu yang dalam kotak/tin itu lebih berkualiti dan steril. Adoi.
5. Menyusukan anak di khalayak ramai (nursing in public) adalah sesuatu benda yang ‘jijik’ kerana mempunyai elemen seksual, dan penderaan kanak-kanak.
6. Walaupun haiwan mamalia menyusukan anak, tetapi manusia ada akal jadi manusia sepatutnya membuat pilihan yang lebih baik dari kajian sains dan teknologi.
7. Susu ibu tidak memberi apa-apa kebaikan, sebaliknya cuma obsesi dari ibu dan anak itu semata-mata. IQ, EQ dan sebagainya itu adalah dari genetik dan juga didikan serta asuhan ibubapa, bukan susu ibu.
Wow! Dahsyat betul!
HeHeHe. Tapi saya pernah terbaca tentang ada satu masa, ketika revolusi susu formula, ketika itu digembar-gemburkan bahawa boobies adalah objek seksual, bukan untuk penyusuan. Mungkin juga propaganda dari mereka untuk Kempen Anti Breastfeeding ni?
Tapi kemungkinan juga benda2 sebegini pernah mencemari pemikiran ibu bapa ketika revolusi susu formula dulu, dan berpanjangan hingga kini. Terutama perkara (3), (4) dan (5). Kadang-kadang bila bercakap tentang ‘breast’, ia sudah membawa pemikiran songsang sedangkan anggota itu pada lahiriahnya dijadikan sebagai tempat asalnya makanan bayi. Namun ia lebih menonjol sebagai simbol XXX. Yang mana ramai wanita segan silu nak menyusukan anak di depan orang, meskipun sesama wanita. Sedangkan aurat sesama wanita Islam adalah dari pusat hingga ke lutut.
No (4) juga tak kurang propagandanya. Bukan sekali saya mendengar pendapat bahawa “susu formula mempunyai segala macam khasiat, sedangkan susu ibu tidak”. Bagi ibu yang menyusukan anak, mungkin boleh mengamuk dengan statement ini. Begitu juga dengan nombor (5). Maklumlah, dalam TV hari2 iklan susu formula ada macam2 tapi susu ibu tak ada pula kan? Cuma lately ada la iklan tentang susu ibu (tak pernah tengok lagi).
Tapi walau bagaimanapun, ia adalah sesuatu yang pernah digembar-gemburkan (dan mungkin masih). Jadi bukanlah salah mereka kerana itu informasi yang sampai kepada mereka. Sekarang ni dah makin ramai yang sedar, dan ramai yang dah kembali kepada natural living serta fitrah manusia. Dengan kembalinya kepada fitrah dan menghayati sunnah serta anjuran Allah, semoga penyusuan susu ibu terutama kepada bayi baru lahir hingga bulan ke-6 kembali mengambil tempat dan tiada lagi sebarang kontroversi.
Leave a Reply