Ibu Bekerja Gagal Mendidik Anak-Anak?

admin Avatar

Ibu bekerja gagal mendidik anak-anak? Satu pandangan yang sangat skeptikal terhadap ibu bekerja. Mak saya ialah seorang wanita bekerja, dan masih lagi bekerja. Semasa saya kecil beliau bekerja 6 hari seminggu. Belum masuk shift malam. Namun saya rasa kenyataan ‘gagal mendidik anak-anak’ adalah terlalu kejam, kerana hari ini anak-anak ibu saya ada yang jadi jurutera, bakal doktor, bakal jururawat dan masih di bangku persekolahan. None of them yang terlibat dalam gejala rempit, dadah, buang bayi dan sebagainya. Alhamdulillah.

Mak saya yang satu lagi (mak mentua) juga seorang ibu bekerja yang sampai sekarang kerja 6 hari seminggu. Malam pun kadang2 kerja. Anak-anak beliau hari ini adalah seorang jurutera, ahli kajibumi dan bakal terbang ke luar negara.

Mungkin mak-mak saya gagal menjadikan anak-anak mereka seorang penyanyi terkenal seperti Siti Nurhaliza dan Mawi 🙂

Berbalik kepada tanggapan ibu bekerja gagal didik anak, saya rasa perkara ni sejak dulu lagi memang dah menjadi ‘masalah’. Ramai yang berpandangan sinis apabila ibu bekerja, tambah-tambah kerja yang sibuk, pasti gagal mendidik anak-anak. Malah dalam beberapa ‘kisah teladan’, digambarkan anak-anak dari ibu bekerja akan mengalami kekurangan kasih sayang, menyebabkan mereka menghadapi masalah dalam hidup, contohnya tekanan perasaan dan terlibat dalam gejala sosial.

Hakikatnya? Benarkan begitu?

Sepanjang saya hidup dan mengenali ibu bekerja, saya tidak pernah berjumpa kes-kes seperti itu, dalam kehidupan sebenar. Dalam novel memang banyak.

Apa yang saya jumpa tentang ibu bekerja:

  1. Semakin tinggi pendidikan seorang ibu, semakin sibuk pekerjaannya, semakin bijak beliau merancang masa depan anak-anak.
  2. Ibu yang sibuk bekerja, jarang atau tak ada yang ‘Bekerja untuk kepuasan diri sendiri’, sebaliknya demi keluarga dan anak-anak. Apa guna bekerja untuk anak-anak tapi tak didik anak dengan baik kan?
  3. Bekerja atau tidak, mindset seseorang itu tidak ditentukan oleh apa yang dia buat, tapi siapa dia sebenarnya. Kalau tak kerja pun, tapi hari2 kerja duk melangut tengok TV, mengumpat secara berjemaah dengan jiran2, jaja cerita orang lain sana sini…. berkesankan pendidikan terhadap anak-anaknya?
  4. Ibu bekerja biasanya terbiasa dengan rutin, perancangan, strategi dan jadual. Jadi mereka lebih bijak mengatur masa untuk kerja, diri sendiri dan keluarga.
  5. Taraf pendidikan, persekitaran, pergaulan dan pemikiran mempengaruhi juga. Mungkin ibu yang bekerja di sektor yang lebih rendah kedudukannya tidak mempunyai banyak pendedahan dan kesedaran tentang kepentingan mendidik anak-anak, berbanding ibu-ibu profesional dan separa profesional yang lebih terdedah kepada ilmu-ilmu keibubapaan.

Namun tidak dinafikan, ramai juga ibu bekerja yang mengambil keputusan untuk menjadi SAHM (stay at home mum) setelah menyedari kualiti dan kuantiti masa serta keselamatan anak-anak lebih terjamin di bawha jagaan sendiri, berbanding dihantar ke rumah pengasuh, taska atau pembantu rumah sepanjang masa bekerja.

Walau bagaimanapun, ibu yang sibuk bekerja bukanlah alasan untuk gagal mendidik anak-anak. Memang ibu bekerja kurang masa bersama anak-anak dan kelaurga, tapi kualiti masa itu lebih penting. 10 minit yang berkualiti jauh lebih baik dari 20 jam yang tidak berkualiti.

Namun, disebabkan tanggapan ibu bekerja gagal mendidik anak ni, kebanyakan ibu bekerja menggunakan alasan bekerja bila tidak menggunakan masa berkualiti dengan anak-anak. Malah ada ibu bekerja yang tidak dapat menyusukan anak kerana ‘bekerja’ walhal kerjanya cuma separuh hari saja. Bukan salah ibu itu, tapi disebabkan tanggapan bahawa ‘ibu bekerja gagal didik anak dengan baik’ menyebabkan tertanam dalam hati sesetengah ibu bahawa bekerja adalah halangan untuk menjadi ibu yang baik.

Bekerja atau tidak, seorang ibu tetap seorang ibu, dan menjadi ibu yang baik adalah hak setiap ibu, bukan ibu yang tidak bekerja saja.

Ibu adalah insan terpilih yang terbaik untuk mendidik anak-anak dengan baik, regardless bekerja atau tidak, sekolah atau tidak. Ibu yang boleh mendekati dan mengasuh anak-anaknya dengan sentuhan yang tidak dapat diberi oleh orang lain.

admin Avatar

8 responses to “Ibu Bekerja Gagal Mendidik Anak-Anak?”

  1. Liyana Avatar

    no no no, bukan semua ibu bekerja adalah ibu yg gagal, ibu saya bekerja, tp kami semua berjaya, bak keluarga Lyna dan keluarga mertua Lyna. Sampai skrg mak saya masih bekerja..

    Tapi, suasana di sekolah tmpt Hubby mengajar menunjukkan sebaliknya, tak kira la mak tu kerja ke idak, tp anak camtu gak, tak reti. tak tau la mana silapnya, rasanya sbb kurang ambil berat..

    Ada juga salah sorang anak murid dia yg mak ayah kaya raya, karier person dua2, tp tetap tak bercakap dgn anak yg darjah 4 nih. Anak ditinggal dengan bibik 2 org, semua diserah bulat2 kat bibik, dan cikgu2 utk didik anak dia. Malah, suka bawak anak ni gi obersi kalau ada apa2 hal, habis ponteng sekolah –>camni kira sayang anak ka? Biar anak tercicir sekolah?

    Saya sendiri takleh buat conclusion sbb saya tgk byk sangat spesis mak/ibu ni..Tak bleh pukul sama rata ja..Tp saya tak bekerja, hahaha. saya benti kerja, rasanya selagi suami masih mampu tanggung, saya nak enjoy motherhood to the fullest. Kalau sampai satu hari, mmg saya terpaksa kerja, saya bakal kerja juga..By that time, saya dah puas hati selam ini dah duk rumah puas2. Hehe
    .-= Liyana´s last blog ..Lagi pencerahan =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Hmm belum menyelami lg kehidupan orang2 kaya yg above average. Pernah dgr 4-5 kes mak2 terpelajar&kaya above average yg buat keje mcm nak rosakkan anak i.e. serang & saman cikgu sekolah sbb denda anak diorang. Like wth? Nak bagus bukak sekolah sendiri upah cikgu sendiri. Takpon kalo anak bagus sgt anto je masuk kolej/uni terus xyah masuk sekolah dah ehehe.

      Mungkin dia rasa LSE bila compare anak kawan2, sume baik2. Maybe dlm kes Liyana dia rasa xde class plak anak2 orglen asik ulang alik obesi, anak dia pun kena gak.

      Hahahahah. Gilo speku (jgn jadi kat kita sudah. Hmmm).

  2. kakyong Avatar

    menjadi @ tidak anak itu tergantung pada cara didikan/asuhan juga hubungan yg dibina dgn anak2..
    ramai juga kes ibu yg SAHM lari dr rumah.. sbb – xde ilmu, xde ketahanan diri, pentingkan diri sendiri, …

    jadi ringkasnya (kalo tulis pjg2 nanti buat n3 kat sini plak kihkih), jika ibu berilmu, bersikap positif, punya ketahanan diri yg kuat, snggup bekorban masa/tenaga, pandai mengurus keutaaman dsb (x larat sebut semua..) ..jadi jika ibu berkualiti (tinggi @ moderate) xkiralah FTWM/SAHM/WAHM.. Insya ALLAH, anak2 pasti menjadi….

    kalo ibu xde kesungguhan nak buat anak2 berjaya.. dah pasti anak2 pun tak bersungguh2 nak berjaya….
    .-= kakyong´s last blog ..Salam Lebaran dari kakyong =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Ramai yg kata gejala sosial ni sebab ibu bekerja yg tak ada masa nak spend dgn anak2. Tapi dari some interviews yg saya baca, mostly budak2 yg ada problem ni dtg dr kluarga besar yg agak tunggang terbalik & duduk di rumah kecik, tak selesa & tak bebas buatkan mereka cari hiburan di luar & bersama kawan2.

  3. fid Avatar

    gagal atau berjaya ibu itu mendidik anak adalah tidak berkadar terus dgn ibu itu bekerja atau tidak tetapi kebijaksanaan mendidik dengan berkesan

  4. Ibu Emir Avatar
    Ibu Emir

    macam mane pun semua bermula macam mane kite didik anak-anak kite, tak kisah la kite keje atau tak, kalau ibu yang bekerja, mungkin cara dia agak cepat, teratur tersusun, sebab ibu bekerja banyak perkara kene buat… tapi untuk ibu yang tinggal di rumah pulak, kualiti masa mereka adalah infiniti, cume mungkin masa untuk diri sendiri agak kurang…

    lagi satu paling utama, ape ape pun, macam mane kite create family bonding dengan anak-anak kite, how we communicate with them, itu mainkan peranan.. dan cara didikan agama, insyaAllah kalau semua ni dipratikkan, mak sibuk keje macam mane pun, anak masih terjaga…

  5. fid Avatar

    alasan keluarga besar tapi ruang tak cukup
    kena kaji balik tau bab ni kadang kadang keluarga jadi besar sbb himpun semua satu bunbung adik beradik 4 org ja tapi mak sedara sepupu sepapat bagai….macam area umah ai..umah kemetot 10 kapel satu rumah apa kes?nak wat kerja kerja laki bini pun susah
    maka…anak anak yang dah besar sah sah la rasa tak selesa …

    macam orang kampung yang average normally rumah saijana mata memandang
    maka suka ati kamu la mana mau lepak asalkan dalam rumah…ni zaman kami kevciuk2 la
    umah kami kecil ja tapi kami 4 beradik ja ok laaaa

    bawah rumah pun ada ruang lagi atas pokok jambu pun kosong
    hahahahahahhahaahha

    kadang2 fikir balik family planning juga ada masa nak kena ambil berat juga…
    kalau jenis daya upaya kuat..semua anak boleh pantau setiap anak ada ruang masing2 ok safe..selamat..tapi kalau himpun himpun penuh macam kambing dalam kandang kena fikir balik..

    and yes true…bnyk kes kelluarga besar tak ada ruang nak duduk plus ruang di hati ibubapa…

  6. nenek Avatar
    nenek

    perkataan ‘mendidik’ itu sendiri dah meliputi semua aspek..bukan saja anak2 berjaya dari sudut kehidupan dunia tapi jugak akhirat..ada anak2 yg berjawatan besar tapi kemudiannya tidak memperdulikan orang tua mereka. ada jugak yg tak pandai solat.

    tak perlu rasa tersinggung dgn label yg diberi oleh org lain..kita nilai sendiri anak2 kita dan buat lah apa yg patut sebagai seorang ibu utk mendidik mereka..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge