Hotel Murah di Paris

admin Avatar

Sebagai backpacker tak adalah kami nak tidur di hotel 5 star. Jadi sebelum mula backpacking kami buat ‘reseach’ sikit tentang cheap-cheap hotels di Europe.

Untuk station pertama, kami cari hotel murah di Paris. Namun awas, jangan main redah je asal murah. Mesti kena tengok review dulu. Boleh baca review, compare price, tengok gambar, etc di website Trip Advisor.

Kami buat booking di Agoda. Agoda ni memang website booking hotel yang meletops mak.

So, kami booking hotel PALING MURAH yang PALING DEKAT dengan Kota Paris. Terletak di area Saint Michel, dekat dengan Notre Damne, Hotel Eugenie.


Nak mencarinya agak kelakar sikit. Maklumlah pertama kali sampai, berbekalkan Google Map dan peta Paris. Kompas pun tak ada jadi boleh pula tersalah arah.


Hotel ni pula terletak di rue (street) yang bukan main road. Banyak rue yang bercabang2 dari main road. Keliru juga pada awalnya.

Akhirnya sampai juga ke Hotel Eugenie.


Kekeliruab berlaku bila kami nak uruskan check-in. Sebabnya dia ternampak Danny, dan receptionist tu kata kami book untuk 2 orang tapi kenapa ada 3? Puaslah explain yang kami bawa ni infant, dalam website Agoda masa booking tak ada block untuk infant, yang ada children je. Tapi receptionist tu beriya kata “Yes, he’s an infant and you should tick”.

Katanya against the law.

Tapi akhirnya settle juga. Rupa-rupanya dalam bahasa Perancis, children adalah enfant, & kalau infant (bayi) lebih baik sebut ‘baby’, baru tak keliru agaknya.


Kami dapat bilik paling atas (loteng). Kecil tapi comel. OK sangatlah buat kami yang balik bilik nak tidur je.

Yang bestnya dalam toilet ada heater, bolehlah jemur baju d(-_^)

Hotel ni memang sangat OK, hotel murah yang paling dekat dengan stesen Metro dan RER Saint-Michel.


Dari Hotel Eugenie ke tempat2 menarik di sekitar situ seperti Notre Damne, Louvre Museum by walking distance je. Kami jalan kaki sampai ke Champs-Élysées. Eiffel Tower agak jauh jadi kena naik tren.

Hotel ni memang best. Bilik walaupun kecil tapi selesa untuk kami 3 beranak. Free wifi, tapi limited untuk satu hardware saja dalam satu masa… Makan senang. Di deret kedai sepanjang lorong ada banyak kedai makanan halal. Selera Middle East la.. Kedai cenderamata pun sebelah pintu je.

Tak susah nak makan di Paris. Nanti saya cerita dalam entry lain.

**gambar sumber Google sebab tak dapat transfer

—————————————–
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, etc. (ketahui bagamana untuk mendapatkan POS PERCUMA).

Hubungi saya – sauberlina(@)gmail.com012-2811136 [SMS/WhatsApp dialukan] untuk sebarang pertanyaan.

||Dapatkan konsultasi PERCUMA dengan pembelian dari Vitamin Shoppe||

Tagged in :

admin Avatar

11 responses to “Hotel Murah di Paris”

  1. irfa Avatar

    dah kena kat paris..kami suami isteri dan 2 anak kena ambik 2 bilik
    last2 satu bilik xde sapa duduk pun..takkan nak duk bilik asing2..

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Itulah terfikir kalo bawak semua karang kena ambik 2 bilik nanti.

  2. hidayah Avatar
    hidayah

    seronok membaca travelog puan.nanti puan share la skali mcm mana nak cari halal food sambil back packing.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Insha-Allah, takdelah sesusah yg disangka kot 🙂

  3. eliss Avatar

    dah tu kena tambahan caj ker dok akhirnya hotel tu??

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Dop

      Hehe

  4. zuls Avatar

    wah, bestnya jalan-jalan.. 😀

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Bestttttt

      Ada tak kerja yang jalan2 je
      Hehe

  5. Ardiana Avatar
    Ardiana

    As salam..
    Sy ade plan nk ke europe nx year..dah start buat research tp agak blurr dgn switzerland, paris n brussels..bole x saya nk emel Mommy Lyna utk pelbagai tips ( kalau tidak keberatan ;p)

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Wassalam Ardiana

      Boleh, insyaAllah. Tapi tunggu saya habis tulis tips2 kat blog dulu hahaha bolehh

      Btw my email : sauberlina(@)gmail.com

  6. mama meah Avatar
    mama meah

    salam, kalu nak travel kt europe boleh search kelana travel uk.. ni malaysian yg buat, dia ada mcm2 pakej..tp naik bus lah, 8 negara kt europe 15 hari tak sampai rm3k..mmg murah giler..tp kalu kite ni ala2 diva mmg x boleh sebab dia travel dgn bus, bermalam kena bukak khemah masing2, diorg sediakan, makan 3 kali sehari pakat2 masak, tp ok lah kan..bile lagi nak citer kt org kite gi camping tido kt tepi jalan kt amstrerdam, france n mcm lagi….so kalu nak pergi ni kite kena lah jenis ramah mesra..nanti yg pergi tuh jd kawan2 ler..siap ada yg bertemu jodoh lagi mase travel ni..selamat bercuti…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge