Akhirnya Hikmah Di Sebaik Dugaan Itu Tiba Jua

admin Avatar

Saya ada sesuatu untuk dikongsi.

Satu masa dahulu saya adalah seorang kuli (at the same time jadi Bos jugak, sebab ada subordinate), yang kerjanya adalah tiada kaitan langsung dengan kelulusan yang saya ada. Saya graduan dalam bidang Kejuruteraan Bendalir Awam, tapi ditempatkan dalam posisi seorang yang mempunyai tauliah dalam Kejuruteraan Mekanikal, namun membuat kerja2 seorang yang berkebolehan dalam pengurusan dokumen. Sungguh rumit.

Disebabkan saya adalah seorang yang perasan proaktif, saya tidak sekali-kali tunduk pada keadaan. Saya telah mengganggu beberapa orang di Jabatan Sumber Manusia, dan juga Pengurus Besar. Saya bukan suka2 mengganggu mereka, saya mahukan hak saya, ewah.

“You stay la 2 tahun kat position ni, kutip pengalaman, then you keluarlah” demikian kata Pengurus Besar.

Dalam hati saya berkata “Usahkan 2 tahun, 2 hari pun kutak sanggup!”

Namun, hari2 tetap berlalu macam tu. Tiada apa yang boleh dibuat kerana ini bukan kompeni bapak saya. Kalaupun kompeni ini bapak saya punya pun mesti tak boleh buat apa jugak sebab ayah saya bukan jenis main kroni 😀

Setiap hari saya bertanya kepada diri sendiri “Orang kata ada hikmah di sebalik kejadian, so apakah hikmah aku terjebak dalam pekerjaan ni? Dahlah kerja takde future, nak kata engineer tak, nak kata kerani lagila tak. Masa depan aku cemana? Kawan2 dah pegi sana sini aku masih duduk di kerusi”.

Hari demi hari berlalu, saya masih macam tu. Hinggalah pada suatu hari, nasib menyebelahi saya, bukan saya untuk meninggalkan jawatan tu, tapi juga pejabat cap ayam tersebut. Maka saya berpindah ke kompeni cap ayam yang lebih besar.

Di sini saya telah diberi jawatan yang sepatutnya kena dengan jiwa saya. Walaupun kerjanya kurang sikit lebih mencabar dari seorang tukang cuci tingkap di menara KL, tapi saya tetap menerimanya dengan senang hati, memandangkan betapa seksanya saya suatu masa dahulu.

Menjawat jawatan ini menjadikan hidup saya terbalik kuang tapi tak apalah. Itu lebih baik dari duduk elok2 tapi kepala mereng. Saya telah meminta Bos menghantar dihantar oleh Bos untuk menyertai satu kumpulan Pembina landasan.

Pada hari pertama dalam keadaan down, saya telah bercerita kepada ketua projek Pembina landasan tentang kisah silam saya.

Tiba2 beliau kelihatan teruja “You lah yang kami cari2 selama ni!”

Saya terpana.

“kami susah nak dapatkan lukisan2 Mona Lisa yang original, jadi since you yang jaga bahagian tu, mestila you ada contact kan?”

Saya kata “Bukan ada je Bos, mereka tu anak buah saya dulu” dengan nada sedikit takbur, tapi belum masuk level takbur lagi.

Maka encik Bos baru mengarahkan saya mendapatkan bekalan lukisan2 tersebut.

“You boleh pegi sana?”

“Tak payah bos, saya call aje mereka, nanti diorang akan pos. Tak payah susah2 pergi”

“Ha, baguslah macam. I’m very happy you’re here”

Tahu tak ape perasaan saya? Oh sungguh gembira. Saya rasa mahu berterima kasih kepada bos saya yang daluhu.

Disebabkan terlalu gembira saya terus sujud syukur!

Esoknya saya berjumpa supervisor dan beliau juga berkata “Senanglah kau ada, selama ni nak cari dokumen punya lah susah”

Walaupun bendanya kecik saja tapi cukup buat saya rasa heppy dan bersyukur. Kalaulah saya tak menjadi pengurus dokumen dulu, mesti susah nak minta apa2.

Sekarang kalau saya hubungi mereka di jabatan dokumen, permintaan saya menjadi keutamaan. “Priority ex-boss”kata mereka 🙂

Memang benarlah ada hikmah atas setiap kejadian. Cuma kita perlu sabar dan menanti saja bila ‘hikmah’nya tu akan tiba. Bayangkan kalau dulu tu saya dah berputus asa, mungkin saya tak kecapi apa yang saya ada sekarang ni.

Tagged in :

admin Avatar

16 responses to “Akhirnya Hikmah Di Sebaik Dugaan Itu Tiba Jua”

  1. mama emma® Avatar

    dlmnya makna entry nie……. (bfikir dgn mdlm sambil kerut dahi)
    .-= mama emma®´s last blog ..– LYSSA’S 2ND BIRTHDAY – =-.

  2. verde Avatar

    alhamdullillah…
    yeap, sometimes kite tak realize yg pengalaman lalu actually support us in the future 😀
    .-= verde´s last blog ..ไป ล่ะ นะ ครับ/ค่ะ =-.

  3. sya Avatar

    ha ah…
    memang hikmah tu datang selepas dugaan tu…
    sama ada cepat atau lambat je…
    sebab tu orang selalu kata,
    setiap dugaan tu ada hikmahnya… bergantung pada penerimaan kita macam mana, kan?
    .-= sya´s last blog ..sekolah rendah =-.

  4. Ms Lola Avatar

    mcm ni lah… apa jugak yg kita dapat at any particular time, cubalah appreciate. mmg Tuhan tidak sewenang-wenangnya meletakkan sesuatu tanpa ‘alasan’ ke atas manusia. (ecewah,…. tetiba ckp macam ni).

    no seriously, saya akan cuba sehabis boleh utk menerima apa jua keadaan yg ada di sekeliling saya (yg saya tidak mempunyai authority utk mengubahnya) – termasuklah mendapat subordinates yg BERMASALAH!
    .-= Ms Lola´s last blog ..Lihatlah Jumlah Komen =-.

  5. denaihati Avatar

    setiap apa juga yang ada rancang untuk hambanya PASTI ada hikmahnya terutama bagi mereka yang sabar dan HIKMAH itu hanya kita dapat suatu hari nanti….

    Saya pun join projek bantu Kak Yong @ http://denaihati.blogspot.com/2009/11/mari-sama-sama-kita-bantu-kak-yong.html
    .-= denaihati´s last blog ..Mari sama-sama kita bantu KAK YONG =-.

  6. Zaila Avatar

    Walaupun saya graduan dari bidang Engineering tapi saya kerja dalam bidang yang jauh berbeza dari bidang itu..tapi saya malas nak sedih kerana saya percaya ada hikmah di sebalik apa yang berlaku..cewahh..skemanya ayatku ini;P
    but deep down in my heart, i pray that one fine day i will get the permanent job that i always dream every single day in my life ni~~lagi poyo ayat ni~~haahaa
    bersyukur kepada Allah di atas segala nikmat kurniaanNYA;)
    .-= Zaila´s last blog ..Macamana Nak Masukkan Ticker Dalam Blog =-.

  7. LeeN Avatar

    in life, yg tersirat lebih banyak dr yg tersurat kan. what differ us is how we redha n accept things. dan selalunya reward org yg bersabar tak pernah kocik2 Allah bagi… cheyyy lets selebrettt… woooot woooot (tiup wisel bunyi2)
    .-= LeeN´s last blog ..ammi: berjalan-jalan tengok dunia =-.

  8. mommysarah Avatar

    yerps…sungguh inspiring cerita ni. saya pun, kalau dah tak boleh diubah situasi tu. saya pasrah jek sambil dok kata dalam hati “ada hikmah ni…ada hikmah…”
    .-= mommysarah´s last blog ..have u watch 15Malaysia? =-.

  9. kak N Avatar
    kak N

    Dulu akak pernah kecewa tak dapat kerja sama tempat dengan hubby… tapi sekarang dah terbalik, bersyukur sangat tak dapat kerja sama tempat dengan hubby sebab kalau tak manakan nak dapat cuti tanpa gaji seperti sekarang, maksimum company bagi pun setahun jek rasanya kan Along? Ditambah sekarang spouse tak boleh sama company…. Ini pun ada hati nak tambah cuti, jaga Nasa lagi sampai dia 3 tahun , so by the time dia 4 tahun dah boleh hantar pre-school Astana(hopefully ada la kosong during that time…heheheheh)

  10. Precious Avatar
    Precious

    Maknanya jangan pilih2 kerja. Bukan senang nak dapat kerja kan! Mana tau, suatu hari … kita bersyukur kita pernah melalui jalan yg suatu masa dulu kita cuba elakkan!
    .-= Precious´s last blog ..Care for Kak Yong =-.

  11. NNE Avatar

    building a networking is important in such a big company (-:
    .-= NNE´s last blog ..Day 60 : Ketika cinta bertasbih =-.

  12. iv Avatar
    iv

    Salam mommy lyna

    saya suka entry ini.Dia pembakar semangat saya.Sebenarnya saya mencari hikmah dalam pekerjaan saya ini..InsyaALLAH

  13. Fid Avatar

    agaknya apakah hikmah i jadi enjinya kilang erk??

  14. cik zatil Avatar
    cik zatil

    setuju..setuju sgt sgt setiap yang berlaku pasti ada hikmah
    tuhan nak uji pon sebab DIA sayang kat kite
    yg pntg never give up too easily..tuhan sentiasa ada di cc..
    .-= cik zatil´s last blog ..motif buat entri ini =-.

  15. laila Avatar

    cerita yg sgt mberi inspirasi supy bersabar…
    setiap hari saya mengimpikan utk tidak kerja kilang lagi… hmm… mungkin ada hikmahnya…
    .-= laila´s last blog ..Men-CD-kan damia =-.

  16. Hanis Avatar

    agree..totally 100% agree..hikmah itu di mana-mana kan?
    .-= Hanis´s last blog ..The Book Of Excuses =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge