“Hidup ni macam roda.. Hari ni kau di atas, kau senang lenang, esok2 kau jatuh bawah, kau akan susah”
Biasa kan dengar ucapan sebegitu.
Memang, hidup ini roda. Sekejap kita di bawah, sekejap kita di atas. Tapi roda yang dimaksudkan dalam kata hidup umpama roda itu membawa mesej tersirat sebenarnya.
Hidup mesti MOVE ON. Apa guna roda? Kenapa roda bulat tak bersegi?
Kalau benar maksudnya “hidup kejap atas kejap bawah” perumpamaan yang lebih tepat ialah ‘hidup umpama lif’.
Roda direka bentuk untuk bergerak dalam bentuk putaran. Menghasilkan centrifugal force. Roda menjadi medium untuk kenderaan untuk terud bergerak dan bergerak. Tanpa roda, atau roda yang rosak, kereta tak boleh bergerak. Begitu juga dengan kenderaan yang lain.
Hidup umpama roda bukannya ‘hari ni awak di atas esok awak di bawah, dan sebaliknya ya’. Jika demikian apalah gunanya BERUSAHA. Sebaiknya tunggu saja ‘turn’ kita, bukan begitu?
Jadi, teruskan berusaha, bergerak, berputar… Dan jangan lupa mengisi angin yang cukup.. Dan menggantikan tayar bila tiba masanya… Kerana hidup umpama roda.
—————————————–
Saya adalah wakil Shaklee anda, dan baju menyusu Muslimah untuk Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, etc. (ketahui bagaimana untuk mendapatkan POS PERCUMA).
—–———–———-
Hubungi saya – sauberlina(@)gmail.com – 012-2811136 [SMS/WhatsApp dialukan] untuk sebarang pertanyaan.
||Dapatkan konsultasi PERCUMA dengan pembelian dari Vitamin Shoppe||
Leave a Reply